Monday, 1 August 2016

Esok birthday Mama yang ke-72!!

Alhamdullilah esok akan genaplah umur Mama ku yang ke-72 tahun. Kalau diinbas kembali setahun yang lalu, arwah Baba sangat beriya-riya ingin menyambut birthday Mama. Katanya tahun ini sangat special. (Merujuk tahun lepas). Ikutkan memandangkan birthday mama dan 3 prang anak sedara ku berturutab kami join celebrations. Bukan celebration apa pun sekadar makan secara beramai-ramai.

Gambar ni diambil pada 2 Ogos 2015. Kami insist supaya parents amik gambar berdua. Sweet ja kan. Sama cantik sama padan. Betul lah kata arwah Baba tahun 2015 sambutan birthday Mama adalah special. Kerana pada 8hb December 2015 arwah Baba telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sempat juga kami makan bersama-sama. Arwah Baba siap pesan suruh Mama pakai jubah hitam sebab cantik katanya.

Semoga Mama panjang umur, murah rezeki, sihat walfiat, gembira dan diampunkan dosa.. 

Dan buat arwah Baba, Ya Allah,  semoga diampunkan dosa, dihapuskan catatan kirinya, dibanyakkan catatan kanan, dimaksudkan ke dalam syurga tanpa dihisab, diluaskan, bercahaya kuburnya, jadilah kuburnya seperti taman syurga buat arwah Baba. Amin..

Xoxo

Maz

Wednesday, 27 July 2016

Macam mana nak 'wean off'

Actually Hannah dah 2 tahun setengah. Fuhh. Ikutkan dah wean off. Tapi hati i and hati Hannah ni sayu sangat nak wean off. Tapi i try ok.

So antara yang i buat:
1) Lambatkan menyusu bila Hannah kata, "mama, nak nenen". Saja delay. Attract her attention dengan main toys ke or snacking. Mula-mula berjaya tapi later naik angin.. Huhu i pun tak sampai hati. Bagi juga.

2) Slow talk. I bagitahu Hannah big girl already cannot drink nenen. Hannah can drink milk okay sayang. Kata-kata ku memang tersempat dalam otak siap dia repeat lg my sentence. Ok berjaya minum susu kotak dutch lady milky tu..Tapi... Tapi.. Tapi.. 15 minit kemudian, Mama, Hannah nak nenen.. Tak sampai hati bagi juga lepas tu tertido.

So basically sekarang Hannah ni perlukan nenen untuk tido. Which i kena pikirkan idea lain untuk wean off. Bukan senang ok. I have tried earlier dan ternuata bukan senang sebab efek emosi dan perasaan Hannah. But gradually to wean off.. Insyaallah will try again and again.

Xoxo

Maz

Monday, 18 July 2016

Hannah dah membesar!

Pejam celik, pejam celik Hannah dah pun  berumur 2 tahun setengah. Kepetahannya bercakap sangat mengagumkan kami berdua. Dan dia boleh bercakap non-stop! Apa sahaja yang lalu di hadapan matanya akan ditanya. Mama, what is that? What colour is that? Mama,, so many cars. So many colours. Subhannallah anak sekecil ini mampu bercakap walaupun image yang baru dilihat. Dari segi lagu pun sama. Saya juga mengajarnya membaca dan menghafal surah-surah pendek. Alhamdullilah walau dengan pelat suaranya Hannah boleh menghafal surah Al asr, surah Al Ikhlas, Alfatihaha dan Al Kauthar. Tapi perlu diiajar setiap hari. Waktu mereka bermain pun boleh. Nada berlagu buat mereka mudah menghafal. Naluri mereka dan hati yang bersih membuay mereka cepat menghafal sesuatu dengan mudah semudah alif ba ta.. Ajaibkan tapi itulah kuasa Allah swt. Anak yang kecik jika didedahkab dengan perkara baik insyallah akan membesar dengan baik. Stimulasi juga diberi. Tengah anak bercakap kita bercakap dengan mereka. Selain buat mereka mempelajari  perkara baru setiap hari ini juga dapat meningkatkab "vocabulary" mereka. Otak ibarat "sponge" kanak-kanak ini.

Jadi, jangan berhenti berbual dengan anak anak. Selain itu, boleh selitkan nilai murni dan kesedaran sivik buat mereka. Bunyi rumit? Tak pun. Bermula di rumah kota boleh mengajak mereka kemas bersama permainan yang telah disepahkan, buang sampah dalam tong sampah. Untuk Hannah saya sediakan to g sampah kecik.. 

Mungkin mereka ini kecil tapi dengan ajaran baik berulang kali dan menjadi "role model", tak mustahil mereka akan mengikut ajaran kita..

Assalaamualaikum..

