Tuesday 17 September 2013

Kaki bengkak semasa hamil?

Bagi wanita yang tengah mengandung, ya termasuk saya atau sesiapa yang pernah hamil pastu pernah mengandung pasti pernah mengalami bengkak kaki atau dengan istilah Bahasa Inggeris 'Water Retention' atau 'Edema'. Perkara ini berlaku kepada saya pada seawal 5 bulan lebih. (mungkin jalan banyak sangat :)

Bengkak kaki semasa hamil ini berlaku disebabkan oleh berikut:
  •  Perut yang membesar memberi tekanan kepada pengaliran darah kepada bahagian bawah badan terutama jika kita banyak berdiri, banyak jalan, duduk terlalu lama. Cecair ini akan mengumpul di bahagian kaki dan membengkak. Tak percaya pergi tengok tapak kaki masing-masing. :)
  • Baring terlalu lama
Cara mengatasi:
  • Pelik tapi benar dengan meminum 2-3 liter air sehari dapat mengurangkan bengkak kaki ini kerana air ini akan membantu mengalirkan darah ke seluruh badan dan mengelakkan cecair ini dari berkumpul pada  kulit.
  • Jika baring/duduk terlalu lama sesekali bergerak sedikit. Cth: berjalan pergi ke tandas ke atau stretching atau gerakan dengan membuat pusingan pada pergelangan kaki anda
  • Naikan kaki semasa tido setinggi yang boleh. Lapik kaki dengan kusyen.
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf kerana saraf terbesar terletak di sebelah kanan badan
  • Rendam kaki di dalam air sejuk
  •  Gunakan kasut dan stokin yang sesuai. Jangan pakai kasut, stokin ketat.
  • Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk kurangkan tekanan
  • Elakkan makanan pedas dan junk food.

 xoxo

For more infomation on SHAKLEE products just pm/whatsapp me 012-4755297

3 comments:

  1. Salam sya nk thu kat mana sy bleh dapat kan pnykong perut 2??? Kaki wife sy tlalu bgkak
    tolng ye

    ReplyDelete
  2. Salam sya nk thu kat mana sy bleh dapat kan pnykong perut 2??? Kaki wife sy tlalu bgkak
    tolng ye

    ReplyDelete
  3. Wasalam. Penyoking tu ada dijual secara online. Cuba u tgk kat website
    onebabyworld.com
    Kalau bengkak bila tido tu tinggikan sikit kaki lapik dgn kusyen. Insyallah kurang bngkak

    ReplyDelete