Friday, 27 June 2014

Gastrik ketika berpuasa

Gastrik merupakan masalah kesihatan yang biasa terjadi ketika bulan Ramadhan. Ada pula yang merasakan kesakitan seperti urat-urat perut dipulas, ditarik-tarik dan seperti nafas terhenti kerana menahan kesakitan akibat gastrik. Perut adalah bahagian tubuh yang mudah dijangkiti pelbagai penyakit terutama berkaitan sistem penghadaman ataupun gastrik dan pedih ulu hati.

Oleh itu anda perlu menjaga nya agar kehidupan menjadi lebih selesa terutama ketika di bulan Ramadhan. Elakkan makan makanan berempah, pedas, air karbonat. Mulakan dengan minum air suam dan buah tamar untuk elakkan perut terkejut. Bukan sahaja ibadah puasa anda akan terganggu, malahan ibadah lain seperti berzikir, bertadarus, membaca Al-Quran dan bersolat terawih akan turut terjejas sekiranya gejala penyakit tersebut menyerang. Bah kan juga aktiviti membuat persiapan hari raya turut terjejas sekiranya gejala penyakit ini tidak dibendung.

Penyakit gastrik adalah disebabkan keradangan  / ulser pada perut

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Panduan semasa berbuka
  • Bersahur. Makan menjelang imsak dan bukan sebelum tido masa tengah malam
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati. Mulakan dengan air suam dan kurma
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah, pedas. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
Maz 0124755297|healthyglowing@gmail.com

No comments:

Post a Comment