Sunday, 28 December 2014

7 Tips Elak Demam, Flu dan Batuk Time musim sejuk/hujan

Sekarang ni mana2 pun musim hujan dan banjir. Bukan sahaja di Malaysia, malah di thailand dan juga Indonesia hujan lebat setiap hari dan juga banjir.

Jadi time musim hujan ni memang demam, batuk dan selsema sering hinggap. Even sekarang ni pun saya dah acchoommmm. Bersin.. Bersin.. Risau juga kalau demam selsema ni. Ialah sebab memikirkan Hannah yang masih menyusu. Takut menjangkitinya.

So apa saya buat ialah:

1) keep indoor

2) Makan Vitamin C setiap hari untuk tingkatkan imun badan, kurang sensitive skin. Untuk elakkan demam, batuk dan selsema.


3) minum air suam banyak

4) Amik lebih sup, buah dan sayur

5) Makan mesti on time.

6) Omega Guard untuk tingkatkan

immune badan dan untuk bakar kolestrol. Sebab bila hujan kurang beriadah atau berjalan kaki. Lagipun kalau kena flu dan kahak, omega ni boleh membantu mencairkan kahak. Jadi tak lah prolong sakit I tu.


7) Elakkan makan makanan sejuk; timun, tembikai


Tingkatkan kesihatan anda..


Xoxo


Maz



Saturday, 27 December 2014

Kita Di uji: Banjir dan kehilangan pesawat

Terasa pilu dan sedih melihat keadaan banjir yang melanda negara kita. Walaupun tiada ahli keluarga terdekat yang menjadi mangsa tetapi cukup terkesan buat kami sekeluarga. Kerana ada sahabat dan keluarga mereka yang menjadi mangsa banjir ini. Kita di duga.
Apa yang boleh kita buat ialah menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian, ubatan serta panjatkan doa kepada mereka. 
Ya Allah selamatkan mereka dari bencana alam ini dan redakan kesusahan mereka.




Walaupun banjir yang melanda negara kian teruk dan belum redha kita digemparkan sekali lagi dengan berita kehilangan pesawat Air Asia QZ 8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura membawa 149 penumpang Indonesia, 1- Malaysian, 1-English, 3-korean dan 4 orang crew pesawat. Hilang komunikasi pada jam 7.24am dan hilang di antara kawasan Tanjong Pandan dan Pontianak. Di harap mereka ditemui dengan selamat.

Kita menunggu keputusan dari berita tanpa membuat sebarang spekulasi. Bagi ahli keluarga yang terlibat diharapkan bersabar. Doakan yang terbaik.

Xoxo

Maz

Friday, 26 December 2014

10 Makanan Mesti Makan di Penang

Kalau datang Penang tak sah kalau tak makan sambil jalan2. Bagi I Penang ni macam syurga makanan. Macam2 ada. Jadi kalau datang sini jangan bising kalau berat naik tau!
Kat bawah ni I senaraikan antara 10 Makanan/Minuman top di Penang.

1) Nasi Kandar

Antara tempat nasi kandar yang famous dan sedap ialah di Kampung Melayu, Deen, Line Clear dan Masjid Kapitan Keling. 

2) Mee sotong 


                      Mee sotong
3) Coconut shake

                 Coconut shake

Yang ni kat Jalil Special, Padang Kota Lama. Memang terbaik mi sotong dan coconut shake dia. Mi sotong dia macam mi rebus + sambal sotong. Coconut shake pula air kelapa+aiskrim vanila blended then topoing dgn aiskrim+isi kelapa.


4) Laksa

Laksa ni i try kat area Batu Uban. Kat deretan gerai dengan pandangan laut. Sambil makan boleh hirup bau laut.

5) Sup ayam Dengan Roti Benggali

Musim sejuk ni memang sedap kalau 
pekena sup ayam panas2 cicah roti. Memang sedap je tekak. Sup dia tak pekat sangat dan tak banyak sangat rempah.

