Friday, 27 June 2014

Retained placent selepas kelahiran Hannah

 Pengalaman melahirkan Nur Hannah Sufiya ternyata banyak cabarannya. Permulaan water leaked yang saya tak pasti sehingga menyebabkannya terkena infection serta plasenta juga, masalah hospital yang ditutup dan terpaksa ke Hospital Ampang Puteri, Air ketuban tidak pecah2 walaupun dah masuk air, retained plasenta. Tapi semua kesakitan dan cabaran ini sangat melegakan ketikan Hannah diletakkan di atas dada saya sejerus dilahirkan. Rasa bersyukur yang amat sangat.
 
Komplikasi bersalin yang saya alami ialah retained placenta, keadaan di mana plasent saya sebesar telur ostrich tidad dapat dikeluarkan kerana infection ia telah melekat di dinding rahim. Memang mencemaskan selepS setengah jam masih tidak dapat dikeluarkan dan saya ditolak ke Operation theather. Procedure berjln lancar tetapi masih terdapat cebisan plasenta yang tidsk dapat dikeluarkan kerana mungkin jika dikeluarkan saya skan alami pendarahan yang teruk. Allah sahaja yang tahu masa tu.
Selepas itu saya diyolak masuk ke bilik dlm keaadan ubat bius masih banyak saya memang keletihan dan high. Dapat memegang Hannah rasa Allah syukur sangat, bila tuba waktu nak mentusu susu saya tidak dapat dikeluarkan dek kerana retained placenta dan keadaan badan yang lemah. Keesokan juga masih tidak dapat menyusu, selepas discharge bayi ditahan di wad untuk diberi suntikan antibiotik hanya saya yang pulang. Tidak berdiam diri, saya paksa diri untuk pam susu, pump2 dapat dalam 1 oz tak silap berwarna kuning, kolestrum. Tulah yang diberi kpd bayi di hospital. Alhamdullilah semuanya dimudahkan...

Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:
- tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kadang tinggi)
-kehilangan banyak darah semasa bersalin atau selepas itu 
- retained plasenta/ plasenta masih berada dalam rahim
-pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.

Jangan kuathir jika pada awal kelahiran mengalami liw milk supply, masa ini perut bayi hanya sebesar guli, kecik sahaja. Minum pun tak banyak tapi kerap disebabkan susu ibu yang cepat hadam.

Xoxo
MAZ

No comments:

Post a Comment