Friday 26 June 2015

8 Minggu Hilang Kedutan

Bila umur dah meningkat ke 30 an memang perlu sangat kita menjaga kesihatan kita dan kecantikan lebih sedikit berbanding dulu. Ini kerana pada kala ini tanda penuaan seperti garis halus, pori besar, parut, mata panda jeragat mulai muncul. Mungkin dulu kesan parut jerawat agak pantas hilang ketika umur 20an tapi kita mengambil masa yang agak lama. Benar kan?

Kadang pelbagai krim dan produk kulit kita guna tapi ia tidak membantu membaiki kesan penuaan ini.

Kajian saintifik telah dibuat, kesan penuaan ini mulai muncul disebabkan kulit kita kelihatan kolagen. Dan ini mengurangkan keanjalan dan elastisiti kulit. 
Memahami masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini, COLLAGEN POWDER telah dicipta dan terbukti membantu mengurangkan kesan penuaan dalam masa 8MINGGU SAHAJA! Saya sendiri telah mengambil kolagen setiap hari dan terbukti selepas 5 HARI kulit terasa lebih lembap, kesan parut dan jerawat kian memudar.

Oleh kerana perminataan yang tinggi dek keberkesanan COLLAGEN POWDER ini telah mengamit perhatian pihak Majalah Wanita untuk menulis artikel mengenainya bagi membantu kaum wanita di luar sana.

Rasakan kesannya selama 8 minggu berturut-turut. Anda pasti kagum dengannya dan cantik serta sihat selalu.


Tuesday 23 June 2015

Asam rebus ikan pari

Pagi tadi lepas sahur memang I energetic semacam. Siap masak 1 lauk untuk I, masak nasi Hannah, biskut untuk Hannah, pam susu, jemur baju dan bersihkan dapur selepas masak.

             Roti bakar ala biskut

Pagi tadi bersahur memang ambil lebih buah kurma untuk beri tenaga. Dek kes semalam membantu menolak wheelchair suami di tengah panas dan agak jauh untuk ke klinik di hospital. Dugaan. Dapat pahala. Hehe.

Selepas makan tu I makan 2 biji Vita lea dan bancuh 1 sachet Cinch energy tea mix. Alhamdullilah masih segar hingga sekarang jam 4.12 petang. Alhamdullilah syukur. Mungkin berkat tolak wheelchair semalam. Hahaa.

Pagi siapkan asam rebus ikan pari yelah mana tau tiba-tiba jam sangat sampai tak sempat masak kan. So pagi tadi siap readykan sayur dan ikan untuk digoreng waktu berbuka.

Basically asam rebus ni sangat senang. Main campak-campak ja.

Resepi
Ikan pari
Cili mesin
Bawang putih+merah dimesin
Halia dihiris
Asam keping
Garam
Bendi (jika suka)
Serai
Daun kesum
Air

Tapi sebab pagi tadi tengok serai dan daun kesum takda masak je dulu. Sat lagi beli balik panaskan masukkan sekali pun boleh daun-daun tu.

Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Hah lepas dah masak tu jangan lupa pulak cuci dapur. Jangan tunggu lama-lama nanti minyak yang melekat tu susah nak sental. I dah alaminya. Fuh.

So pagi tadi ada masa I bersihkan dapur lepas masak dengan Basic H ja. Spray dan lap je. Alhamdullilah senang nak tanggal kotoran tu. Basic H ni campur dengan air. Jadi ia mild taklah menyakitkan tangan. Yang pasti dapur bersih dan bersinar lepas masak.
 Sedap mata memandang.




Xoxo





Monday 22 June 2015

Resepi berbuka/bersahur-25 minit

Asssalamualaikum semua.

Pejam celik hari ni dah hari ke-6 kita menyambut Ramadhan. Insyallah. Semua bersahur tak tadi? Kalau boleh janganlah ponteng sahur sebab bila dah bersahur kita dapat menjalani ibadah puasa ni dengan lebih bertenaga lagi di samping dapat pahala.

