Thursday 18 June 2015

6 Tips kurus pantas ketika berpuasa

                         
Assalamualaikum. Pejam celik hari ni dah Ramadhan ke-3 buat kita. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan kita sentiasa sihat. Bila tiba bulan Ramadhan ni berbagai idea dan "mengidam" akan muncul. Tak kurang ada juga yang menambah berst badan dek makan ketika berbuka.

Di sini I nak senaraikan beberapa tips uang boleh di amalkan untuk kurus ketika Ramadhan:

1) Jangan beli macam-macam di bazar
Sebenarnya otak kita ni akan nak makan pelbagai ketika perut lapar. Jadi bila perut lapar ke bazar macam-macam nak beli nak makan. I cadangkan you beli ikut kemampuan perut dan bukan ikut nafsu. Bila dah beli macam-macam nak tak nak kena habiskan sebab tak nak membazir. 

2) Berbuka dengan kurma dan air kosong
Ni antara tips top yang perlu you amalkan. Ketika berbuka, perut kosong. Mulakan dengan memakan buah kurma kerana ketika ni badan akan menyerap tenaga pantas dari buah kurma serta membuat kita cepat bertenaga dan kenyang. Minum air kosong yang 0 kalori serta menyihatkan badan dan sistem penghadaman.

3) Tidak mengambil minuman manis dan berais
Fakta ni agak benar melalui pengalaman sendiri. Ketika berbuka perut kosong dan rasa dahaga. Jika berbuka dengan air berais dan manis kita sebenarnya akan minum terlalu banyak hingga kadang perut buncit. Betul tak? Minuman berais ni pun memang akan buat kita lebih dahaga dan penat. Tambahan pula kandungan gula di dalan minuman manis akan lambay tercerna dan membuat ia bertukar menjadi lemak. Jadi jaga bab minuman ni.

4) Makan sedikit-sedikit
Ramai beranggapan ketika berbuka mesti makan banyak! Tanggapan ni salah. Bukan sahaja akan membuat perut anda senak dan sakit malah akan menggangu sistem penghadaman dan membuat kita cepat mengantuj dan malas bergerak dan beribadat. Jadi saya cadangkan berbuka dengan buah kurma, bersolat dan kemudian boleh menjamu nasi atau makanan utama. Dengan makan sedikit-sedikit akan membantu perut anda untuk kenyang lebih cepat dan lama. Jadi selesai masalah buncit di situ.

5) Minum air kosong 2L
Walaupun berpuasa badan kita perlu sihidrasi dengan air. Bukan sahaja supaya sistem badan berjalan dengan lancar malah supaya ia dapat kurangkan sembelit juga. Bukan sekali minum ia. Anda boleh minum sepanjang masa berbuka hingga sebelum tido. Ingat sembelit juga punca berat naik.

6) Elakkan makan kuih manis terlalu banyak
Memang pelbagai keinginan kita makan kuih muih ketika bulan puasa kerana ada kuih yang hanya 'muncul' ketika bulan puasa sahaja. Tapi saya cadangkan hanya sepotong kecil sahaja. Ni dapat elakkan kandungan gula meninggi dalam tubuh dan elakkan diabetes.

Selamat menjalani ibadah puasa ya!
Jom kita kurus, sihat dan mencari pahala di bulan puasa ini.

Xoxo

Maz



No comments:

Post a Comment