Monday, 16 May 2016

Kehilangan besar

Asssalam semua.. Memang lama tidak menulis. Rindu sangat. Tanggal 8 Disember 2015, arwah Baba kubtelah pergi meninggalkan kami buat selamatnya. Dan kali itu jugalah kali terakhir ku dapat menguncup dan memeluk eratnya. 

Tanggal 5 Disember, Husband and I bawak parents I ke Ipoh untuk spend weekend together. Arwah Baba juga kelihatan tenang, ceria dan berselera makan. Alhamdullilah kedai yang kami bawak semuanya kena dengan selera parents. Siapa sangka makan malam pada 5 Disember 2015, Sabtu merupakan makan malam kami uang terakhir. Siapa sangka bukan? Pagi Ahad otw untuk makan nasi ganja arwah baba mengadu sakit dada, so I bawak terus ke hospital Ipoh. Bila diperiksa, arwah Baba dah tenat kata doktor.


Sempat juga I suapkan air ke mulut arwah Baba, beliau minum dengan bersungguh-sungguh. I dont feel good.😭.. 
Hari Selasa, 8 Disember 2015, selepas Maghrib lebih kurang 7.38mlm arwah baba telah menghembuskan nafas terakhir. Im speechless hanya air mata mengalir.. Im an orphan now , i have just lost my father, my only father.. Sesungguhnya kami tidak bersedia..

Tapi dah menjadi qadak dan qadar yang perlu kani terima, kami redha walaupun masih terkejut.. Saat-saat, minggu akhir beliau call kami adik beradik, and he was always so happy, cheerful, caring.. Siapa sangka kan..Semoga arwah Baba maafkan kami semua semoga Allah ampunkan dosanya dan dipermudahkan urusannya di sana nanti..

Kini tigggal Mama.. Insyallah kami akan menjaga sebaik mungkin dan turutkan apa yang dihajatinya.. I love you Ma..


Xoxo

MAZ

Tuesday, 1 December 2015

10 tips untuk bayi bijak

Sejak jadi emak ni kan, macam-macam yang dipikirkan untuk yang terbaik buat anak. Dari makanan dan permainan yang boleh buat anak sihat, cergas dan bijak semestinya!

So antara idea yang boleh dipraktikkan walaupun sebagai full time working mum ialah:

1) Flash cards
ABC, 1,2,3 supaya dia dapat mengenal abjad dan nombor. Alhamdullilah Hannah dah hafal 1-10 (in English)

2) Buku
Baca buku kepada anak setiap hari. Dalam 5-10 minit. Supaya dia dapat meningggkatkan vocab.

3) Puzzles and shapes
Hah ni memang Hannah dah cekap kenal shapes. Dari bentuk circle, square, rectangle etc. shapes ni bagus untuk mereka mengenalpasti bentuk dan kecekapan motor skills mereka.

4) Selalu berselawat, berdoa dan mengajar mereka doa pendek.
Ini ynmang saya praktikkan dari masa Hannah belum setahun. Dimulakan dengan nama Allah, Alhamdullilah, Bismillahhirrahmannirrohim

Art block dan crayon untuk anak senyap dalam car seat

Lately ni memang memikir apa yang boleh bagi Hannah duduk diam-diam dalam car seat dia. Toys, snacks dah tak lut. Tak pasal dok sat ja pastu teriak. 

So idea idea.. Ting!! Beli art block and non-toxic crayon! Ok idea ni sangat bagus dan selamat! So Hannah pun busy scribbling. Ntah apa dilukis dia kata "fish", "turtle". Haha.. Anything to make her busy and obedient in the car.


Xoxo

Maz

Mentarang Sedap Di Sekinchan

Actually few weeks back terfikir nak short getaway from KL ja. Malas nak pergi jauh plus teringin sangat nak makan mentarang ni.
So we all drove almost 3 hours jugak dari rumah ke Sekichan ni dengan MISI: MAKAN MENTARANG.
We all exit tol Sungai Buloh dan kemudian ikut jalan lama ke Sabak Bernam. Macam mana nak tau dah sampai ke Din Mentarang ni? Bila korang drive nampak kiri kanan banyak stall tulis MENTARANG. Dari KL korang akan jumpa Faridah Mentarang dan untuk ke Din Mentarang korang kena U-Turn.

Ni lah rupa mentarang tak masak lagi. Sekilo yang mentah RM20, bakar RM25 dan goreng tepung RM40. 

Kitaorg order yang bakar dan goreng tepung. Tapi jujurnya yang bakar kosong tu lagi sedap, juicy dan fresh isinya.
                   Mentarang Bakar

            Mentarang Goreng Tepung

Selain menatarang ada juga dijual ketang. Menj di sini basically mentarang so dari bakar, rebuh, lemak, goreng cili, nasi goreng mentarang pun ado.

So othe way back kekenyangan 2 kilo mentarang, lalu sawah padi menghijau. Area sini yang menarik ialah pemandangan yang indah.