Wednesday 17 June 2015

9 Tips Kenyang Lama masa berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan! Alhamdullilah berpeluang lagi untuk menyambut dan menjalani bulan puasa tahun ni. Kali ni cabaran ialah mengepam susu untuk Hannah, disamping jadual kerja yang agak padat dengan kerja di luar.

Tapi kita semua kan super mum insyallah kita boleh lakukan sebaiknya. 

Bila bulan Ramadhan dan ketika berlapar kita sebenarnya terlalu ingin makan berbagai makanan dan mulalah tapaj ke bazar Ramadhan dan nafsu membeli bergelora. Betul tak?

Hari ni I nak kongsikan tips untuk kenyang lebih lama ketika berpuasa. Masih ada rasa lapar kalau tiada rasa lapar tak dapatlah kita memahani keadaan mereka di luar yang sedang kelaparan dan kehausan.

Tips kenyang lebih lama:
1) Bersahur dengan air suam. 

2) Tidak minum minuman berkafein seperti kopi, teh. Ini kerana kandungan kadein akan menyerap air dalam badan dan membuat anda cepat lapar dan haus serta kepenatan.

3) Kurangkan pengambilan KARBOHIDRAT seperti nasi, roti putih. Memang makanan ni memberi tenaga tapi ia hanya buat anda kenyang sekejap sahaja. Cuba amik oat lebih baik dari nasi.

4) Makan lebih protein seperti ayam, daging dan ikan. Protein akan buat kota kenyang lebih lama.



5) Elakkan makanan masin kerana garam juga akan menyerap air dalam badan serta akan membuat buah pinggang kita bekerja lebih keras.

6) Elakkan minuman berais dan sejuk. Ini juga akan membuat kita cepat letih.

7) Buah tamar. Buah tamar bukan sahaja sunat diambil malah ia juga akan memberi kita tenaga sepanjang berpuasa.



8) Saya juga amalkan cinch shake. Yang tinggi protein dan leusin. Sebagai ibu menyusu memang setiap kali lepas mengepam akan buat saya rasa lapar. Jadi dengan cinch shake ni akan buat saya kenyang lebih lama di samping dapat membantu saya menurunkan berat badan.
9) Multivitamin/VITA LEA. Pengambilan supplement ni memang saya akui saya kurang letih dan masih kekal cergas walaupun jauh petang dan dengan kesibukan bekerja di samping berpuasa.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diberkati oleh Allah swt. Amin..

Xoxo

MAZ

No comments:

Post a Comment