Tuesday, 3 February 2015

3 makanan sedap di Ipoh


Sabtu lepas husband bawak kami ke lost World Of Tambun di Perak. Last minute punya holiday. Hotel di Sunway Lost World memang sold out so we decided to stay at Regalodge, Ipoh. Bilik ya g berpatutan bagi I RM149 semalam.
Jadi sampai dinTambun kami mulakan misi mencari makan dahlah perut dah kriuk kriuk lapar. Hajat nak makan Mi Ketam tapi kedai tu hanya bukak jam 3.30pm. Adoi. Pusing punya pusing kami berhenti makan di Kedai Nasi Beriyani Gam Kak Umi.
Kami order nasi beriyani kambing dan ayam. Juga diserve dengan papadom dan acar timun.


Memang sedap!! Cerah pinggan kami makan. Total nasi beriyani dengan air laici ialah RM19.00. Nasi dia memang menggunakan basmathi yang panjang-panjang.



Lepas makan check in di Regalodge untuk berehat sekejap. Petang kami ke Taman Dr Seevinagam. Kitaorang panggil Taman Dr Chewing gum sebab berbelit lidah nak sebut. Lokasi berdekatan Hospital Ipoh. Taman ni memang menarik untuk bersantai di waktu petang, bersenam, beriadah bersama keluarga. Sayangnga Hannah tido. Jadi kami makan laksa, pasembut dan cendol.
                    Pasembuq
                         Laksa

Taman ni sangat cantik untuk buat photoshoot. Sebab Hannah tido dan tak dapat bergambar kami teruskan perjalanan Lorong Choh Tambun untuk pekena Mi ketam Sempoii.



Mi ketam sedap cuma kalau kemanisan kuah dikurangkan lebih sedap. Bagi I agak pricey. Untuk 2 mi ketam RM52. Tapi puas makan sebab isi ketam penuh.

Hari kedua

Hari kedua pagi tu kami mencari nasi ganja. Lokasi di Rumah tumpangan Yong Suan. Jangan risau Nasi Ganja di buat oleh Indian muslim manakala air dibuat oleh cina kedai kopi. 
Panjang beratur. Seeloknya makan dalam pukul 11 pagi untuk elakkan beratur panjang.


Bezanya dengan Nasi kandar Penang ialah kuahnya yang sedikit pedas serta ditambah dengan Sambal Kelapa. Sedap!! Total makan dua orang dengan lauk kambing, ayam goreng, bendi, telur asin ialah RM13.30. Agak murah.

Nanti saya akan sambung ke entry seterusnya..

Xoxo

Maz

Monday, 2 February 2015

Multivitamin kunyah dan Takut gigi rosak


Selalu Vitamin kunyah ini berperisa manis untuk menarik minat anak-anak. Memang selalu mereka ini tertarik dengan benda manis-manis. I masa kecik dulu pun suka makan vitamin C kunyah kanak-kanak sebab sedap dan manis, rasa oren kan. Tapi yang manis ni selalunya tak elok sebab boleh rosakkan gigi, which I agak particular bab ni.

Bagi ibu bapa yang risau akan gigi anak rosak, jangan risau sebab Vita Lea Chewable For kids atau mulivitamin tidak manis, tiada perasa dan pewarna tiruan, cuma rasa anggur semulajadi sahaja!
Jadi untuk keperluan nutrisi lengkap setiap hari dan "mesra gigi" Vita Lea ni sesuai.


Ada 19 vitamin yang memang setiap hari anak kita perlukan. Tau aja makanan di kantin sekolah bukan sahaja tidak segar mahal tidak sihat. Vita Lea juga mengandungi Kalsium untuk kesihatan tulang dan vitamin A untuk kesihatan mata.

Jadi kalau anak tak makan sayur suakan ana sebiji multivitamin ni setiap hari. Insyallah lebih sihat, bertenaga dan cergas.

Tuesday, 27 January 2015

Resepi Homemade Baby Biscuit

Hari ni hari ketiga Hannah duduk dengan babysitter. Still needs some adjustment since she has been staying with my mum for a year. Tak biasa tengok orang. Tapi kat sana Hannah ada ramai kawan dan I suka bila Hannah bersosial.

(Pic hari kedua- main dengan Ziqri)

       
           (Minum EBM time)

Oleh kerana Hannah ni hari pertama dah kejar budak makan biskut Babysitter tanya Akak bagi Hannah makan biskut tak? Tapi I cakap kalau yang ada krim, gula menang tak bagi. Babysitter ni memang bagus sebab dia bertanya dumu sebelum bagi dan in the end dia tak bagi. 
So semalam I pun google recipe dan tanya my friends biskut apa nak bagi and they suggested home made biscuit sebab no salt, no sugar, no preservation, np color, no chemical and it is a healthy finger food. 
Jadi semalam I beli Roti Gardenia dam Butter SCS.

Simple ja resepi perlukan 2 ingredients pastu bakar dalam oven, potong kecik-kecik tapi boleh Hannah pegang:

SCS butter
Roti Gardenia

Roti gardenia disapu butter dan dipotong 4 segi tepat. Dan dibakar dalam oven.

            Homemade biscuit
Sedap juga walau tak manis. Sebab lepas bakar i dah test.. Haha.. Jadi bekal tambahan untuk Hannah petang ni ialah baby homemade butter biscuit. Buat sendiri lebih sihat!

Xoxo

Maz

Monday, 26 January 2015

Minum petang

Disebabkan semalam tak tido dan hari ni dari pagi ke tengahari menghadiri majlis di SMKAKL dengan Menteri Pendidikan Dato Seri Idris Jusoh, I rasa letih sikit sekarang ni. Mata taklah rasa nak tertutup cuma kurang tenaga sikit. Hehe. Tapi mood tak swing.
Sebab i tengah pekena Cinch Energy Tea Mix. Selain bagi I rasa fresh dan energetic balik I memang suka aroma bau teh ni. Rasa relaks ja, bau pun wangi.
Malas nak bancuh dalam cawan, i letak satu sachet dalam mineral water dan goncang sedikit. 
Lagipun dia low calorie, sugarless, sesuai sangat kalau You nak kurangkan sugar intake dan untuk kurangkan berat badanyang terlebih-lebih tu.

Xoxo

Maz
healthyglowing13.blogspot.com

Sunday, 25 January 2015

Berblogging untuk tambah pendapatan

Sabtu lepas I telah hadito satu kelas blogging yang dianjurkan oleh beberapa orang upline (Master Aishah, Master Puteri, Master Alin dan Sr Supervisor Suhaimi) I yang sememangnya menjana pendapatan secara online dan berblogging.
Melalui perkongsian pengalaman, testimoni sendiri dan pengguna lain. Dengan mengupdate entry di Blog dan status di FB/IG. 

Di dalam kelas ini juga ditekankan beberapa perkara seperti berikut untuk menarik trafik ke blog kita:
1) Penggunaan SEO ( Search Engine Optimisation)
Ini dapat menarik pigak google untuk masukkan blog kita dalam search engine mereka.

2) Penggunaan Keyword yang pendek dan perkataan yang mudah
Memudahkan pengguna mencari kita dan membaca entry.

3) Tajuk entry yang simple tapi menarik

4) Blogwalking dengan meninggalkan jejak dan komen.
 Blogwalking ini juga dapat menambah kenalan selain dari ilmu.

Trafik yang dimaksudkan ni kemungkinan menjadi customer, bisnes partner atau sahabat baru anda. 

Selain itu berkongsi ilmu dari hati akan membuat kita menarik lebih banyak orang ke blog kita. Saya juga masih baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni. Masih banyak yang perlu ditingkatkan. Dah menjadi sumber pendapatan kedua saya dan berharap apa yang dikongsikan untuk manfaat bersama.

Ini antara photo dari segi blogging BFM 5.0 pada 24 Januari 2015 di Pinaccle Sunway.

     


Bisnes online ini juga mesra keluarga. Jadi nak bawa suami dan anak-anak pun boleh.

~Build your career and business with us now~

Xoxo

Maz




Bawak Bekal Ke sekolah

Photo di atas ini telah menjadi viral dan ada Ibu Bapa yang tidak berpuas hati dengan makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah.
Lambakan makanan berproses seperti sosej, nuggets, burger, makan bergoreng dan berminyak dan berlemak seperti nasi lemak dijual di kantin sekolah. Tidak kurang dengan itu "junk food" seperti twisties, keropok roda, rota, asam, gula-gula juga turun dijual. 
Buah dan sayuran? Rasanya sangat kurang atau tiada dijual lansung. 
Ternyata kantin sekolah saya dulu dan sekarang sangat berbeza. Jika dulu di kantin sekolah makanan berproses ini kurang dijual, sandwich, bubur nasi, buah, nasi ayam menjadi hidangan di kantin. Sedap dan berkhasiat. Kalau dulu tak sempay breakfast di rumah di sekolah boleh makan sandwich telur yang dicampur sayuran. 
Tapi kini selepaa waktu rehat, para pelajar sering berasa penat, mengantuk, hilang fokus dan "towards end period of subject" dah terlalu penat. Jadual sekolah sekarang juga padat dan sehingga jam 4petang ladang baru habis kokurikulum di sekolah. 
Di mana khasiat makanan yang diperoleh dari makanan? Seakan sangat kurang kan. Di sini pengambilan multivitamin, vitamin C dan minyak ikan memainkan peranan penting untuk meningkatkan tahap kesihatan, tenaga dan fokus pelajar. Semua ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak mereka kan. 
Pulang dengan keputisan peperiksaan yang cemerlang pasti membuahkan kegembiraan buat anda. Minyak ikan mengandungi Omega 3, DHA, EPA memberi anak anda lebih fokus terhadap pembeljaran.

Jika sekali pun kita tidak dapat membuat bekal untuk anak kita pastikan anak kita mengambil sarapan di rumah. Ringkas dan bersahaja tapi mengenyangkan dan menyihatkan dengan segelas Meal shakes dan sekeping roti atau kokokrunch dengan susu dan meal shakes. Jangan jadikan kesibukan kerja sebagai alasan untuk abaikan nutrisi anal anda.

Bila anak sihat kita pun gembira, pengambilan Vitamin C setiap hari dapat tingkatkan imun badan anak anda dari serangan virus demam, selsema dan batuk.

Xoxo

Maz

10 Checklist Baby ke Babysitter/taska

Esok adalah hari pertama Hannah akan ke Babysitter. Babysitter ni pun adalah kawan I dari FB. Setelah setahun duduk dengan my Mum, harap-harap esok Hannah tak meragam. Ya Allah, bantulah hambamu ini dan anaku juga. Baca Alfatihah banyak-banyak semoga Hannah dilindungi dan sentiasa selamat dan gembira di bawah jagaannya. I risau Hannah menangis ja.. Haha.
Jadi malam tadi I shop sikit barang untuk Hannah (gaya I macam anak nak masuk hostel je, LOL). Beli towel, berua botol, botol susu, puting susu, towel kecik lap mulut, toiletries dan sempat rembat satu baju untuk Hannah. Haha being a mum and having a daughter shopping is like heaven tau. Bayar2 almost RM200. Wow mahal betul harga barang sekarang kan. 

So Disebabkan i risau takut apa barang keperluan yang Hannah perlukan nanti I ada tanya pada Babysitter dan jyga buat sedikit research.

10 Checklist Baby Ke Babysitter/taska:

1) Susu perahan
Sedian ikut keperluan baby. Macam kes I, Hannah sekali minum dalam 3.5-4 oz dan minum sehari 3 kali. So I akan sediakan sebotol yang 1 yang chill dan 3 frozen EBM. Saja bagi extra.
Sebotol chill/cair takut masa pagi hantar Hannah nangis dan kaluy nak panaskan EBM. At least bantu mereka. Kuantiti susu perahan ni depends berapa banyak yang baby you minum ya.

2) Puree/Food
Hannah sekarang I beri makan solid food 2 kali sehari. Lunch around 12-1pm dan dinner around 5.30-6.00pm. Bergantung pukul berapa bangun. So i dah masak malam ni dan letak kat chiller je. Senang esok nak panaskan. I letak dalam 2 bekas berasingan. Senang. Sudu dan bekas air Hannah pun I sediakan.

3) Pampers 5-6 helai
Ni letak lebih sikit mana tau kalau terbalik lambat ke, atau poo poo dan wee wee banyak kan. Spare lebih takpa.

4) Towel kecik/handkerchief
Sebab Hannah tak suka pakai bib, jadi I letak 2 tuala kecik ni untuk mulutnya dilap. Hannah lelas makan perlu segera lap mulut kalau lambat nanti naik biji-biji atau rashes kat muka.

5) Toiletries
I beli yang travel pack. Jadi taklah berat I nak usung setiap hari kan. I letak baby wash dan baby lotion dan Herbal blend multipurpose cream. Herbal blend ni penting dan sangat sesuai untuk Hannah. Kalau kena gigit nyamuk ke semut ke nappy rash atau kulit kering. Lagipun dia steroid free dan tak fragrant dan chemical.

6) Baju
Baju siang I letak 3 romper dan baju tido 2 helai. Spare extra kot-kot comot ke anak kita ni kan. Bawak baju biasa-biasa.

7) Berus botol dan pencuci botol

8) Towel mandi yang bersih
Bawak sehelai sahaja.

9) Bantal kepala
Ni I saja bawak satu bantal kecik.

10) Plastik beg
Yang ni I bawak supaya baju kotor tu Babysitter letak dalam beg untuk I bawa balik fan basuh. 

Hati ibu mana yang tak risau kan. Allah temukanlah aku dengan Babysitter yang baik hati dan sentiasa letak anakku di tempat yang selamat. Aminn.

Harap esok Hannah tak menangis.

Xoxo

Maz