Monday, 22 August 2016

Post operation Appendisitis

As salam semua. Semalam genaplah seminggu selepas menjalani pembedahan appendikstomi. Sakitnya iya masih ada cuma berkurangan. Antibiotik pun hari adalah hari terakhir. Tapi dalam masa seminggu ni keperitan dan pedih pada tempat operation masih dirasai. Paling teruk lepas tido dan hendak bangun agar sukar. Sakitanya bukan sahaja pada tempat luka tetapi pada tepi pinggang kiri dan kanan serta bahagian belakang badan. Memang sakit dan gerak pun agar sukar dan sakit tambahan tumot kaki terasa kebas.

Malam tadi sangat sukar nak tido perut terasa banyak angin. Tapi redha je sama ada ini kesab ubat atau badan sedang bertindakbalas kerana apendiks sudah tiada.

Tapi sekarang gaya berjalan lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Mama kata laju jalan sekarang.. Haha..

Apa pun sepanjang seminggu ini dalam pemakanan seharian walaupun sukar nak menelan nasi tapi Mama lebihkan protein, dan sayuran setiap hari. Tak kurang juga mama beri makan buah oren setiap hari sebagai pembekal vitamin C. Terima kasih banyak-banyak mama.

Jadi setiap hari pengambilan sup bersama ikan dan sayur. Tak jemur sebab mama masak sedap sangat..

Jadi check up seterusnya bersama Dr Koh ialah pada Khamis pagi ni harap semuanya okay..

Xoxo

No comments:

Post a Comment