Saturday 20 June 2015

Resepi kuih 15 minit-Cara Manis

Selalu pening kan memikirkan apa yang mahu dimasak untuk berbuka. Dengan lauk dan juadah pembuka selera. Dulu masa sebelum kahwin Mama mesti tanya I "nak masak apa ya untuk berbuka?". Yang I ni idea macam-macamlah tapi masak memang tak reti. So lepas balik keje I akan tolong Mama kalau sempat. Dari sini adalah belajat sedikit-sedikit cara nak masak lauk dan kuih. Well persiapan untuk berkahwin kan, penting tau. Lagipun I memang suka memasak.
Lebih jimat dan lebih menyihatkan



Resepi kuah cara manis (anggaran 20 biji)

~ Tepung gandum (3/4 tupperware bekas tau fu fah, container yang bulat tu)
~ Air ( ni kena agak-agak sebab tak nak lembik, so letak dalam suku tupperware juga)
~ Santan/fresh milk ( suku tupperware)
~ Telur sebiji
Daun Pandan ( dimesin, tapis, amik airnya sahaja, untuk wangikan dan dapatkan color hijau)
- Sedikit garam
~ Sedikit gula

*bahan semua kecuali gula dicampurkan dan diblend atau masuk dalam mixer dan dikacau sebati.

Caranya
1. Letak minyak pada acuan
2. Bila minyak panas boleh tuangkan bahan yang diblend. Lepas tu taburka  sedikit gula di atas acuan. Gula ni you boleh guna gula putih ke gula merah. Dan bagusnya jika buat sendiri you boleh control tahap kemanisan dan kandungan gula.
3. Tutup bahagian atas acuan dan tunggu hingga masak. Selalunya dalam masa 3-5 minit.

Basically untuk penyediaan mengambil masa 5 minit dan penbakaran kuih cara untuk 15-20 biji mengambil masa 10 minit. 


Ni hasilnya. Hari pertama buat I cuma buat dalam 15 biji sebab nak berbuka 3 orang sahaja pun.

Ingat jangan membazir di bulan Ramadhan ya. Setiap hari sebanyak 1 tan makanan yang dibazirkan. Kita pun mahu amalan kita diberkati kan. Wasatiah.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment