Monday 19 January 2015

8 SEBAB BISNES ONLINE SESUAI UNTUK KAUM IBU DAN WANITA


Berbisnes ini memang best. Yelah pikir2 balik dari menghabiskan masa melayari internet baca gossip artis, shopping online, main game lebih baik masa dihabiskan untuk mencari wang dengan internet. Dah lama sebernarnya nak berbisnes online ni. Dulu lepas kawin sampai terpikir nak bukak kedai pelamin sebab minat juga. Tapi minat tanpa modal juga tak ke mana. 

Hingga masa I pregnant I terpikir yang mahu bekerja sendiri dan menjaga anak I sendiri. Kemudian datang rezeki menceburi bisnes Online makanan tambahan.


8 Sebab Bisnes Online ini sesuai untuk kaum Ibu dan Wanita:


1) Masa

Sebagai ibu bekerja, saya akui perlu menjadi seorang yang 'multitasking' agar semua urusan kerja dan menguruskan rumah dan keluarga berjalan lancar. Sehari dalam anggarsn 2 jam saya peruntukan masa untuk belajar mengenai produk, teknik pemasaran, membuat poster. Setiap kita diberi 24 jam masa jadi bangkit awal semasa anak sedang tido adalah masa terbaik. Pengorderan pelanggan juga dibuat secara online dan ini juga menjimatkan masa anda.



2) Modal

Permulaan modal cuma RM75, permulaan yang rendah. Bila perlu melabur bangak tu yang buat saya risau. Pelan bisnes Shaklee tawarkan juga sebenarnya jelas dari segi komisien, untung serta beberapa inisiatif lain.


3) Family oriented business

Bisnes online ini bagi saya adalah bisnes online 'family oriented' kerana walaupun anda perlukan pendapatsn kedua untuk menampung perbelanjaan keluarga dan perlu bekerja untuk tingkatkan ekonomi keluarga, anda masih boleh bersama keluarga tanpa abaikan. Kerana anda boleh lakukannya di rumah sahaja.


4) Tanpa bersesak meredah 'jam'

Memandangkan KL ini kesesakan jalan agak melampau dan memang stress untuk 'travel' satu tempat ke satu tempat untuk berjumpa pelanggan dan rakan niaga tambahan pula komitmen anda sebagai seorang ibu dan isteri, bisnes online ini memudahkan anda. Interview untuk rakan niaga dilakukan secara online manakala buat pelanggan yang ingin merisik produk dan membeli juga dilakukan secara online. Ini juga sebenarnya menjimatkan masa anda. 


5) Lebih selamat!

Menjalankan secara online lebih selamat kerana kita kemungkinan bakal rakan niaga atau pelanggan adalah seorang lelaki. Ini juga dapatkan kurNgkan syakwasangka suami kita. Kerana bisnes saya dilakukan di rumah di mana suami dan anak ada bersama. Lagipun saya agak takut untuk berjumpa dengan pelanggan yang tidak dikenali ni.



6) Capaian pelanggan dan rakan bisnes lebih luas

Oleh kerana ia dilakukan secara online 'kedai' anda boleh dihubungi oleh sesiapa sahaja di pelusik dunia ini. Yelah di Malaysia sahaja 80% rata-rata menggunakan internet. Dengan cara ini juga lebih mudah untuk pelanggan membeli barang anda. Dan kedai anda boleh dibuka tanpa perlu ke premis perniagaan. 



7) 'Marketing Tools'

'Marketing tools' pula hanya menggunakan blog, FB, instagram, twitter. Dengan cara ini anda dapat berkongsi pengalaman anda sendiri setelah menggunakan produk. Teknik pemasaran ini lebih berkesan sebenarnya dari pergi rumah ke rumah untuk menjual dan mencari rakan niaga. Perkongsian pengalaman itu sendiri sebenarnya dapat menolong menyelesaikan mereka yang mempunyai masalah keaangan dan kesihatan.

8)Kelas nutrisi dan ilmu bisnes

Saya juga belajar sedikit-sedikit ilmu bisnes dan juga nutrisi melalui "Mr Google", hadiri kelas yang diadakan secara online dan ada juga offline serta perbincangan bersama upline. Untuk bahagian nutrisi kelas diadakan oleh pakar nutrisi sendiri. Semuanya percuma untuk anda. Selok belok bisnes dan intipati setiap produk perlu dipelajari supaya kita lebih memahami bisnes kita itu. Lagipun makanan tambahan/ kesihatan bukanlah trend bisnes ia diperlukan sampai bila-bila untuk tingkatkan kesihatan kita.


Akhir sekali oleh kerana rata-rata kaum wanita yang menyertai bisnes ini saya rasa lebih lega dan senang untuk berkomunikasi. Kirang rasa segan bila berkomunikasi. Di dalam group whatsapp kami juga aktif berbincang mengenai bisnes dan juga kesihatan juga selitan kisah semasa. Rakan bisnes juga adalah kawan kita juga bukan sekadar untuk bisnes sahaja.


Xoxo


Maz


No comments:

Post a Comment