Sunday 17 August 2014

Kaitan karies gigi dan sakit jantung

Bagaimana karies gigi atau gigi berlubang terbentuk dan apa kaitannya dengan sakit jantung?

Terpanggil untuk menulis post ini dan search knowledge for it disebabkan husband yang tiba2 demam panas. Setelah demam panas yang berlarutan hingga 2 hari, i have decided to take my husband to hospital for further checkup. From blood test, he has been diagnosed infected by bacteria. So pening gak mana datang bacteria kan. So puncanya dari sakit gusi dan gerahamnya. 
A- GIgi Normal, B- Lubang kecl terbentuk C- Lubang makin besar dan merebak pada bahagian pulpa yang mengandungi salur darah dan saraf

A- GIgi Normal, B- Lubang kecl terbentuk C- Lubang makin besar dan merebak pada bahagian pulpa yang mengandungi salur darah dan saraf

Menurut Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir daripada Malaysian Dental Association, karies terjadi daripada plak gigi. Plak ialah makanan yang melekat di celah gigi. Ia mengandungi kuman. Kuman itu akan bertindak balas dengan gula yang terdapat dalam makanan yang terselit di celah dan menghasilkan asid. Asid itu akan mrnyebabkan permukaan gigi menjadi lembut dan akhirnya gigi anda berlubang. Keadaan itu dipanggil karies gigi.

Pada peringkat awal serangan karies gigi hanya melibatkan bahagian enamel ia masih boleh diselamatkan. Serangan karies gigi dianggap serius apabila ia merebak ke bahagian dentina. Pada tahap itu anda akan terasa sakit kerana ia hampir ke lapisan pulpa yang mengandungi banyak urat saraf yang sensitif. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai infeksi.

Bahagian pulpa ini mengandungi salur darah dan saraf. Apabila karies gigi semakin serius ia boleh menyebabkan bakteria dari dalam mulut akan memasuki salur darah dan akan disebarkan keseluruh badan melalui salur darah. Ia boleh mnyebabkan timbulnya pelbagai infeksi di bahagian badan tertentu.

Kesan infeksi yang berpunca dari mulut

  • -penyakit jantung,
  • -stroke,
  • -meningkatkan kecenderungan wanita hamil melahirkan bayi pra matang dengan berat badan kurang,
  • -meningkatkan risiko bagi pesakit diabetes,
  • -penyakit saluran pernafasan
  • -osteoporosis

Bakteria yang telah memasuki salur darah akan melekat pada lemak yang berada pada salur darah arteri jantung dan akhirnya menebalkan salur darah tersebut. Keadaan ini menyebabkan aliran darah ke jantung terhalang akibat daripada pengumpulan lemak pada salur darah. Oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh jantung juga juga tidak dapat sampai pada jantung akibat berlakunya penyempitan salur darah dan akhirnya menyebabkan serangan jantung.

MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

No comments:

Post a Comment