Sunday, 25 January 2015

Khidmat Basuh baju Segera!

Disebabkan saluran dapur umah kami tersumbat dan "banjir"dan pihak Management rumah tak baiki lagi terpaksalah kami membasuh baju di kedai Rainbow Laundry Services. Kat sini semuanya servis layan diri dari basuh baju dan juga "dryer". 
Servis ini sangat bagus terutama bagi mereka yang tinggal di Apartment sebab kekurangan tempat sidai baju ataupun yang tiada tempat sidai.
Selain itu sesuai juga untuk mereka yang sibuk sangat dan suka mengumpul baju kotor.
              (Pic credit to Google)
Thinking of it kalau tak beli mesin basuh baju kat rumah pun tak pa. Lol.
Untuk 14kg kami bayar RM7.50. Mesin kedai ni hanya terima duit 50sen yang baru. Jangan risau kat sini mesin tukar duit pun ada sekali.

Oowhh ya sabun basuh baju and softener sendiri bawak sendiri ya!
Get clean Fresh Laundry ni I suka. Guna sikit sahaja dah wangi dan bersih. Lebih 6 bulan baru bak habis. Memang jimat tau.

http://rainbowlaundryservices.blogspot.com

Ada beberapa lokasi, yang I pergi di Wangsa Melawati sederet dengan Restoran Adam Lai.





Saturday, 24 January 2015

Breakfast sempoi Untuk Kurus

Ini alkisah pagi semalam.
Rasa lapar sangat awal pagi jadi masuk dapur dan bancuh protein shakes dengan air suam dan taburkan cornflakes dalam mug. Yummy dan mengenyangkan. Tambah dengan sebiji orange yang manis dan sedapp. Elok juga makan orange ni sumber vitamin C kan. Nak "buang" selesema ni jauh-jauh..
Breakfast sempoi macam ni pun dah cukup mengenyangkan perut walaupun rendah kolestrol dan rendah kalori.Burpppp...
Jadi kalau you dalam diet Atkins ke atau dalam proses menurunkan berat badan elok amalkan breakfast sempoi ni. Tapi thing dia wajib ada Protein Shake ( I guna Energizing Soy Protein dari Shaklee) dan semangkuk buah. Buah tukar-tukar takut jemu kan.Tapi kalau dah amik protein shake ni amik buah yang lebih "ringan" seperi epal, orange, strawberi. Pisang terlalu "heavy" loya pula nanti dan terlebih kalori.
Xoxo

Maz

Ketam masak Lemak dengan Sambal Tempe Goreng

Hari ni masak simple for dinner.
Ketam masak lemak dan tempe sambal goreng.
Macam husband I dia memang tak makan tempen so I lah yang tujang makan. Sampai ketat perut makan tempe ni. Sangat mengenyangkan, yelah ia adalah protein dan buat kita kenyang..
Macam husband memang ketam favourite.

Ketam masak lemak
-bawang putih+bawang merah+ciki kering/cili padi dimesin
- daun kunyit
- sebuk kunyit
- santan
- Air

Style I campur semua bahan dan masak! 

Sambal Tempe Goreng
- tempe dipotong halus dan digoreng
- cili kering dan bawang ditumis
 
Lepas goreng tempe, tumis cili hingga wangi, dan campurkan semua nya..

Xoxo
Maz



5 SEBAB KUANTITI SUSU MERUNDUM

Alhamdullilah dah masuk setahun 13 hari Hannah dan masih gigih pam. Sebab dah tanamkan niat nak menyusu at least sampai 2 tahun.
Kadang bila terlalu sibuk dan banyak buat kerja luar ada juga culas mengepam dan lambat mengepam. Kadang sampai engorge dan bengkak sangat, kaki dan tangan pun mengigil.

5 Sebab Kuantiti Susu Merundum:

1) Apabila terlepas sesi mengepam
Kadang kita beranggapan apabila terlepas sesi mengepam, sesi seterusnya kita akan mendapat hasil perahan 2 kali ganda. Tanggapan ni adalah salah sama sekali. 

2) Engorgement/Bengkak susu
 Apabila susu dah penuh dan bengkak makan masa juga untuk dikosongkan dan hilangkan sakit. Dan saya perasan beberapa kali selepas mengalami engorgement, kuantiti perahan susu ada sedikit merosot. Jika ini terjadi pengambilan Lecithin dapat membantu mengurangkan bengkak susu dengan cepat.


3) Demam/sakit
Pernah semasa saya kurang sihat seperti demam, sakit kepala kuantiti perahan susu ada sedikit menurun tapi tidaklah banyak dalam 0.5 oz-1 oz. Apabila badan tidak sihat dan tiada kudrat ada sedikit terjejas hasil perahan. Tapi ini bersifat sementara sahaja, berehat, makan Vitamin C, minum air Insyallah cepat sembuh. Sejak dari pregnant saya tak makan ubat hospital ni risau akan efek kepada Hannah dan susu.

