Sunday, 25 January 2015

10 Checklist Baby ke Babysitter/taska

Esok adalah hari pertama Hannah akan ke Babysitter. Babysitter ni pun adalah kawan I dari FB. Setelah setahun duduk dengan my Mum, harap-harap esok Hannah tak meragam. Ya Allah, bantulah hambamu ini dan anaku juga. Baca Alfatihah banyak-banyak semoga Hannah dilindungi dan sentiasa selamat dan gembira di bawah jagaannya. I risau Hannah menangis ja.. Haha.
Jadi malam tadi I shop sikit barang untuk Hannah (gaya I macam anak nak masuk hostel je, LOL). Beli towel, berua botol, botol susu, puting susu, towel kecik lap mulut, toiletries dan sempat rembat satu baju untuk Hannah. Haha being a mum and having a daughter shopping is like heaven tau. Bayar2 almost RM200. Wow mahal betul harga barang sekarang kan. 

So Disebabkan i risau takut apa barang keperluan yang Hannah perlukan nanti I ada tanya pada Babysitter dan jyga buat sedikit research.

10 Checklist Baby Ke Babysitter/taska:

1) Susu perahan
Sedian ikut keperluan baby. Macam kes I, Hannah sekali minum dalam 3.5-4 oz dan minum sehari 3 kali. So I akan sediakan sebotol yang 1 yang chill dan 3 frozen EBM. Saja bagi extra.
Sebotol chill/cair takut masa pagi hantar Hannah nangis dan kaluy nak panaskan EBM. At least bantu mereka. Kuantiti susu perahan ni depends berapa banyak yang baby you minum ya.

2) Puree/Food
Hannah sekarang I beri makan solid food 2 kali sehari. Lunch around 12-1pm dan dinner around 5.30-6.00pm. Bergantung pukul berapa bangun. So i dah masak malam ni dan letak kat chiller je. Senang esok nak panaskan. I letak dalam 2 bekas berasingan. Senang. Sudu dan bekas air Hannah pun I sediakan.

3) Pampers 5-6 helai
Ni letak lebih sikit mana tau kalau terbalik lambat ke, atau poo poo dan wee wee banyak kan. Spare lebih takpa.

4) Towel kecik/handkerchief
Sebab Hannah tak suka pakai bib, jadi I letak 2 tuala kecik ni untuk mulutnya dilap. Hannah lelas makan perlu segera lap mulut kalau lambat nanti naik biji-biji atau rashes kat muka.

5) Toiletries
I beli yang travel pack. Jadi taklah berat I nak usung setiap hari kan. I letak baby wash dan baby lotion dan Herbal blend multipurpose cream. Herbal blend ni penting dan sangat sesuai untuk Hannah. Kalau kena gigit nyamuk ke semut ke nappy rash atau kulit kering. Lagipun dia steroid free dan tak fragrant dan chemical.

6) Baju
Baju siang I letak 3 romper dan baju tido 2 helai. Spare extra kot-kot comot ke anak kita ni kan. Bawak baju biasa-biasa.

7) Berus botol dan pencuci botol

8) Towel mandi yang bersih
Bawak sehelai sahaja.

9) Bantal kepala
Ni I saja bawak satu bantal kecik.

10) Plastik beg
Yang ni I bawak supaya baju kotor tu Babysitter letak dalam beg untuk I bawa balik fan basuh. 

Hati ibu mana yang tak risau kan. Allah temukanlah aku dengan Babysitter yang baik hati dan sentiasa letak anakku di tempat yang selamat. Aminn.

Harap esok Hannah tak menangis.

Xoxo

Maz






No comments:

Post a Comment