Thursday 22 January 2015

Tabung kecemasan

Sebenarnya ikutkan hati ramai yang ingin menjaga anak sendiri tapi desakan hidup di Kota Metropolitan Kuala Lumpur memerlukan suami isteri bekerja. Mungkin ada di kalangan kita gaji bulanan itu mencukupi untuk keperluan hidup tapi adakah sekadar cukup makan pakai sahaja? Terpanggil dengan ayat ni dan seperti yang dinasihatkan oleh kakak saya sendiri "medical now is very expensive" dan kita sangat perlukan tabungan untuk kecemasan dan simpanan. Memang hospital kerajaan anda tapi untuk sesetengah kes berat mereka juga akan merujuk kita kepada hospital private.
Kecemasan ini bukan setakat sakit sahaja, bahkan jika kereta rosak, paip rumah bocor duit tabungan kecemasan dapat membantu. Di sini pendapatan kedua memainkan peranan penting! Mempunyai pendapatan kedua ini tidak bermskna anda perlu bekerja sambilan setiap hari dinkuar dan pulang hingga lewat malam. Antara cara yang hebat dan dapat meningkatkan ekonomi anda ialah dengan berbisnes online yang memerlukan laptop atau smartphone dan boleh dilakukan di mana sahaja. Maksudnya jika selepas pulang dari bekerja sambil uruskan hal anak di rumah anda boleh melakukan bisnes online anda. Lagipun promo dan sharing boleh dijadualkan di Facebook jadi jangan risau waktu bekerja tidak trrganggu.

Duit duit duit. Memang penting kan. Dengan ada duit kesihatan juga dapat ditingkatkan.

Xoxo

Maz

No comments:

Post a Comment