4) Stress
Stress dan penat dengan bekerja memang mempengaruhi kerana apabila keadaan ini akan membuat kadar hormon stress lebih tinggi dalam tubuh daripada hormon happy, prolaktin dan oxytoxin. Jadi tubuh akan hantar signal ke otak dan "mengurangkan" pengeluaran susu. Sebab itu bila nak mengepam perlu berada dalam keadaan relaks, tidak tergesa-gesa dan sambil tu berzikir Ya Mateen banyak kali. Tambahan lagi pengambilan B-Complex juga penting untuk menstabilkan hormon stress dalam tubuh dan memecahkan gula untuk menjadi tenaga supaya kita lebih bertenaga. Selain pengambilan multivitamin juga membantu untuk anda kekal cergas bertenaga di siang hari.


5) Malu
Selepas memulakan kerja selepas berpantang saya agak malu untuk mengepam dan memang tergesa-gesa hinggakan adakala hasil perahan cuma 1oz sahaja untuk sekali pam. Tapi untuk atasi masalah ini saya telah ke susuibu.com dan dapatkan nasihat. Alhamdullilah dalam masa 1 minggu hasil perahan setiap sesi meningkat dan saya mengepam di meja bekerja saya sambil buat kerja. Selain itu saya cadangkan anda supaya berkongsi masalah dengan rakan penyusuan. At least anda akan rasa lebih bersemangat dan legaa.


Apabila kuantiti susu merundum protein "Feedback Inhibator in Lactation" adalah sebabnya kerana ia menghantar signal ke otak untuk berhenti "supply dan produce" susu.

Sebab itu kekerapan mengepam dan menyusu sangat penting untuk pastikan susu kita sentiasa cukup untuk bayi kita. 


Happy breastfeeding.
Lebih kurang setahun lagi perjalan pan menyusu saya. 
Insyaallah demi Hannah.

Xoxo

Maz 

Thursday, 22 January 2015

Tabung kecemasan

Sebenarnya ikutkan hati ramai yang ingin menjaga anak sendiri tapi desakan hidup di Kota Metropolitan Kuala Lumpur memerlukan suami isteri bekerja. Mungkin ada di kalangan kita gaji bulanan itu mencukupi untuk keperluan hidup tapi adakah sekadar cukup makan pakai sahaja? Terpanggil dengan ayat ni dan seperti yang dinasihatkan oleh kakak saya sendiri "medical now is very expensive" dan kita sangat perlukan tabungan untuk kecemasan dan simpanan. Memang hospital kerajaan anda tapi untuk sesetengah kes berat mereka juga akan merujuk kita kepada hospital private.
Kecemasan ini bukan setakat sakit sahaja, bahkan jika kereta rosak, paip rumah bocor duit tabungan kecemasan dapat membantu. Di sini pendapatan kedua memainkan peranan penting! Mempunyai pendapatan kedua ini tidak bermskna anda perlu bekerja sambilan setiap hari dinkuar dan pulang hingga lewat malam. Antara cara yang hebat dan dapat meningkatkan ekonomi anda ialah dengan berbisnes online yang memerlukan laptop atau smartphone dan boleh dilakukan di mana sahaja. Maksudnya jika selepas pulang dari bekerja sambil uruskan hal anak di rumah anda boleh melakukan bisnes online anda. Lagipun promo dan sharing boleh dijadualkan di Facebook jadi jangan risau waktu bekerja tidak trrganggu.

Duit duit duit. Memang penting kan. Dengan ada duit kesihatan juga dapat ditingkatkan.

Xoxo

Maz

Monday, 19 January 2015

8 SEBAB BISNES ONLINE SESUAI UNTUK KAUM IBU DAN WANITA


Berbisnes ini memang best. Yelah pikir2 balik dari menghabiskan masa melayari internet baca gossip artis, shopping online, main game lebih baik masa dihabiskan untuk mencari wang dengan internet. Dah lama sebernarnya nak berbisnes online ni. Dulu lepas kawin sampai terpikir nak bukak kedai pelamin sebab minat juga. Tapi minat tanpa modal juga tak ke mana. 

Hingga masa I pregnant I terpikir yang mahu bekerja sendiri dan menjaga anak I sendiri. Kemudian datang rezeki menceburi bisnes Online makanan tambahan.


8 Sebab Bisnes Online ini sesuai untuk kaum Ibu dan Wanita:


1) Masa

Sebagai ibu bekerja, saya akui perlu menjadi seorang yang 'multitasking' agar semua urusan kerja dan menguruskan rumah dan keluarga berjalan lancar. Sehari dalam anggarsn 2 jam saya peruntukan masa untuk belajar mengenai produk, teknik pemasaran, membuat poster. Setiap kita diberi 24 jam masa jadi bangkit awal semasa anak sedang tido adalah masa terbaik. Pengorderan pelanggan juga dibuat secara online dan ini juga menjimatkan masa anda.



