Tuesday 16 July 2019

Pengalaman bersalin 2nd Baby!!

Perjalanan pregnant dan bersalin anak kedua sangatlah berbeza dari yang pertama. fuh serius contra sangat. Masa pregnant Hannah, ciri-ciri ini semua ada:

a) Loya+ muntah
b) Tak lalu makan (boleh makan mango cheese cake and minum certain fruit juice ja, air suam nehhhiii tekak tak boleh terima walhal favourite)
3) Cepat penat


Hannah Sufiya

Tapi masa pregnantkan Hani Zahra, selera pelik sikit. Bayangkan sepanjang tempoh 1st trimester breakfast, lunch and dinner wajib Nasi Kerabu dengan telur masin atau daging salai + ulam kena banyak! loya-loya juga tapi boleh je telan nasi kerabu tu. nasib anak keluar tak biru. Sampaikan bila check up nurse terkejut berat naik banyak sangat samai 2-3 kg sebulan. Hahaha.. Masuk trimester kedua hingga , nasi kerabu tak boleh bau or telan lagi, makan kat luar pun tak berapa lalu. So rajin MASAK dan bawak bekal. dan setiap hari wajib makan buah jambu batu yang crunchy with no asam. tiap2 hari tau. sehari tu boleh makan sampai dua biji jambu batu yang size besar.. haha. good source of vitamin C. sepanjang I pregnant Hani Zahra, HB i nurse and doctor kata sangat cantik bacaan. better dari masa Hannah Sufiya I siap kena masuk hospital drip air sebab badan takda air asyik muntah je.Selera makan kali ni dashyat. chocolate cake, jambu batu fuh memang sedap.

EDD i sepatutnya 22hb April 2019, tapi baby keluar on the 1st May 2019. Dan kali ni lah i merasakan sakit contraction yang pergghh super sakit sampai rasa nak tercabut tulang-tulang badan ni. Fuhh..sampai air ketuba pecah pun tak realize.

1st May 2019- Pukul 7am

Selepas solat Subuh, duduk kejap baca Surah Maryam, tapi perut rasa tak selesa so end up baca sambil baring. selepas tu nak lelap sekejap, pusing kiri, kanan tak lega juga. Last-last bangun mandi breakfast and bagitau husband, I think its the day. So siap-siap semua we all gerak, Drop Hannah at my mum's place. Kali ni contraction nth tak terkira kekerapan sebab sakit ya amat. sebelum keluar dah whatsapp Dr Zana Zalinda, bagitau contraction is not bearable eventhough there is still no sign of water broke or bloody show. Dr said 'Go to hospital now'. And target to arrive at 9am.

1st May 2019- Pukul 9am

Sampai buat CTG, contraction dah 70-80% patutlah sakit, Alhamdullilah jantung baby ok. Haha. Midwife datang check bukaan dah 5cm. Midwife tanya air ketuban Puan dah pecah ke, No belum jawab I.

1st May 2019- Pukul 9.30am
Nurse suruh duduk dalam wheelchair and tolak masuk bilik while waiting for Oncall Doctor untuk check I again.

1st May 2019- Pukul 10.00am

Dr Zunita datang check I. Air ketuban you dah pecah ke tadi? Ntah Doc i was in pain tak sedar dah pecah ke tak, Then husband jawab seluar basah tadi masa I nak pakaikan, dah bocor agaknya. Warna apa tanya Doc? Husband kata ntah tak sure seluar color hitam, :) Then Dr seluk-seluk kata you dah 9cm ni, I was like hah cepatnya. tolak terus ke labour.

1st May 2019- Pukul 10.30am-12.08pm

Proses bersalin mulalah.. Nurse siapkan CTG semua check-check jantung baby masih stabil. then she said kalau rasa sakit nak teran bagitau ya. I pun tiba-tiba dah rasa sakit ni bagitau husabnd suruh panggil nurse and tanya Dr Zana kat mana. Nurse masuk and check. Nurse siap kata kalau you boleh senyum-senyum lagi tu kira oklah..walhal tengah sakit nak bersalin ni. Tak lama Dr Zana datang lepas sambut baby kat labour room sebelah. Siap dengar bapak dia azankan lagi, punyalah kuat. Then, tiba-tiba bacaan baby tak berapa cantik. i dah push banyak kali sampai rasa takda kudrat dah. Dr called few nurses and midwife tolong i push baby . Tekan-tekan perut I. Kata Dr, baby i besar, senget even dah engaged. I kena sedut oxygen sebab reading jantung baby kejaop ada kejap takda and keep dropping. So kena sedut oxygen to supply to baby. Gelap mata sebab takboleh push. Push kepala nampak masuk balik. Alhamdullilah, tepat 12.08pm lahirlah seorang puteri humairah  yang comel dan tembam. disebabkan anak I keluar suara tak dengar, apgar score 6/9 which low, lepas baby keluar je semua I nampak bertungks lumus selamatkan baby. Sedut lendir, masukkan oksigen. Sempatlah Dr letak kejap atas badan I, lega wei dah keluar tapi perasann Risau. Kenapa takda suara. Kejap-kejap tanya Dr, is my baby okay? huhu..nak bangun tak boleh. she said okay. cuma bagi oksigen and nak dengar suara. Lepas tu I retained placenta pulak.. Alllah again? Dr tak nak take the risk tunggu lama placenta nak keluar so kena buat MRP (manual Removal Placenta). Sakit tak? Mayber sakit gila kalau tak sedut Etonox gas..  Selepas sejam Alhamdullilah oksigen level dah stabil and dengar suara baby tapi perlahan ja. Dalam masa sejam lepas bersalin ni lah, I kena rengat. pergghh sakit. Nurse datang picit-picit perut keluarkan darah. sakit gila kau. siap i genggam kuat tangan nurse tu.. hahaha..

                                                                           Hani Zahra  

Selepas nurse bersihkan I dia tolak baby ke nursery and I ke bilik untuk rest. Sampai bilik tak lama rasa nak wiwi. Siap boleh borak-borak dengan nurse and husband lagi. Husband papah I nak ke toilet. last-last pitam kau jatuh nasib kepala tak terhantuk dinding. Nurse pun datang kejut-kejut semua papah I ke tandas lepas tu bawak ke katil. Katanya tak boleh ke tandas lagi lepas bersalin. sebab darah banyak keluar and kesan gas etonox tu.

Pediatrician kemudia datang dan bagitau yang baby I kena clavicle fracture, tulang bahu retak sebab tu tangan dia tak bergerak. Huhu sedih gila kot dengar. But he said usually it will take about 6 weeks for baby to recover and he advised us to go see orthopedic.

Lucky cousin my mum Orthopedic in Ampang Puteri. abou 1 week plus we went there. baby was examined and he said Alhamdullilah baby dah boleh boxing-boxing. hahaha..


Itulah kisahnya si comel Nur Hani Zahra..



No comments:

Post a Comment