Wednesday 18 February 2015

Anda kurus atau sihat?


U prefer diri you gemuk, kurus atau sihat? Memang rata-rata memilih untuk menjadi kurus. Tapi takrifan kurus bagaimana? Jujur saya cakap saya prefer diri kurus yang sihat dan cergas. Mendapat ilham dari tontonan movie Thinspiration semalam mengenai 2 adik beradik yang agak tertekan kerana dipaksa mengawal berat badan. Makan pula perlu dicatu. Kakak seorang penari dan adik lelaki seorang ahli gusti. Hannah merasakan dirinya seorang yang gemuk walhal dia memang kurus kedi dah. Sanggup tak makan dan mengamalkan 0 kalori serta mengambil ubat kurus. Baginya kalau tak makan adalah proses penyucian diri. Bila time dinner, Hannah akan kata, im full or i will eat at my working place. Itu adalah antara alasan mereka yang mempunyai masalah gangguan makan atau anorexia nervosa. Selalunya ia terjadi kepada budak perempuan yang baru nak up ni. Akhirnya Hannah tersedar yang dia silap apabila adiknya, Leo pengsan semasa dalam perlawanan gusti disebabkan kegagalan fungsi jantungnya akibat tidak makan. Parents dia agak terkejut sebab adiknya yang lelaki juga seorang anorexia nervosa. Hannah mendapat tahu kerana mereka selalu chat di laman web Ana, khas untuk mereka yang nak kurus gila ni. 
Sebenarnya Leo lagi parah kerana dia telah lama tidak makan dan akhirnya meninggal. Mereka ni sebenarnya stress sebab parents asyik kata tak boleh makan kena jaga berat. Jadi bila stress mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.

Penghidap anorexia juga akan mencederakan diri jika mereka makan. Mereka sanggup tumbuk perut, mengukir di perut. Mereka juga akan melakukan excessive exercise untuk dapatkan berat yang mereka nak. It's all about numbers.
Akibatnya mereka ini akan menjadi malnutrisi dan akan mengakibatkan maut.

Bagi saya makan seimbang, exercise itu perlu bukan sahaja untuk menjadi kurus bahkan lebih kepada ke arah kesihatan. Pengambilan ubat kurua juga is a no no. Selidik dulu apa-apa yang anda nak makan sebelum beli tau. Kerana sesetengah ubat kurus mengandungi sibutramine akan menggangu kesihatan jantung dan akhirnya membawa maut.

Saya juga ada mengambil beberapa supplement untuk menurunkan berat badan dan Alhamdullilah ia membantu sangat proses penurunan berat badan. Walaupun tidak drastik turun tapi saya rasa badan lebih sihat dan cergas.
Ni yang saya ambil sampai sekarang ESP, Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Cinch Tea. Bukan sahaja menurunkan berat malah mencerdaskan minda serta memberi tenaga kepada kita.


Xoxo

Maz

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment