Tuesday, 2 June 2015
Buah kiwi sungold color kuning
Monday, 1 June 2015
Pemakaian tudung serikan muka
Sunday, 28 December 2014
7 Tips Elak Demam, Flu dan Batuk Time musim sejuk/hujan
Sekarang ni mana2 pun musim hujan dan banjir. Bukan sahaja di Malaysia, malah di thailand dan juga Indonesia hujan lebat setiap hari dan juga banjir.
Jadi time musim hujan ni memang demam, batuk dan selsema sering hinggap. Even sekarang ni pun saya dah acchoommmm. Bersin.. Bersin.. Risau juga kalau demam selsema ni. Ialah sebab memikirkan Hannah yang masih menyusu. Takut menjangkitinya.
So apa saya buat ialah:
1) keep indoor
2) Makan Vitamin C setiap hari untuk tingkatkan imun badan, kurang sensitive skin. Untuk elakkan demam, batuk dan selsema.
3) minum air suam banyak
4) Amik lebih sup, buah dan sayur
5) Makan mesti on time.
6) Omega Guard untuk tingkatkan
immune badan dan untuk bakar kolestrol. Sebab bila hujan kurang beriadah atau berjalan kaki. Lagipun kalau kena flu dan kahak, omega ni boleh membantu mencairkan kahak. Jadi tak lah prolong sakit I tu.7) Elakkan makan makanan sejuk; timun, tembikai
Tingkatkan kesihatan anda..
Xoxo
Maz
Friday, 3 October 2014
Petua Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
Jerawat dan parut adalah antara masalah yang sering kita alami. Bagi kaum wanita setiap bulan pasti akan datangnya jerawat ini petanda PMS. Tapi bagi bakal ibu yang sedang hamil dek perubahan hormon dalam tubuh menyebabkan tumbuhnya jerawat ini dengan banyaknya. Memang tak dinafikan penggunaan krim pemutih untuk mencerahkan parut dan hilangkan jerawat serta rawatan kecantikan tidak digalakkan kerana dikuatiri akan memberi kesan tak baik kepada bayi yang dikandung.
Tapi awas jika dibiarkan berlarutan kulit wajah menjadi hodoh dan sukar untuk baik. Di sini ada petua tradisional yang selamat yang boleh dilakukan bagi merawat jerawat dan parut:
- Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.
- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. Hirisan timun juga boleh menghilangkan lingkaran hitam mata.
- Amik buah yang tinggi vitamin C seperti Kiwi atau tomato, hancurkan dan sapukan pada parut muka dua kali seminggu. Buat seperti masker, biarkan hingga kering.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.




















