Roti bakar ala biskut
Pagi tadi bersahur memang ambil lebih buah kurma untuk beri tenaga. Dek kes semalam membantu menolak wheelchair suami di tengah panas dan agak jauh untuk ke klinik di hospital. Dugaan. Dapat pahala. Hehe.
Selepas makan tu I makan 2 biji Vita lea dan bancuh 1 sachet Cinch energy tea mix. Alhamdullilah masih segar hingga sekarang jam 4.12 petang. Alhamdullilah syukur. Mungkin berkat tolak wheelchair semalam. Hahaa.
Pagi siapkan asam rebus ikan pari yelah mana tau tiba-tiba jam sangat sampai tak sempat masak kan. So pagi tadi siap readykan sayur dan ikan untuk digoreng waktu berbuka.
Basically asam rebus ni sangat senang. Main campak-campak ja.
Resepi
Ikan pari
Cili mesin
Bawang putih+merah dimesin
Halia dihiris
Asam keping
Garam
Bendi (jika suka)
Serai
Daun kesum
Air
Tapi sebab pagi tadi tengok serai dan daun kesum takda masak je dulu. Sat lagi beli balik panaskan masukkan sekali pun boleh daun-daun tu.
Selamat mencuba dan selamat berbuka!
Hah lepas dah masak tu jangan lupa pulak cuci dapur. Jangan tunggu lama-lama nanti minyak yang melekat tu susah nak sental. I dah alaminya. Fuh.
So pagi tadi ada masa I bersihkan dapur lepas masak dengan Basic H ja. Spray dan lap je. Alhamdullilah senang nak tanggal kotoran tu. Basic H ni campur dengan air. Jadi ia mild taklah menyakitkan tangan. Yang pasti dapur bersih dan bersinar lepas masak.
Sedap mata memandang.
Xoxo
No comments:
Post a Comment