Showing posts with label Sakit perut. Show all posts
Showing posts with label Sakit perut. Show all posts

Monday, 22 August 2016

Apakah appendisitis?

Appendiksitis adalah keadaan di mana appendiks menjadi bengkak dan paling teruk adalah jika ia pecah sebelum dibuang. Alhamdullilah dalam kes saya appendiks ni belum 'meletus' dalan perut. Tapi azab dari operation ini pun sudah cukip sakit.

Appendiks yang macam saluran panjang terjulur dari usus besar di belah kanan.


Simptom bagaimana saya dikesan?
1) Pada malam Jumaat perut terasa seperti bloated sangat dan sukar nak tido. Keesokan harinya, perut masih tidak kurang sakit malah menjadi teruk dan terasa feverish walaupun sebelum tido perut sudah I sapu minyak panas. Sebab ingatkan perut banyak angin sangat. So mintak Husband tolong hantar ke klinik. Doktor akan kalau perut sakit dan demam sila cepat-cepat ke bahagian emergency hospital sebab dikuatiri appendisitis. Balik rumah makan roti sekeping dan makan ubat terus tido. Bila terjaga ternyata demam dan sakit perut masih ada. Tapi masa sakit perut ni sakit keseluruhan dan bila doktor picit perut kiri, bahagian itu yang sakit instead of kanan. Tapi menurut doktor awalan appendisitis tidak akan berada di bahagian kanan bawah pusat perut ia boleh sakit di mana sahaja bahagian perut.

2) Hari Sabtu rasa sihat dan kuat sedikit tapi tak lalu makan. Masuk sikit makanan dah kenyang dan rasa loya.

3) Ke bahagian emergency PPUM, setelah 7 jam berada di sana, mengambil urine dan blood test, siap buat ultra sound doctor kata tak nampak apa-apa yang pelik. Tapi masa hari Ahad ni sakit perut telah berpi dah ke belah kanan di bawah pusat. Masalah doktor buat ultra sound adalah gynae untuk detect sama ada, ada cyst/ tiub bermasalah atau ada fibroid atau uterus etc yang berkaitan dengan penyakit perempuan. Adoii..siap doktor kata semua okay I rasa you maybe appendiks tapi hospital ni katil penuh so you nak operate kat hospital mana? Gila apa terkejut kot dengar.. Then i kena sign discharge letter sebab bilik tiada kosong. Fine!

4) Hari Isnin nekad ke Hospital Ampang Puteri buat thoroughly check up. Buat sekali lagi urine dan blood test serta ultra sound. Tapi kali ni ultra sound lebih detail. Pagi tu jumpa General Surgeon dulu dengan result test dari PPUM. Doktor pun tekan-tekan perut. Dia pun suspect appendisitis tapi takpa dia suruh buat test dulu. Lepas dah buat test doctor dah tengok result dia kata appendisits so kena sign 1 form untuk buat surgery. Allah apakah musim orang sakit sekarang ni Ampang Puteri pun tiada katil kosong. So kena tunggu ada patient ni kuar hari tu then i duduk situ. Dari jam 11 lebih rasanya lepas Asar baru dapat bilik.. Sedih hati pulak dup dap dup dap. Rasa nak balik je sebab rindu dan risau dengan Hannah.

Keaimpulanya, jika sakit perut, deman, loya dan tiada selera makan sila cepat berjumpa doktor. Sakit di luar mungkin nampak tapi jika sakit di dalam badan ni mana mungkin kita nampak kan..

Xoxo

Tuesday, 13 January 2015

Sebulan Sakit Perut, Tak Lawas!!!!!

Ini adalah kissh sebenar pasala salah seorang anak saudara perempuan saya. Masalah sebulan tak boleh poo-poo ni berlaku semasa dia sekolah rendah dalam beberapa tahun lepas. Nama saya tk boleh mention malu plak dia nanti kan. Dia dikejarkan ke hospital sebab mengalami sakit perut yang amat sangat. 


Time tu saya takda di rumah, terkejut dapat berita begini. Dimasukkan air dan ubat untuk dikeluarkan najis dari ususnya. Risik punya risik sebulan tak buang air besar. Tak tahu macam mana dia boleh tahan. Kalau Maz sehari tak p toilet memang sakit perut dsh. Yelah makan, makan tapi tak buang dok tersimpan je kan. Tapi memang kesian tengok keadaamnya. Sangat penting sejak tu I rasa untuk check kesihatan budak2 ni. Even sampai sekarang anak saudara saya tu hanya akan membua g seminggu sekali itupun saya ada interview dia. Tiba teringat kissh sakit perutnya tu. Saya tak mahu kejadian yang sama berulang jadi saya beri Meal Shakes kepadanya. Bancuh 1 sudu kecik dengan air suam atau air sejuk dan minum. Alhamdullilah katanya boleh ke toilet kuar segala macam dari usus dia.  Meal Shakes ini adalah multivitamin tapi dalam bentuk serbuk jadi sesuai sangat dihidangkan untuk budak- budak as snack/quick breakfast yang mengihatkan dan mengenyangkan dek kandungan protein yang terdapat di dalam ya. Tambahan pula kandungan fiber dalam Meal Shakes ini yang membantu sistem pelawasan berjalan dengan lebih baik. 

                                 


Walaupun anak saudara saya setiap kali makan ada 'portion' sayur dan kuat minum air tapi kuantiti yang diperlukan tubuh tidak cukup. Mana mampu makan 3 cawan sayur sehari. Saya tak sanggup.

Jadi selalu check dan tanya kepada anak anda boleh ke toilet untuk berlawas setiap hari. Sakit perut dan masalah pelawasan boleh membawa kepada penyakit berisiko seperti kanser disebabkan kandungan toksin dalam tubuh yang tinggi.

Maz

0124755297