 Lokasi sup hameed adalah bertentang dengan Hotel Malaysia di Penang Road. Selain itu, nasi lemak bungkus kat sini pun sedap.

6) Ais tingkap

 
Ais tingkap ni adalah gabungan air sirap+air kelapa+isi kelapa dan biji selasih (yang macam mata katak tu). I suka taste dia yang unik. Lokasi adalah di Lebuh Tamil.(berhampiran chowrasta)
 Berdepan ais tingkap ini ada menjual cucur udang cicah kuah kacang. Memang sedap. Pic ja tak da.



7) Rojak buah

Mix fruits; jambu, nenas, timun, sengkuang, manga di campur dengan kuah rojak homemade pasti tabur dengan kacang tanah goreng. Ehh memang sedap gabungan buah dan kuah rojak ni. Lokasi di gerai bertentang Tropical spices. Otw to Batu Ferenggi.


8) Pasembuq
Pasembuq atau pasembur adalah gabungan kuih/cucur udang+fish balk/fish cake+tauhu goreng+timun+sengkuang+telur rebus+kuih-kuih goreng mamak lain yang I tak tahu nama. Dimakan dengan kuah kacang special. Yang sedap I pernah makan ialah di deretan kedai lama di Jalan Edgecumbe. 

9) Seafood
Dah sampai Penang wajib makan seafood yang fresh, sedap dan murahh. Lokasi ini ialah di Restoran Sri idaman, Teluk Tempoyak. 

                     Sotong bakar

                    Ikan bakar sambal


                    Lambakan seafood

      Lauk penuh semeja; ikan, udang,                 sotong, lala, sayur

10) Jeruk
Jeruk yang sedap ialah Jeruk Pak Ali dan Jeruk Nasir. Lokasi heaven adalah kat Chowrasta, Georgetown.


10 Tips hadapi anak tumbuh gigi

Sejak balik dari kampung I dah perasan kepala Hannah panas yang luar biasa. Tapi i masih anggap takda apa-apa sebab Alhamdullilah Hannah tak pernah demam. Tapi sebelum bertolak ke KL I suapkan Hannah minyak ikan (omega guard) supaya badan lebih imun. Sebab kerisauan itu tetap ada al maklum hujan sepanjang hari. Tapi dia main macam biasa, gelak, senyum memang comel.
Sampai di KL badan menjadi semakin panas dan mula meragam. Check suhu 38.8 celcius. Ya Allah risaunya. Ok kat sini I ada beberapa tips untuk tangani anak demam dan meragam untuk tumbuh gigi:

1) Jika bila pegang leher, kepala serta nafas yang panas dari biasa, check suhu dengan termometer. Jika suhu melebihi 39 darjah celcius segera bawak berjumpa doktor kerana takut sawan tarik terjadi kepada bayi.

2) Lapkan badan bayi dengan tuala basah dan letak towel basah di atas dahi bayi dan perut untuk turunkan suhu.

3) Check suhu setiap sejam.

4) Pakaikan bayi dengan pakaian nipis dan JANGAN sesekali selimut dan pakaikan baju tebal kerana ini akan buat haba dan panas dari dalam tidak keluar dan demam tidak kebah. Pakaian nipis dapat membuat bayi lebih selesa.

5) Pastikan persekitaran tidak terlalu sejuk dan panas. Cukup sekadar memasang kipas pada medium speed dan tidak hala kepada bayi.

6) Bila demam dan meragam, peluklah dan usaplah bayi anda dengan kerap dan penuh kasih sayang. Jangan sesekali mengherdik atau tigggi suara.

7) Bila nak tumbuh gigi, gusi bengkak dan sakit, jadi boleh potongkan mangga atau epal dan lenyekkan dan simpan dalam fridge. Suapkan pada baby untuk kurangkan kesakitan. (This works!!!, no more cry baby)

8) Bagi teether yang sejuk. I letak dalam fridge. Cth cam toys dia yang ada air kat dalam yang dia gigit2. Tulah teether. Bila nk tmbuh gigi ni semua nak masuk mulut so bila sejuk kuranglah sikit sakit. I sendiri rasa sangat sakit bila tumbuh gigi bongsu. Apa tah lagi Hannah. Kesian sangat tengok.

9) Kerapkan menyusu baby untuk pastikan badan lebih terhidrat, suhu cepat turun serta untuk tingkatkan antibodi melawan penyakit. Lagipun baby akan rasa lebih secure tau.

10) Jika terlalu penat sebab berjaga tak cukup tido, I sarankan amik supplement untuk tambah tenaga seperti Vita Lea dan B complex untuk control your stress. Banyakkan zikir, berdoa dan baca al quran agar kesakitan anak kita dikurangkan.


Alhamdullilah hari ni dah nampak Hannah better. Dah nak tido dan makan puree.

Tak lama lagi dah ada gigi jangan gigi mama k Hannah.. 

Xoxo

Maz

Sunday, 21 December 2014

JANA PENDAPATAN RM2,000 sebulan!!!

Dalam zaman sekarang ni semua perlukan duit. Dari masuk tandas, tuisyen anak, taska semuanya need $$$ kan. Tambahan pula harga barang sekarang semuanya mahal dan gaji kita masuk di takuk yang sama. 
Projek2ribu dilancarkan bagi memberi peluang kepada sesiap yang mahukan Extra Income ini sebanyak RM2,000 setiap bulan menjelang Feb 15. Yang menariknya bisnes online shaklee ini bagi yang bekerja, anda hanya perluka masa 2 jam sehari sahaja setiap untuk berbisnes. 

Kita akan sharing mengenai peluang bisnes dan juga produk.

Jangan risau ramai yang datang kepada saya dan tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kami sebagai mentor akan mendidik anda bagaimana untuk duplicate cara kami berbisnes. 

Bisnes ini memerlukan anda untuk register sebagai ahli sebanyak RM75 seunur hidup, tanpa pinjaman loan, tanpa menyimpan stok dan tanpa Head hunting!

Saya tahu ramai yang tidak sukakan head hunting ini, sebab itu pelan bisnes kami berbeza dan kami juga bukanlah Skim Cepat kaya.

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ  0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

Untuk temujanji





Kolagen kurangkan kedutan

Bagi yang mempunyai garis halus, kedutan, kulit kering, jeragat, jerawat mesti runsing sebab masalah ini asyik menjadi dan tiada penyelesaian. Bermacam produk dah pakai pun tak jalan kan. I di introduce oleh kawan untuk mencuba Collagen Powder ini. Yelah nak hilangkan jeragat-jeragat degil kat muka I ni. Kalau orang putih kata 'freckles' dan depa memang suka. Tapi I ni nak kulit yang bersih dan flawless dan dan elakkan jeragat I makin teruk menghitam.

Alhamdullilah selepas I makan kotak pertama ada nampak kurang sedikit parut jerawat lama tu. Masuk kotak kedua freckles I pun makin kurang. Ini pun dah buat I tambah yakin dengan collagen ni dan happy sangat. Sekarang sambung kotak ketiga. 

Lagipun sekarang tengah promosi Beli 3 Free 1, jadi i rasa berbaloi sangat dengan kesan dan harganya. Boleh guna untuk 2 bulan tau.

Xoxo

Maz 

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Nasi Kandar Kampung Melayu Sedap!!

Signature dish di Penang semestinya Nasi Kandar!

Kali ini saya bawa anda ke Nasi Kandar Kampung Melayu. Selalu yang famous korang tau kat Line Clear dan Masjid Kapitan Keling ja kan. Nasi kandar Kampung Melayu ini hanya orang local je tau. Bagi I rasa lebih sedap dengan campuran kuah kari, ikan ketul, bendi rebus. Semalan kami tapau untuk 4 orang makan, lauk ikan ketul (ikan bawal dipotong keping-keping), sotong, bendi; Total Price = RM18. Agakn murah kan. Kalau kat KL tak dapek harga macam ni.

.
Lauk dia ada banyak, boleh pilih ayam goreng, ayam kari, ketam, udang, hati, limpa, eh macam-mcam ada tau. Bawah ni antara snap shots yang sempat i amik.

Packing nasi kandar- skill yang pantas ni

Xoxo

Maz

Saturday, 20 December 2014

5 TIPS BERPANTANG SENDIRI

Ada sesetengah dari kita lebih selesa

kalau berpantang sendiri. Bagi mereka yang ingin privacy dan mahu berpantang sendiri kat sini saya ada tips supaya anda lebih musah menjalani tempoh berpantang dengan selesa dan mudah:

1) Dapatkan khidmat makcik urut/ tukang urut lepas bersalin yang bertauliah
Masa berpamtang dulu memang saya survey pasal makcik urut ni, nak cari yang harga berpatutan, sijil dan bukan yang hentam kromo ja.
Urutan selepas bersalin sangat penting bagi melancarkan perjalanan darah, membuang 'water retention pada tubuh', menyihatkan badan. Dapatkan juga makcik urut yang sediakan pakej seperti mengurut, bertungku, pakaikan barut,mandi herba, mandi dan urut baby serta tolong anda masak dan kemas rumah. 
At least ambil dalam 10-15 hari untuk anda sembuh cepat.

2) Berbincang dengan suami dan minta membantu anda membuat kerja rumah
Ini penting supaya suami memahami keadaan anda dan membantu anda meringankan kerja. Tempoh berpantang adalah untuk kita merehatkan badan setelah kehilangan banyaj darah. Jadi tempoh ini sangat kritikal dan anda dilarang buat sebarang kerja berat kerana takut bentan. Suami pula perlu memahami situasi isteri. Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, dinasihatkan dihantar ke taska. Jika mempunyai pembantu runah lebih baik.

3)
Berbarut, minyak pati halia
Amalan tradisi ini sangat penting bagi menaikan rahim serta mengempiskan perut. Disapu minyak atau krim pati halia di perut, kaki dan tangan supaya badan rasa lebih panas serta memudahkan pemecahan lemak. Minta bantuan suami pakaikan barut sebelum pergi kerja.
Pemakaian korset boleh dipakai selepas 15 hari bersalin bagi membantu anda mendapatkan bentuk badan yang lebih lansing.

4) Set Berpantang
Set berpantang moden dan tradisional diperlukan.
Contoh tradisional: urutan,Param, tapel, bengkung, krim halia panas, tungku, mandian herba. Ini adalah untuk rawatan kesegaran badan dan pelancaran darah. Pemakaian param dapat membuang angin di dalam tubuh esp di kepala. Tapel/ krim panas di sapu di perut untuk memecahjan lemak.

Contoh moden: Pengambilan supplement untuk pemulihan dalaman. 
B-complex- dapat mengimbangi hormon, kurangkan stress serta elakkan angin meroyan

Zinc dan vitamin C- Membantu menyembuhkan luka dalam dengan lebih cepat. Selain itu Vitamin C juga tingkatkan imuniti badan serta membantu menghilangjan selulit dan kesan regangan pada perut especially.

Protein/Energizing Soy Protein
Membantu proses pembaikan luka dari dalam, menghilangkan parut, membekalkan tenaga serta membantu mengurangkan berat badan. Di samping itu ia juga membantu bekalkan protein baik untuj penghasilan susu ibu.

Vitalea adalah untuk memberi tenaga serta meningkatkan HB selepas bersalin akibat kehilangan darah yang banyak serta memberi tenaga kerana menjaga baby untuk menyusu.

Saya tak begitu cadangkan pengambilan jamu sebab takut bagi yang menyusu bayi, akan mendatangkan rashes dan buat baby 'panas' dan cirit.

5) Berfikiran positif dan tenang
Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata akan buat anda lebih tenang handle bayi anda. Selain itu anda boleh berzikir dan memasang bacaan al quran supaya rasa lebih tenang dan positif.

