Saturday 27 December 2014

Kita Di uji: Banjir dan kehilangan pesawat

Terasa pilu dan sedih melihat keadaan banjir yang melanda negara kita. Walaupun tiada ahli keluarga terdekat yang menjadi mangsa tetapi cukup terkesan buat kami sekeluarga. Kerana ada sahabat dan keluarga mereka yang menjadi mangsa banjir ini. Kita di duga.
Apa yang boleh kita buat ialah menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian, ubatan serta panjatkan doa kepada mereka. 
Ya Allah selamatkan mereka dari bencana alam ini dan redakan kesusahan mereka.




Walaupun banjir yang melanda negara kian teruk dan belum redha kita digemparkan sekali lagi dengan berita kehilangan pesawat Air Asia QZ 8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura membawa 149 penumpang Indonesia, 1- Malaysian, 1-English, 3-korean dan 4 orang crew pesawat. Hilang komunikasi pada jam 7.24am dan hilang di antara kawasan Tanjong Pandan dan Pontianak. Di harap mereka ditemui dengan selamat.

Kita menunggu keputusan dari berita tanpa membuat sebarang spekulasi. Bagi ahli keluarga yang terlibat diharapkan bersabar. Doakan yang terbaik.

Xoxo

Maz

No comments:

Post a Comment