Berbuka semalam saya masak sambal udang, kuah lemak taugeh+sawi dan goreng ikan. Simple ja. Sangat sesuai kalau kita yang bekerja ni.

Sambal udang ni sebenarnya saya masak sebelum pergi keje semalam sebab takutlah jadi seperti Ramadhan pertama, masyallah sesaknya jalan sampai rumah waktu hampir berbuka.
Alhamdullilah semalam dapat pulang awal. Jadi dengan pantas balik semalam dalam tempoh 15 minit, settle mentanak nasi, masak kuah lemak taugeh+sawi dan goreng ikan. Ada masa sikit saya goreng pisang. 

Rasa tak mungkin sempat masak? Sebenarnya sempat sebab saya timing masa dan kita masak concurrently. Tapi bawang putih+bawang besar, cili memang saya dah mesin siap-siap. Senang nak masak, cedok ja.

Ok resepi pertama: Sambal tumis udang

Udang laut
Cili mesin
Bawang puith+bawang merah dimesin
Sikit belacan
Garam
Gula merah
Asam jawa ( anggaran besar duit 20 sen, diramas dan buat air)

1) Tumis bawang. Bila dah wangi masukkan cili.
2) Bila semua dah garing kita masukkan belacan, udang dan air asam jawa.
3) Dalam 15 minit boleh siap.

Sementara masak sambal tumis ni boleh sediakan yang lain. Basuh ikan, potong sayur.

So bila I balik petang semalam dengan pantas I masak lemak putih taugeh+sawi putih dan goreng ikan then masak nasi.

Resepi kedua: Lemak putih taugeh+sawi

Taugeh
Sawi batang putih
Tauhu dipoting dadu
Santan kotak je I guna
Bawang putih+bawang merah dimesin
Garam

Cara:
Masukkan semua bahan tadi dan masak. Lebih kurang 6-8 minit siap. Sayur tak perlu masak lama nanti hilang nutrien.

Ketiga: Goreng ikan. So sementara tu i masak nasi. So total masak resepi kedua, goreng ikan dan masak nasi= 13 minit.

Senang kan? Masak sendiri lebih jimat dan sihat tau.

Lepas berbuka I makan 2 biji Garlic Complex sebab badan rasa sangat letih semalam macam tak sihat. Dan asyik bersin ja. Lagipun elok untuk tangan elergik I ni. Dan bantu penghadaman tatkala bulan puasa.


Xoxo.

Kang i cerita apa menu I masak untuk berbuka hari ni ok.




Sunday 21 June 2015

Resepi berbuka puasa-Mantis Prawn Masak Lemak Cili Padi

Dah pikir nak masak apa untuk berbuka ni? Kalau yang tak pernah mencuba mantis prawn ni boleh cuba. Dia seakan anak lobster. Isi sedap dan manis.

Jadi masa Buka puasa hari tu I pun hentam mencuba masak lemak cili padi mantis prawn.

Resepi
Mantis prawn
Cili padi+bawang merah+bawang putih dimesin.
Santan
Serbuk kunyit
Daun kunyit

Caranya
Masukkan semua bahan dan masak pada api kecik. Siap dalam 15 minit.

Ni hasilnya..

Lepas buka puasa ni selalunya I akan mengambil 3 biji Omega Guard untuk bakar kolestrol serta untuk kesihatan jantung serta untuk membakar lemak. Mestilah nak kelihatan sihat walaupun berpuasa.

Spa murah di rumah

I dari dulu memang suka scrub badan ni dari jenis herba yang kuat bau herba seperti bunga tanjung made in indonesia murah ja sepeket dulu dalam RM3-5. Memang elok untuk hilangkan daki dan lembutkan kulit. Tapi yang tak tahan baunya lah kan. Kalau dah guna sabun badan pun masih kuar bau herba tu.

Lepas tu I ada mencuba scrub yang beli dari Bali. Memang best tapi tak lah beli banyak. Masa di Bali I tak buat spa sebab tengah pregnantkan Hannah jadi tak nak take the risk.

So masa pantang dulu I guna scrub dari Tanamera, Tropical Boreh Scrub.
 
Dalam ni ada 4 sachet serbuk boreh scrub ni dan sebotol Rosewater. Cara ya mudah sahaja sepeket scrub bancuh dengan rosewater dan gosok pada kulit.
Bau agak mild tapi I suka bau herba dia tak kuat. 

Caranya: Lepas bancuh tu apply ja pada kulit dan gosok sampai sel kulit matintu kuar. Lepas tu bilas. Memang lembut you. Dan pasti menjimatkan dan menyegarkan. Tak perlu nak ke spa mahal di luar. Satu sachet selalu I guna 3 kali. Sebekas ni dalam RM30 tak silap. Tapi memang worth the money.

Jadi kalau dalam pantang nak hilangkan parut atau tanda belang hitam di leher sangat membantu. Dan bagi yang ada selulit pun boleh cuba untuk kurangkan.

Selamat mencuba.


Suamiku eksiden moto

EJumaat lepas husband kecelakaan motorsikal di Federal Hiway. Memang seram, sedih, takut dan risau bila mendapat khabar berita ni. Tapi masih cool. Bergegas ke hospital Alhamdullilah syukur apabila nampak suami yang duduk atas wheel chair. Masih boleh duduk walaupun tidak boleh berjalan. Panjang umur suamiku.

Inilah dugaan di bulan Ramadhan hari ke 2 . Dengan seluar jeans koyak, jaket pun koyak, sesungguhnya apabila menaiki motorsikal badan kitalah menjadi perisai kepada kita.

Allah panjangkan umur suamiku..

Di beri Ostematrix dan Vitamin c untuk kurangkan bengkak di kaki dan untuk pembaikan cepat luka dalaman dan luaran.
 Ikhtiar yang termampu.

Luka di tangan dah mengering. Cuma di kaki masih merah dan dek tisu betis koyak sukar untuk berjalan.

Apa pun syukur Allah suami masih hidup.

Saturday 20 June 2015

Resepi kuih 15 minit-Cara Manis

Selalu pening kan memikirkan apa yang mahu dimasak untuk berbuka. Dengan lauk dan juadah pembuka selera. Dulu masa sebelum kahwin Mama mesti tanya I "nak masak apa ya untuk berbuka?". Yang I ni idea macam-macamlah tapi masak memang tak reti. So lepas balik keje I akan tolong Mama kalau sempat. Dari sini adalah belajat sedikit-sedikit cara nak masak lauk dan kuih. Well persiapan untuk berkahwin kan, penting tau. Lagipun I memang suka memasak.
Lebih jimat dan lebih menyihatkan



Resepi kuah cara manis (anggaran 20 biji)

~ Tepung gandum (3/4 tupperware bekas tau fu fah, container yang bulat tu)
~ Air ( ni kena agak-agak sebab tak nak lembik, so letak dalam suku tupperware juga)
~ Santan/fresh milk ( suku tupperware)
~ Telur sebiji
Daun Pandan ( dimesin, tapis, amik airnya sahaja, untuk wangikan dan dapatkan color hijau)
- Sedikit garam
~ Sedikit gula

*bahan semua kecuali gula dicampurkan dan diblend atau masuk dalam mixer dan dikacau sebati.

Caranya
1. Letak minyak pada acuan
2. Bila minyak panas boleh tuangkan bahan yang diblend. Lepas tu taburka  sedikit gula di atas acuan. Gula ni you boleh guna gula putih ke gula merah. Dan bagusnya jika buat sendiri you boleh control tahap kemanisan dan kandungan gula.
3. Tutup bahagian atas acuan dan tunggu hingga masak. Selalunya dalam masa 3-5 minit.