Selamat berpantang!

Xoxo

Maz

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, 19 December 2014

5 TIPS PANTAS TRAVEL DENGAN BABY

Hari ni we all akan balik kampung di rumah husband. Penang, we are coming!!!
Jadi sejak ada baby ni bonet kereta memang penuhlah dengan barang Hannah dengan beg baju, stroller, coleman, pam susu, toys, pampers.

So kat sini ada quick tips untuk travel dengan baby:

1) Pastikan makanan baby/yang dimasak dipanaskan dan diletakan dalam satu bekas dan dibalut tuala untuk kekalkan kepanasan makanan atau gunakan termos.
Jadi bila sampai waktu makan dia, makanan tu masih suam/panas dan ready to feed her.

2) Toys
Ini penting untuk hilangkan boring baby masa travel. Macam Hannah i akan pastikan ada toys yg bergantung dan untuk dia peluk dan gigit.

3) Baby wrap
Bagi i sangat convenient dengan baby wrap ni. Mengendong Hannah lebih memudahkan pergerakan, menyusu dan rasa Hannah lebih selamat dan dekat dengan I.


Kalau yang prefer stroller boleh bawak macam payungb tu, lebih ringan dan mudah dibawa.

4) Pastikan bawak baju lebih dan pampers lebih
Contoh kalau i akan travel 3 hari 2 malam, I akan extrakan 2 helai baju untuk Hannah sama juga dengan pampers. Lebih mudah kalau pakai yang pampers sarung. Kalau pergi ke pulau ke, i akan pastikan bawak baju nipis seperti romper supaya Hannah lebih selesa dan tak panas.

5) Travel pack toiletries, minyak angin dan vicks
Ini i reserve siap2 dalam beg supaya lebih mudah dan dibawa kerana size yang kecil.

So ni antara quick tips untuk u. Selamat bercuti!

Maz

Xoxo

Thursday, 18 December 2014

KUEW TIAW BANDUNG SEDAP

Hari ni lunch singgah di Tesco ampang dan pekena kuew tiaw bandung kat Santai. Jadi bagi yang dok kat area KL ni boleh cuba tak perlu sampai ke Muar untuk merasa kiew tiaw bandung ni.
Kenapa Muar? Sebab famous kat sana.

I dengan family memang suka datang makan kat sini. Specialty dia more to yang ala carte. Yang nasi/mi goreng-goreng ok2 ja. Contoh sedap: kailan ikan masin, kerabu mangga, paprik, ikan masak 3 rasa. Memang sedap!
Tapi hari ni datang dengan budak-budak ofis. So i choose mu favourite dish kuew tiaw bandung! ( Some prefer Mi Bandung kan, tapi sebab i ni menyusu Hannah, so i skip mi)
           Kuew Tiaw Bandung

Ada telur, udang, ayam. Kuah dia rasa manis pedas masin. Tapi I suka. Price: RM7.50. So far kalau nak datang lunch or dinner kat sini memang kena book awal sebab selalu full house.

Xoxo

Maz

7 TIPS KULIT CANTIK DAN GLOWING!!!

Kulit ialah organ terbesar pada tubuh kita. Dan paling banyak terdedah ialah muka kita kan. Sebab itu jerawat ke, jeragat ke selalu muncuk kat muka. Nak plak sekarang udara kotor dan banyak sangat pencemaran. Teringat masa kay Matriks dulu, masa tu tengah outing, sekali bas tu hembuskan asap dari ekzos muka, tudung baju pun hitam. Siap kena cuci muka okay.

Ok sini i ada 7 TIPS untuk dapatkan kukit bersih cantik dan glowing:
1) Pastikan make up ditanggalkan dan cuci muka dengan bersih. Macam i kulit sensitif, so i guna Hada Labo. Mild cleanser yang pasti ia tak keringkan kulit.

2) Scrub muka 2-3 kali seminggu.
Gunakan butir-butir yang halus. Macam i sekarang i amik vit zinc+vitamin C. Sapu kat muka dan leave it. Lepas basuh muka memang lembut.
Scrub ni penting untuk singkirkan sel-sel kulit yang mati, parut2. Zinc cepatkan proses luka dan skin renewal, vitamin C mencerahkan parut dan menegangkan kulit muka.

3) Guna sunscreen dan pelembap ber SPF
Ini sangat penting untuk lindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang menyebabkan jeragat, pigmentation muncul serta kulit nampak kusam dan kering. 

4) Minum air suam 2-3L setiap hari
Ini adalah untuk buang toksin dari tubuh serta lancarkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Bila banyak toksin kuar, darah lebih bersih. Jadi jerawat, jeragat ini akan berkurangan. selain itu adalah untuk pastikan kulit lembap.

5) Bersenam
Berjalan kaki, berjogging, membuat kerja rumah adalah antara senaman ringkas yang boleh dibuat. Ia dapat membantu sel kita bergerak cergas, lancarkan perjalanan darah dan oksigen serta lambatkan penuaan!

6) Makan lebih sayur dan buah. Kurangkan makanan pedas, berminyak
Makanan pedas dan berminyak akan menambahkan sebum minyak pada liang kulit kita. Adakala selepas memakan makanan pedas dan berminyak akan muncul jerawat di muka. Sayur dan buah untuk vitamin A, B, C, E, Asid Folik. Vitamin dan mineral ini sangat bagus untuk pembentukan sel yang sihat.

7) Makan supplement/Vitamin
Bagi mereka yang rasa kekurangan vitamin dalam diet harian, disarankan untuk mengambil vitamin untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Vitamin C dan Vitamin E membantu dalam mencerahkan parut dan jeragat, kecilkan pori2, kurangkan kedutan di muka. B Complex pula membantu memecahkan gula kepada tenaga, tingkatkan metabolisma serta meratakan tona warna wajah.
Bagi yang rasakan kulit semakin muncul garis halus, kering di galakkan juga mengambil collagen powder. 


Dengan amalan ini kulit cantik, bersih dan glowing! Ini yang I amalkan sekarang.
Jom jaga kulit kita. Penuaan boleh dilambatkan tau.

Xoxo

Maz


Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Wednesday, 10 December 2014

Good day with smile

Haru ni i bangun awal sebab nk catch flight pukul 8.50 am kat Subang untuk attend meeting.
So before tido tu dah siapkan bahan nak masak untuk lunch box husband.
Set jam pukul 5am Hannah terjaga dan menyusu, 530am i bangun terus tahajud, then solat Subuh. Then terus ke dpaur prepare lunchbox husband and breakfast untuk parents mu niece and husband. Sambil tungguu lauk masak, buat laundry semua.

So taraaa his lunchbox! Rice+Blackpepper beef+ pear+pudding!


Siap semua p mandi and siap. Then pff to airport.
Tersepit dalam trafik jam dan i reach airport at 8.44am kat parking. Rushing jalan cam gila okay, nak lari stokin licin plak kang tak pasal kasut tanggal. Jalan laju sampai kt tmpt daftar masuk mmg ngam2 pukul 8.50am. Siap nama kena announce jadi famous. Nak jadikan cerita sebab kalut kemain, masa naik tangga flight tu kasut i tercicir kat tangga, malu tapi turun amik kasut!😂😂😂
I was the last one on board. I naik ddk kapal jalan. Haha.

What an experience..

Sampai di Penang, i ikut kereta my consultant friend. Kereta rosak plak.. Haha. Mampu tersenyum. Tapi masih bersyukur sebab QS consultant nak komvoi demgan kami and at last we all tumpang dia to Sg petani.

Apa pum terjadi syukur Alhamdullilah selamat kami pergi dan sampai.

Coincidence kami pakai tudung color sama, dan baju hitam sama!! Like uniform!

Whatever happens smile and never complained!

Xoxo

Maz