Tuesday 24 February 2015

Berpantang- setahun berlalu



Kalau tahun lepas, bulan Februari ini masih berpantang bersalinkan Hannah. 
Memang patuh kepada jadual makan dan pantang larang mak saya. Mungkin tak semua yang boleh diikut seperti tak boleh minum air banyak. Tapi ada yang perlu diikut ketat. Tapi yang pasti MEMANG BERKESAN UNTUK KURUS DAN KUANTITI DAN KUALITI SUSU serta untuk KESIHATAN BABY.

Contohnya:
1) Jangan main air nanti sejuk/ bentan
2) Minum air sejuk/ berais
3) Makan makanan sejuk seperti timun, tembikai. Buah yang boleh makan time tu hanya orange. Sayuran pun ada sesetengah je boleh makan
4) Pakai bengkung untuk kempiskan perut, bahagian abdomen, peha dan pinggul.

Bab yang main air tu memang saya setuju. Sebab masa berpantang saya pergi jemur baju. Time tu husband tak dak kat rumah. Hehe. Malam tu badan rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Haaa tu lah bentan orang panggil. Jadi sejak dari hari tu memang saya tak jemur baju mandi pun semestinya air suam. Satu lagi
Pasal bab makan kena jaga sebab I menyusu Hannah. Jadi makanan pedas, berempah, sejuk, makanan semalam memang tak makan sebab takut baby kembung. Pernah termakan kuah kari najis Hannah jadi 'watery' dan perut kembung. 
Semasa berpantang selain dari pemakaian bengkung dan korset sekurangnya 5 jam sehari, I makan supplement untuk berpantang. Yelah untuk penyembuhan luka dalaman badan. Walaupun luka jahitan tanggal dalam masa 7-9 hari tapi penyembuhan dalaman selalunya mengambil masa lebih lama.
Jadi untuk rawatan dalaman i amalkan makan supplement ja.
Sebab my mum kata makan vitamin tak pa, jamu jangan sebab panas. Yelah takut Hannah nanti ada kuning, rashes naik. Sebenarnya lebih risau effect kepada anak.
Selain itu, stokin jangan lupa pakai tau untuk keep badan kita warm. 

I just miss my confinement period. Rindu dimanjai. Haha.

Kalau nak set berpantang ni boleh wassap i okay. 


Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday 23 February 2015

Detox tapi bertenaga!

Ni I nak review pasal Cinch Energy Tea Mix yang boleh dikatakan setiap hari I minum. Yelah tido tak cukup lah sejak ada anak ni. Jadi kalau dah jadi Mommy ni no more beauty sleep ya. Tapi Alhamdullilah walaupun siang bekerja malam jadi burung hantu juga sebab menyusu hannah im so happy in fact masa siang tak rasa letih or mengantuk sangat pun. Tapi bila datang sanggap pun after lunh memang menguap-nguap. 

Malam tadi adalah sekali Dua Hannah merengek nak susu. Biasalah tido ternganggu tu. Hehe takpa pahala menyusu anak. Chewah. Ok hari ni dari pagi ke tengahari I akan berada di site untuk inspection. Jadi I memang need energy ni untuk kekal cergas dan tak mengantuk bila balik nanti. Yelah nak drive sejam setengah gak dari Tanjong Malim ke ofis. Kalau dulu i memang bila sampai ofis jadi lembik macam sayur. Tapi sejak minum Cinch energy teq mix ni badan lebih bertenaga tau. At the same time ia bantu untuk detox toksin dari badan kitq. Dan ramuan teh ni membantu untuk menurunkan berat badan dan mengandungi antioksida yang tinggi. Jadi bukan setakat bertenaga, kurus, detox malah antioksida juga. Pakej kan. Sangat untung.
Satu sachet koyakkan dan campur dalam air pastu goncang ja. Bau dia sangat sedap, wangi dan fefeeling calming tau.

Xoxo

Maz

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday 22 February 2015

Roti sekaya sedap di Penang!!

Antara favourite I ialah roti sekaya di Penang. Simple ja, roti bun disapu planta dan kaya. Yang bestnya semua ni tak da bahan pengawet dah memang tak tahan lamalah, dalam 3-4 hari je tahan. 
Masa pregnant ini antara favourite lagipun morning sickness teruk dulu. 
Serius sedap. Sebiji dalam RM1 ke 80 sen.

Xoxo

Maz

Saturday 21 February 2015

Resepi biskut baby

Ni project I kalau cuti-cuti. Ni sejak Hannah dah besar dan I dapat birthday present oven feom mu parents, adalah masa sikit nak baking. Chewah padahal baru dapat belated present last week. Haha.
Ni hah dia.. Cantik besar dan memang i tengah mencari. 42L, siap ada kipas dan boleh roast chicken. So dah dapat oven ni silalah rajin-rajin baking ye Maz haha. Nanti boleh jemput parents datang makan. So far baru guna beberapa kaki untuk bakar roti dan baked biskut baby for Hannah.

Taraaa biskut baby in the making untuk dibakar.
 Beli je acuan ni kat Daiso, banyak yang cute. Tapi i pilih acuan ni sebab besar lagipun Hannah boleh bite bit by bit. Kalau kecil sangat kang dia pegang ngap terus tak puas.

       Outcome dari oven

Resepi
2 cawan unbleached flour
150gm SCS unsalted butter
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung castard
Kurma Ajwa
Dried cranberries

1) Untuk kurma dan cranberries i blend kasi jadi puree.
2) pukul butter sampai kembang.
3) masukkan tepung yang dah di ayak. 
5) bila sebati masukkan puree. Kacau sampai sebati.
6) Bakar dalam oven suhu 160c, 20-25 minit.

Simple ja kan. Janji takda gula.

Xoxo..

Maz

Friday 20 February 2015

Rindu update

Lama. Tak update entry. Kepenatan hingga nak pegang hp pun rasa tak larat. Fuh. Lagipun si kecik Hannah sekarang extra manja dan extra attention perlu diberikan padanya. Nak updatr entry kena tunggu betul-betul tido. Haii Cinch energy tea mix engkau benar-benar membantu ku beri tenaga. Chewah..Alhamdullilah usia Hannah sekarang dah menjangkau 13 bulan 10 hari. Gigi pun atas dah 4 batang, bawah 2 batang. Kena gigit juga lah masa menyusu, ouch!! Tips kalau luka kena gigitan anak, sapukan susu kita pada tempat lupa Insyallah cepat baik. Satu lagi sentiasa amalkan pengambilan Vitamin C setiap hari. Supaya bukan sahaja untuk kulit cerah dan imun badan meningkat malah untuk cepatkan pembaikan luka. Best kan vitamin C ni nak semestinya yang I makan ialah dari Shaklee. Sebab sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan. Kalau banyak jerawat tu makan Vitamin C cepatlah surutnya.

Okay adios. Selamat malam. I nak mengepam susu untuk Hannah..

Kalau nak cuba vitamin C ni boleh order dengan I okay.

Xoxo.

Maz

Wednesday 18 February 2015

Wang Plastik dan Shopping

Shopping memang antara perkara yang sangat menggembirakan dan antara cara  untuk stress free. Sekarang ni kalau keluar membeli pampers anak yang tengah offer pun dah rasa nikmat. Haha..yelah bila time offer jumat RM4-5 kan untuk setiap pek! Setahun mahu beratus saya save! 
Ok ni berdasarkan kepada cerita Confession of a Shopalic yang berkisarkan kaki shopping yang berhutang kad kredit. Memang tak salah shopping tapi yang salah bila kita menbeli sesuatu di luar kemampuan kita dan kita berhutang. End up hutang setiap bulan semakin bertambah tambahan digoda oleh sale setiap bulan.
Kalau nak harapkan paycheck setiap bulan memang tak boleh langsai senua hutang kad kredit kan? Selalu yang gunakan kad kredit ialah bila kita tidak mencukupi wang pada masa itu tambahan pula dengan keadaan kos hidup yang tinggi hanya can minima yang dibayar. I cakap dengan you interest kad kreditlah paling tinggi dan miliki kad kredit ni seakan 'berhantu'. Manakan tidak asyik rasa nak beli je kalau ada wang plastik ni kan. 
Okay untuk mereka yang ingin selesaikan hutang kad kredit dengan cepat antarnya ialah dengan menambah pendapatan dan mengurangkan penggunaan kad kredit. Apabila pendapatan kita bertambah jumlah caj bulanan dapat dibayar lebih dengan ini hutang akan berkurangan provided hutang tak tambah.

Tambah pendapatan dengan berbisnes online kerana ini adalah jalan paling selamat dengan modal yang rendah. Cuma RM75. Setiap bulan bonus yang kita dapat boleh mencecah hingga ribuan ringggit! Jadi kalau anda mahu menjana pendapatan ni hubungi saya. Hentikan hutang lad kredit buat bank untung dan kita rugi sahaja kan.



Xoxo

Anda kurus atau sihat?


U prefer diri you gemuk, kurus atau sihat? Memang rata-rata memilih untuk menjadi kurus. Tapi takrifan kurus bagaimana? Jujur saya cakap saya prefer diri kurus yang sihat dan cergas. Mendapat ilham dari tontonan movie Thinspiration semalam mengenai 2 adik beradik yang agak tertekan kerana dipaksa mengawal berat badan. Makan pula perlu dicatu. Kakak seorang penari dan adik lelaki seorang ahli gusti. Hannah merasakan dirinya seorang yang gemuk walhal dia memang kurus kedi dah. Sanggup tak makan dan mengamalkan 0 kalori serta mengambil ubat kurus. Baginya kalau tak makan adalah proses penyucian diri. Bila time dinner, Hannah akan kata, im full or i will eat at my working place. Itu adalah antara alasan mereka yang mempunyai masalah gangguan makan atau anorexia nervosa. Selalunya ia terjadi kepada budak perempuan yang baru nak up ni. Akhirnya Hannah tersedar yang dia silap apabila adiknya, Leo pengsan semasa dalam perlawanan gusti disebabkan kegagalan fungsi jantungnya akibat tidak makan. Parents dia agak terkejut sebab adiknya yang lelaki juga seorang anorexia nervosa. Hannah mendapat tahu kerana mereka selalu chat di laman web Ana, khas untuk mereka yang nak kurus gila ni. 
Sebenarnya Leo lagi parah kerana dia telah lama tidak makan dan akhirnya meninggal. Mereka ni sebenarnya stress sebab parents asyik kata tak boleh makan kena jaga berat. Jadi bila stress mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.

Penghidap anorexia juga akan mencederakan diri jika mereka makan. Mereka sanggup tumbuk perut, mengukir di perut. Mereka juga akan melakukan excessive exercise untuk dapatkan berat yang mereka nak. It's all about numbers.
Akibatnya mereka ini akan menjadi malnutrisi dan akan mengakibatkan maut.

Bagi saya makan seimbang, exercise itu perlu bukan sahaja untuk menjadi kurus bahkan lebih kepada ke arah kesihatan. Pengambilan ubat kurua juga is a no no. Selidik dulu apa-apa yang anda nak makan sebelum beli tau. Kerana sesetengah ubat kurus mengandungi sibutramine akan menggangu kesihatan jantung dan akhirnya membawa maut.

Saya juga ada mengambil beberapa supplement untuk menurunkan berat badan dan Alhamdullilah ia membantu sangat proses penurunan berat badan. Walaupun tidak drastik turun tapi saya rasa badan lebih sihat dan cergas.
Ni yang saya ambil sampai sekarang ESP, Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Cinch Tea. Bukan sahaja menurunkan berat malah mencerdaskan minda serta memberi tenaga kepada kita.


Xoxo

Maz

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday 15 February 2015

Bawang putih dan Alahan Mengandung

Masa pregnant saya tak ingat masalah minggu ke berapa tapi saya alami alergi di jari tangan. Banyak doktor yang saya telah jumpa hingga krim steroid seperti hydrocort diberi. Rupanya setelah saya google krim hydrocort ini mengandungi steroid dan tidak sesuai untuk orang pregnant. Yelah takut kemungkinan steroid diserap melalui saluran darah ke baby kan. Then saya stop. Tapi saya perasan kulit makin menipis, pedih dan adakala gatal saya garu hingga berdarah. Sob sob. Kemudian saya cuba lotion johnson n johnson yang berharga RM5.90 dan Alhamdullilah bertambah baik!
Jadi tak semestinya krim atau lotion mahal elok ya. Selalu kalau kulit kena alaban atau alergi seeloknya biarkan ia dalam keadaan lembap.

Tapi selepas bersalin orang kata alahan ini akan hilang kan tapi tidak bagi saya. Keaadan lebih teruk bila menggunakan pencuci pinggan sunlight. Jadi saya pun tukar ke Get Clean Dish washer. Sabun ni memang best guna sikit ja, pinggan dan bersih dan berkilat dan mesra tangan. Sebab kulit saya tak gatal atau pedih.
Untuk kuatkan lagi imun badan saya juga makan Vitamin C dan juga Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi dan untuk bunuh kulat pada alahan tangan. So far dah seminggu lebih makan dan cap jari tangan dah kembali!!! Yeayyy. 
Jadi bagi yang punyai masalah alergik, alahan, gatal-gatal boleh cuba cara saya ni ya. Menjimatkan dan selamat. Memang highly reccomended tau.