Basically untuk penyediaan mengambil masa 5 minit dan penbakaran kuih cara untuk 15-20 biji mengambil masa 10 minit. 


Ni hasilnya. Hari pertama buat I cuma buat dalam 15 biji sebab nak berbuka 3 orang sahaja pun.

Ingat jangan membazir di bulan Ramadhan ya. Setiap hari sebanyak 1 tan makanan yang dibazirkan. Kita pun mahu amalan kita diberkati kan. Wasatiah.

Selamat mencuba!

Thursday 18 June 2015

6 Tips kurus pantas ketika berpuasa

                         
Assalamualaikum. Pejam celik hari ni dah Ramadhan ke-3 buat kita. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan kita sentiasa sihat. Bila tiba bulan Ramadhan ni berbagai idea dan "mengidam" akan muncul. Tak kurang ada juga yang menambah berst badan dek makan ketika berbuka.

Di sini I nak senaraikan beberapa tips uang boleh di amalkan untuk kurus ketika Ramadhan:

1) Jangan beli macam-macam di bazar
Sebenarnya otak kita ni akan nak makan pelbagai ketika perut lapar. Jadi bila perut lapar ke bazar macam-macam nak beli nak makan. I cadangkan you beli ikut kemampuan perut dan bukan ikut nafsu. Bila dah beli macam-macam nak tak nak kena habiskan sebab tak nak membazir. 

2) Berbuka dengan kurma dan air kosong
Ni antara tips top yang perlu you amalkan. Ketika berbuka, perut kosong. Mulakan dengan memakan buah kurma kerana ketika ni badan akan menyerap tenaga pantas dari buah kurma serta membuat kita cepat bertenaga dan kenyang. Minum air kosong yang 0 kalori serta menyihatkan badan dan sistem penghadaman.

3) Tidak mengambil minuman manis dan berais
Fakta ni agak benar melalui pengalaman sendiri. Ketika berbuka perut kosong dan rasa dahaga. Jika berbuka dengan air berais dan manis kita sebenarnya akan minum terlalu banyak hingga kadang perut buncit. Betul tak? Minuman berais ni pun memang akan buat kita lebih dahaga dan penat. Tambahan pula kandungan gula di dalan minuman manis akan lambay tercerna dan membuat ia bertukar menjadi lemak. Jadi jaga bab minuman ni.

4) Makan sedikit-sedikit
Ramai beranggapan ketika berbuka mesti makan banyak! Tanggapan ni salah. Bukan sahaja akan membuat perut anda senak dan sakit malah akan menggangu sistem penghadaman dan membuat kita cepat mengantuj dan malas bergerak dan beribadat. Jadi saya cadangkan berbuka dengan buah kurma, bersolat dan kemudian boleh menjamu nasi atau makanan utama. Dengan makan sedikit-sedikit akan membantu perut anda untuk kenyang lebih cepat dan lama. Jadi selesai masalah buncit di situ.

5) Minum air kosong 2L
Walaupun berpuasa badan kita perlu sihidrasi dengan air. Bukan sahaja supaya sistem badan berjalan dengan lancar malah supaya ia dapat kurangkan sembelit juga. Bukan sekali minum ia. Anda boleh minum sepanjang masa berbuka hingga sebelum tido. Ingat sembelit juga punca berat naik.

6) Elakkan makan kuih manis terlalu banyak
Memang pelbagai keinginan kita makan kuih muih ketika bulan puasa kerana ada kuih yang hanya 'muncul' ketika bulan puasa sahaja. Tapi saya cadangkan hanya sepotong kecil sahaja. Ni dapat elakkan kandungan gula meninggi dalam tubuh dan elakkan diabetes.

Selamat menjalani ibadah puasa ya!
Jom kita kurus, sihat dan mencari pahala di bulan puasa ini.

Xoxo

Maz



Wednesday 17 June 2015

9 Tips Kenyang Lama masa berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan! Alhamdullilah berpeluang lagi untuk menyambut dan menjalani bulan puasa tahun ni. Kali ni cabaran ialah mengepam susu untuk Hannah, disamping jadual kerja yang agak padat dengan kerja di luar.

Tapi kita semua kan super mum insyallah kita boleh lakukan sebaiknya. 

Bila bulan Ramadhan dan ketika berlapar kita sebenarnya terlalu ingin makan berbagai makanan dan mulalah tapaj ke bazar Ramadhan dan nafsu membeli bergelora. Betul tak?

Hari ni I nak kongsikan tips untuk kenyang lebih lama ketika berpuasa. Masih ada rasa lapar kalau tiada rasa lapar tak dapatlah kita memahani keadaan mereka di luar yang sedang kelaparan dan kehausan.

Tips kenyang lebih lama:
1) Bersahur dengan air suam. 

2) Tidak minum minuman berkafein seperti kopi, teh. Ini kerana kandungan kadein akan menyerap air dalam badan dan membuat anda cepat lapar dan haus serta kepenatan.

3) Kurangkan pengambilan KARBOHIDRAT seperti nasi, roti putih. Memang makanan ni memberi tenaga tapi ia hanya buat anda kenyang sekejap sahaja. Cuba amik oat lebih baik dari nasi.

4) Makan lebih protein seperti ayam, daging dan ikan. Protein akan buat kota kenyang lebih lama.



5) Elakkan makanan masin kerana garam juga akan menyerap air dalam badan serta akan membuat buah pinggang kita bekerja lebih keras.

6) Elakkan minuman berais dan sejuk. Ini juga akan membuat kita cepat letih.

7) Buah tamar. Buah tamar bukan sahaja sunat diambil malah ia juga akan memberi kita tenaga sepanjang berpuasa.



8) Saya juga amalkan cinch shake. Yang tinggi protein dan leusin. Sebagai ibu menyusu memang setiap kali lepas mengepam akan buat saya rasa lapar. Jadi dengan cinch shake ni akan buat saya kenyang lebih lama di samping dapat membantu saya menurunkan berat badan.
9) Multivitamin/VITA LEA. Pengambilan supplement ni memang saya akui saya kurang letih dan masih kekal cergas walaupun jauh petang dan dengan kesibukan bekerja di samping berpuasa.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diberkati oleh Allah swt. Amin..

Xoxo

MAZ

Sunday 14 June 2015

Trip to Zoo Negara

I memang prefer pergi tempat macam Zoo ni dengan anak I sebab bagi I tempat ni lebih membuka minda kanak-kanak untuk berkembang. For better brain development.
Sebab di zoo ni kita boleh tunjukkan binatang yang realistik! Nasib Hannah baru 17months, tak lah banyak tanya.
Tapi kecik-kecik cili padi ni pandai posing sakan plak. Kemain.


Ni antara snap shots yang I ambil. I noticed walaupun ada perubahan dari segi lanskap, kawasan lebih besar, 6D motion TAPI kurang binatang. Kalau nak naik tram pulak kena bayar extra RM5 untuk seorang adult. Dan tram ni hanya stop sekali dan untuk balik ke stesen. I rasa bab ni Zoo kena improvise the system. Kalau ada pit stop lebih baik. Sebab kawasa  terlalu besar serius sakit kaki nak jalan dengan bawak anak-anak lagi.



              Hannah dan sakura!
                            Raindeer
                       Flamingo

So far bagi I memang sesuai untuk aktivit keluarga. Dari bawak anak ke shopping mall dan main game lebih baik bawa mereka ke sini. At least dapat kenali haiwan serta kita dapat eratkan hubungan kekeluargaan.

Lepas ni i plan nak ke Kuala Gandah tengok gajah pulak. Tapi tunggu lepas raya lah ya.

Selamat berpuasa!



2 hari yang bermakna buat saya!



Sabtu dan Ahad lepas saya telah menghadiri Shaklee National Conference! 1st time datang sebab tahun lepas masih dalam tempoh berpantang. Hari Sabtu hanya Hannah and I sahaja sebab Husband ada kerja.
Ni je yang semapt capture sebab pergi berdua agak handfull. Hehe. By the way we had great time mendengar sharing dari mereka yang telah berjaya. Memang rasa berasap dan bersemangat.

Hari kedua, husband follow kami.

Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari daripada conference ni. Dan sememangnya bagi saya sebagai seorang distributor memang wajib menghadiri conference ni walaupun kita non qualifiers. 

Antara intipati yang dipelajari ialah mengenai KOMUNIKASI. Sebagai seorang distributor saya akui komunikasi bersama upline dan downline sangat-sangat penting. Bukan sahaja untuk mengenali karakter masing-masing malah dengan komunikasi ini juga kita dapat bertukar idea, berkongsi pandangan mengenai strategi berbisnes malah kami juga memotivasi sesama ahli dalam kumpulan.

Naik ke atas pentas dan tolong mengambil award dengan Mr Victor sambil dibisikkan olehnya You are Next Master Coordinator! Perrgghhh perasaan terbakar mendengar katanya. Naik stage dengan mengendong Hannah yang sedang tido nyenyak. 
Ni hah antara doorgift yang i dapat. 4 sachets of collagen, tumbler, YES pamphlet, car sticker dan wiven bag Shaklee.


Sebenarnya memang perlu sangat bagi saya untuk ke Shaklee National Conference ni bukan sahaja untuk mengambil aura dari mereka yang telah berjaya malah kita juga dapat mempelajari tips berjaya daripada mereka. 

Rata-rata yang telah berjaya tersiri dari golongan wanita. Bukan yng berkerjaya sahaja malah ada yang mempunyai latar belakabg seorang suri rumah. Bagaiman Shaklee Effect terjadi kepada mereka yang telah merubah segala kehidupan. Dari hidup susah kepada senang, daripada sakit kepada sihat. 

Main thing ialah Helping others!

Sekian.

Maz




Wednesday 3 June 2015

Kenduri tunang mengejut

Hari ni sepanjang setengah hari menghaniskan masa di Klang. Sepatutynya ada CCC inspection di Pandamaran tapi sampai saja di site, pengawai call kata cancel. Wahh bukan dekat ya, nasiblah dah tugas kan.
Agak kalut juga hari ni sebab perlu bangun lebih awal untuk menghantar Hannah ke rumah my mum dan perlu sampai di site jam 9 pagi. Redha ja bila menjadi ibu bekerja ni. Im sorry Hannah,mama is working to be Work at Home Mum soon ok.

So setibanya si ofis tengahari tadi dikejutkan dengan kenduri tunang seprang staff ofis, Hafizah! Serius memang sangat surprised bertunang rupanya dalam diam-diam.


Ni antara hidangan di kendurinya. Homemade cooking ya. Air tangan mak semestinya sedp menjilat jari. Dengan sambal udang, ayam goreng, pajeri nenas, tauhu bakar dan kuih-muih melayu. Semua sedap!
Yang duduk sebelah I pakai tudung krim tu yang bertunang.

Anyways, selamat bertunang ya Hafizah, kalau kawin annti jangan buat kenduri surprise lagi tau! Tahniah dan semoga happy selalu!

Tuesday 2 June 2015

Sarapan pagi Cepat dan ringkas!

As salam! 
Hari ni korang sarapan apa? Hari ni I buat simple je. Toast bread dalam oven. Hah ni rupanya.
Yang hijau tu I letak sayur sawi+cendawan+bawang putih. Yang depan tu i punya dengan telur. Untuk husband I buat scramble eggs ja sebab dia tak makan roti bakar ni. So ni untuk I and Hannah punya. Memang cepat, ready dalam masa 15 minit. Jadi bagi ibu bekerja dan rushing resepi simple ni sangatlah sesuai untuk you.

Makan dah, kini minum pulak.

Untuk minuman I bancuh 1 scoop CINCH SHAKE CHOCOLATE dengan air suam+sejuk dalam 1 mug. Jadi kenyang pagi tu dengan diet protein I.

Ingat sarapan pagi penting jadi jangan skip ya.

Hah ni rupanya Cinch Shake Chocolate.

Rasa cokelat memang favourite sebab tu i pilih perasa ni. Paking best bukan sahaja mengenyangkan malah ia juga membantu kita mengurangkan berat badan.

Bila perut dah kenyang, hati pun gembira, badan pun sihat kulit pun sihat.



Buah kiwi sungold color kuning

Last week masa pergi shopping i terjumpa dengan buah kiwi sungold. Kelainannya ialah ia berwarna kuning bukan seperti kiwi boasa yang hijau tu. ambil sati pek ada 5 biji sebab nak cuba dulu kalau manis dan sedap hmmm memang akan beli lagi. Mata tersilap tengok ingatkan RM7.99, haha sampai di rumah we both husband and wife makan sampai 3 biji. Husband pun cakap wow sedap, twngok harga rupanya 5 biji RM14.99. Haha. So basically sebiji dalam RM3. I was like wow no wonder sedap kan.

Esoknya I bagi Hannah makan habis sebiji siap sentun lagi.
Sebenarnya buah kiwi sungold ni mempunyai 2 kali ganda kandungan Vitamin C berbanding buah oren dan 2 kali ganda Kandungan Vitamin E berbanding buah Avokado serta tinggi dengan antioksida. Selain itu ia juga tinggi fiber dan pottasium dan bagi dewasa digalakkan untuk mengambil 2 biji setiap hari.

Ikutkan hati dan perut mau makan setiap hari tapi disebabkan harganya agak maha,sesekali makan bolehlah ya. 

Sekarang I amalkan Vitamin 2 biji sehari untuk keperluan badan menjadi sihat dan untuk kecantikan kulit. Lebih murah sebenarnya.


Monday 1 June 2015

Pemakaian tudung serikan muka

Last weekend akhirnya juga rasa berehat bertiga dengan husband dan Hannah sambil kuat berjalan-jalan bersama. Bukan pergi mana pun hanya bersarapan berdekatan dengan rumah dan membeli barang dapur. 
Jadi kesempatan nak kuar ni I amik untuk pakai tudung bawal Aidijuma yang baru ni, Pink Safari. Memang perasan berseri muka, tambahan pulak sejak makan Vitamin C, Protein Shake dan Detoks supplement ni.
Hannah ni pun sekarang dah pamdai posing. Kemain.
Teringin makan roti canai melayu sebenarnya. Tapi nafsu ibu menyusu nak makan mihun goreng juga. Sedap sarapan kat gerai Kak Ton ni dan murah. Mana lagi nak dapat mihun goreng tak sampai RM3 dan roti canai RM1 kan. Tempat pun cozy siap beratapkan zink, relaks gitu seperti mood bercuti. Yess kat twpi mihun tu is my pill casing yang sentiasa i bawak kemana-mana. VITA LEA untuk tenaga dan elakkan I craving, B COMPLEX untuk buat Mood I lebih terkawal disamping itu sebab Hannah masih menyusu ia juga membantu sistem pergerakannya. Vitamin C pun i bawak tau untuk tingkatkan imuniti badan dan of course untuk elakkan sunsuria aktifkan jeragat kat muka I. 

Anak arkitek juga tu, time makan pun nak pegang pen macam ayah dia. 

Minggu lepas start mood nak bercantik-cantik dengan tudung baru dan pengambilan supplement yang konsisten rasa lebih yakin dan sihat.

Xoxo