Monday 6 July 2015

5 Tips Menjaga Rambut bagi yang Bertudung

Rambut dikatakan sebagai mahkota wanita dan memperelok lagi wajah seseorang. Dan saya pasti ramai yang inginkan rambut yang cantik dan bersinar dan lebat. Masalah rambut ini jika tidak ditangani segera akan membuat kita cepat botak dan rambut rosak. Walaupun kita berhijab, ia bukanlah lesen untuk kita mengambil remeh tentang penjagaan rambut. Ingat perlu berhias diri untuk suami. Jom ikuti 5 tips di bawah bagi mengatasi permasalahan rambut.

Antara permasalahan rambut bagi kita yang bertudung ialah:

1) Kelemumur
Masalah kelemumur ni berlaku disebabkan oleh kulit kepala yang kering, penggunaan shampoo yang mempunyai bahan kimia yang tinggi, masalah ekzema. 

Solusi:

Gunakan shampoo organik, kurangkan pemakanan tang berminyak dan berkolestrol tinggi, gunakan juga conditioner. Bagi yang mempunyai kulit sensitif saya galakkan anda guna shampoo yang bebas bahan kimia/organik. 
Anda juga boleh mengurut kepala bagi melancarkan peredaran darah dengan air pandanyang telah dikisar.

2) Masalah rambut berbau
Oleh kerana rambut kita disarung dengan   Hijab, apabila kita berpeluh, peluh itu tidak dapat kering dan akan diserap oleh hijab. 

Solusi:

Oleh itu hijab dan anak tudung perlu ditukar tiap hari dan rambut perlu dishampoo. Jangan tunggu sampai berbau tau!

Boleh juga gunakan petua memgurut kulit kepala dengan air kisaran daun pandan supaya lebih wangi dan segar.

3) Rambut bercabang
Rambut bercabang terjadi oleh kerana kita kerap membuat rawatan kimia di salon seperti mewarna rambut, rebonding, perming dan juga hair treatment. Mungkin bagi kita in gat hair treatment ini akan membaiki struktur rambut lebih baik. Saya sendiri suatu ketika suka membuat rawatan ni di dalin tapi akhirnya rambut menjadi semakin kering dan bercabang. Rawatan ni juga akan mengurangkan kolagen dan protein di rambut.

Solusi:
Trim hujung rambut setiap 2 bulan. Ini bagi membuang hujung bercabang dan elakkan rambut bercabang merebak. Gunakan shampoo yang tinggi protein dan lipid untuk memberi kelembapan dan vitamin kepada rambut. Lebihkan makan sayuran dan buahan.
Selain itu pengambilan supplement juga dapat membantu kembalikan rambut yang bersinar dan sihat. Anda boleh mengambil Protein Shake seperti Energizing Soy Protein, collagen powder, zinc dan vitamin C. Supplement ini akan membantu anda mendapat ramhut yang sihat, kuat, bersinar dan lebat.

4) Rambut kusam/kering
Rambut kering boleh disebabkan oleh terdedah lama kepada sinaran UV, air laut dan kekerapan membuat rawatan rambut di salon. Rambut kering ialah di mana ia mengerbang dan terasa sedikit kesat.

Solusinya sama seperti rambut bercabang.

5) Rambut gugur
Rasanya rambut gugur ni sangat terkenal dengan kita yang berhijab bukan? Oleh kerana apabila kita berhijab mengurangkan pengudaraan pada rambut, saya cadangkan untuk anda pada hujung minggu untuk biarkan  "rambut berehat". 

Solusi:
Jangan mengikat rambut dengan ketat dan jika boleh gunakan klip rambut instead of getah rambut. Kerana dengan mengikat kuat rambut setiap hari akan melemahkan akar rambut dan berguguran lah rambut kita.

Penggunaan shampoo organik seperti Revatilizing shampoo dari shaklee juga boleh membantu mengurangkan rambut gugur ni okeh kerana ia tinggi nutrien dan protein ia membekalkan zat tersebut kepada akar rambut.

Selain itu, bileh juga membalut rambut dengan santan pure (bukan dari kotak ya, beli yang diperah). Cara tradisional ni juga terbukti dapat mengurangkan rambut gugur.

6) Rambut 'berbuah'
Ini terjadi kerana kita mengikat rambut yang basah. Bagi yang berhijab, saya sarankan untuk anda mengeringkan rambut dengan suhu rendah sebelum mengenakan hijab. Ini bukan sahaj dapat elakkan rambut berbuah dan berbau malah kita rasa lebih segar dan bersih.


Jom jaga rambut kita.

Xoxo  

Maz

No comments:

Post a Comment