Xoxo

Friday 6 February 2015

Bawang putih antibiotik semulajadi!

Bawang putih memang terkenal dalam bidang masakan dengan bau yang agak kuat dan bagi saya busuk!
Tapi bab kata orang-orang tua yang busuk, pahit tu semua penawar.
Disebabkan batuk yang tidak henti-henti ramai kawan yang cadangkan makan bawang putih mentah tu beberapa ulas sehari. Kata mereka memang bagus tambahan pula kalau bayi susuan kita demam ke flu atau batuk mereka pun cepat baik. Sejak dari pregnant sampai sekarang memang saya tak makan ubat batuk ni. Lagipun ada seorang doktor beritahu makan ubat batuk will just make it worse. Haha.. Tak tahulah kan.
Tapi saya tak tahan rasa dan bau bawang putih yang kuat ni. Rela makan supplemen Garlic Complex ja. Haha. Telan 2 biji semalam alhamdullilah ada kurang batuk hari ni. Rasanya tak batuk lagi hari ni. Legaaaa. Antibiotik semulajadi kan!
Tapi kalau nak makan bawang putih mentah atau supplement mesti selepas makan. Supaya ALISIN, iaitu bahan kimia dalam bawang putih dapat bertindak balas dengan enzim dalam perut dengan lebih baik dan untuk elakkan masalah perut seperti gastrik.


Sekarang masak pun letak chopped fresh garlic banyak-banyak..

Xoxo


8 Tips Tangani Susu Merundum

Hari tak sentiasa indah dan kali ini kes susu merundum saya kembali. Bukan disebabkan sibuk mencari pengasuh untuk Hannah, setiap hari rasa terkejar-kejar dengan keadaan Mama yang tidak berapa sihat, saya dengan demam selsema, stress keje eh tiba- tiba rasa macam2 dalam kepala ni.
Stress, terkejar2, tak sihat antara penyumbang kepada kuantiti perahan susu yang sikit. Kadang sekali pam ada tak sampai 1 oz walhal masih berat terasa. Macam2 dalam lubuk fikiran timbul kerisauan takut stok susu makin berkurangan. Alhamdullilah Hannah dah semakin kuat menyusu kata Babysiter. Lega dan gembira tetapi ada kerisauan sebab kalau setiap sesi perahan begitu stok akan menjadi semakin berkurangan. 
Jadi untuk atasi masalah ini bagi ibu bekerja yang sangat sibuk dan mengalami masalah perahan uang sedikit, ikuti 8 Tips Tangani masalah susu merundum:

1) Periksa suction pam
Setelah periksa beberapa kali serta setiap kali selepas sesi mengepam timbul rasa tidak puas pam dan breast masih berat. Di sini saya dapat rasakan "suction" semakin kurang dan tiba masa untuk servis pam.

2) Periksa payudara
Selepas pam, saya akan lakukan teknik marmet. Ini kerana selepas mengepam memang masih terasa berat serta ada "lump" seolah ada susu tersumbat. Dengan teknik marmet hasil yang diperoleh lebih banyak. Saya juga "noticed"
Ada bengkakan/ketulan pada breast dan agak sakit bila di urut. So memang engorged sebab itu hasil perahan sikit.

3) Urutan
Urutan secara membulat pada "breast" boleh dilakukan bagi memudahkan pengaliran darah dan kurangkan ketulan. Selepas urut pada minggu lepas ketulan dah berkurangan dan hasil perahan sudah meningkat kembali. Baru beli Pam Manual Avent. Haha sanggup ke Rawang terus beli.

4) Teknik "stimulation"
Teknik "stimulation" sangat membantu pengeluaran susu. Guna Mode Stimulation selama 2 minit untuk dapatkan LDR (Lie Down Reflex). Dengan cara ini susu akan keluar lebih lancar. 
Satu lagi boleh stimulate dengan warm shower supaya darah berjalan lebih lancar.

5) Lap/ tuan breast dengan kain panas

6) Minum air panas sebelum pam
Ini supaya pergerakan susu lebih lancar dan memudahkan proses pengepaman susu.

7) Power Pumping
Power pumping dilakukan selama 1 jam setiap hati sehingga hasil perahan kembali normal. Contoh kalau menggunakan single pump electric ialah 10-15 minit belah kanan, kemudian 10-15 minit belah kirir, seterusnya hingga 1jam. Bagi double pump, 20 minit pam, rehat 10 minit dan sambung hingga 1 jam.

8) Basahkan bibir dengan zikir Ya Mateen dan pasang surah hujurat semasa pam.

Semoga berjaya. Sementara pam letrik saya hantar untuk servis, saya gunakan pam manual Avent dan juga teknik marmet.

Xoxo

Maz

Tuesday 3 February 2015

3 makanan sedap di Ipoh


Sabtu lepas husband bawak kami ke lost World Of Tambun di Perak. Last minute punya holiday. Hotel di Sunway Lost World memang sold out so we decided to stay at Regalodge, Ipoh. Bilik ya g berpatutan bagi I RM149 semalam.
Jadi sampai dinTambun kami mulakan misi mencari makan dahlah perut dah kriuk kriuk lapar. Hajat nak makan Mi Ketam tapi kedai tu hanya bukak jam 3.30pm. Adoi. Pusing punya pusing kami berhenti makan di Kedai Nasi Beriyani Gam Kak Umi.
Kami order nasi beriyani kambing dan ayam. Juga diserve dengan papadom dan acar timun.


Memang sedap!! Cerah pinggan kami makan. Total nasi beriyani dengan air laici ialah RM19.00. Nasi dia memang menggunakan basmathi yang panjang-panjang.



Lepas makan check in di Regalodge untuk berehat sekejap. Petang kami ke Taman Dr Seevinagam. Kitaorang panggil Taman Dr Chewing gum sebab berbelit lidah nak sebut. Lokasi berdekatan Hospital Ipoh. Taman ni memang menarik untuk bersantai di waktu petang, bersenam, beriadah bersama keluarga. Sayangnga Hannah tido. Jadi kami makan laksa, pasembut dan cendol.
                    Pasembuq
                         Laksa

Taman ni sangat cantik untuk buat photoshoot. Sebab Hannah tido dan tak dapat bergambar kami teruskan perjalanan Lorong Choh Tambun untuk pekena Mi ketam Sempoii.



Mi ketam sedap cuma kalau kemanisan kuah dikurangkan lebih sedap. Bagi I agak pricey. Untuk 2 mi ketam RM52. Tapi puas makan sebab isi ketam penuh.

Hari kedua

Hari kedua pagi tu kami mencari nasi ganja. Lokasi di Rumah tumpangan Yong Suan. Jangan risau Nasi Ganja di buat oleh Indian muslim manakala air dibuat oleh cina kedai kopi. 
Panjang beratur. Seeloknya makan dalam pukul 11 pagi untuk elakkan beratur panjang.


Bezanya dengan Nasi kandar Penang ialah kuahnya yang sedikit pedas serta ditambah dengan Sambal Kelapa. Sedap!! Total makan dua orang dengan lauk kambing, ayam goreng, bendi, telur asin ialah RM13.30. Agak murah.

Nanti saya akan sambung ke entry seterusnya..

Xoxo

Maz

Monday 2 February 2015

Multivitamin kunyah dan Takut gigi rosak


Selalu Vitamin kunyah ini berperisa manis untuk menarik minat anak-anak. Memang selalu mereka ini tertarik dengan benda manis-manis. I masa kecik dulu pun suka makan vitamin C kunyah kanak-kanak sebab sedap dan manis, rasa oren kan. Tapi yang manis ni selalunya tak elok sebab boleh rosakkan gigi, which I agak particular bab ni.

Bagi ibu bapa yang risau akan gigi anak rosak, jangan risau sebab Vita Lea Chewable For kids atau mulivitamin tidak manis, tiada perasa dan pewarna tiruan, cuma rasa anggur semulajadi sahaja!
Jadi untuk keperluan nutrisi lengkap setiap hari dan "mesra gigi" Vita Lea ni sesuai.


Ada 19 vitamin yang memang setiap hari anak kita perlukan. Tau aja makanan di kantin sekolah bukan sahaja tidak segar mahal tidak sihat. Vita Lea juga mengandungi Kalsium untuk kesihatan tulang dan vitamin A untuk kesihatan mata.

Jadi kalau anak tak makan sayur suakan ana sebiji multivitamin ni setiap hari. Insyallah lebih sihat, bertenaga dan cergas.