2) Modal

Permulaan modal cuma RM75, permulaan yang rendah. Bila perlu melabur bangak tu yang buat saya risau. Pelan bisnes Shaklee tawarkan juga sebenarnya jelas dari segi komisien, untung serta beberapa inisiatif lain.


3) Family oriented business

Bisnes online ini bagi saya adalah bisnes online 'family oriented' kerana walaupun anda perlukan pendapatsn kedua untuk menampung perbelanjaan keluarga dan perlu bekerja untuk tingkatkan ekonomi keluarga, anda masih boleh bersama keluarga tanpa abaikan. Kerana anda boleh lakukannya di rumah sahaja.


4) Tanpa bersesak meredah 'jam'

Memandangkan KL ini kesesakan jalan agak melampau dan memang stress untuk 'travel' satu tempat ke satu tempat untuk berjumpa pelanggan dan rakan niaga tambahan pula komitmen anda sebagai seorang ibu dan isteri, bisnes online ini memudahkan anda. Interview untuk rakan niaga dilakukan secara online manakala buat pelanggan yang ingin merisik produk dan membeli juga dilakukan secara online. Ini juga sebenarnya menjimatkan masa anda. 


5) Lebih selamat!

Menjalankan secara online lebih selamat kerana kita kemungkinan bakal rakan niaga atau pelanggan adalah seorang lelaki. Ini juga dapatkan kurNgkan syakwasangka suami kita. Kerana bisnes saya dilakukan di rumah di mana suami dan anak ada bersama. Lagipun saya agak takut untuk berjumpa dengan pelanggan yang tidak dikenali ni.



6) Capaian pelanggan dan rakan bisnes lebih luas

Oleh kerana ia dilakukan secara online 'kedai' anda boleh dihubungi oleh sesiapa sahaja di pelusik dunia ini. Yelah di Malaysia sahaja 80% rata-rata menggunakan internet. Dengan cara ini juga lebih mudah untuk pelanggan membeli barang anda. Dan kedai anda boleh dibuka tanpa perlu ke premis perniagaan. 



7) 'Marketing Tools'

'Marketing tools' pula hanya menggunakan blog, FB, instagram, twitter. Dengan cara ini anda dapat berkongsi pengalaman anda sendiri setelah menggunakan produk. Teknik pemasaran ini lebih berkesan sebenarnya dari pergi rumah ke rumah untuk menjual dan mencari rakan niaga. Perkongsian pengalaman itu sendiri sebenarnya dapat menolong menyelesaikan mereka yang mempunyai masalah keaangan dan kesihatan.

8)Kelas nutrisi dan ilmu bisnes

Saya juga belajar sedikit-sedikit ilmu bisnes dan juga nutrisi melalui "Mr Google", hadiri kelas yang diadakan secara online dan ada juga offline serta perbincangan bersama upline. Untuk bahagian nutrisi kelas diadakan oleh pakar nutrisi sendiri. Semuanya percuma untuk anda. Selok belok bisnes dan intipati setiap produk perlu dipelajari supaya kita lebih memahami bisnes kita itu. Lagipun makanan tambahan/ kesihatan bukanlah trend bisnes ia diperlukan sampai bila-bila untuk tingkatkan kesihatan kita.


Akhir sekali oleh kerana rata-rata kaum wanita yang menyertai bisnes ini saya rasa lebih lega dan senang untuk berkomunikasi. Kirang rasa segan bila berkomunikasi. Di dalam group whatsapp kami juga aktif berbincang mengenai bisnes dan juga kesihatan juga selitan kisah semasa. Rakan bisnes juga adalah kawan kita juga bukan sekadar untuk bisnes sahaja.


Xoxo


Maz


Saturday, 17 January 2015

Saya minum susu ibu sahaja!

Selepas saya putus susu ibu masa tu dalam umur 4 tahun saya tidak minum susu lembu untuk mendapatkan kalsium. Dalam rumah memang saya ni jenis tak minum susu. Meningkat ke umur 18 saya masih tak minum susu sampaikan mak saya risau dan belikan saya susu anlene. Yelah kata Mama tak nak saya jadi sepertinya ketumpatan tulang rendah, sakit lutut dan hidap osteoarthritis sepertinya. Mula-mula oklah minum tapi sebab rasa yang manis dan bau susu tu macam lembu saya memang tak lalu.
Kalaulah vita lea for children ini wujud masa saja kecil di Malaysia mesti mama dah bagi makan. Vita zlea for Children ini lengkap dengan 19 vitamin termasuk Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Kalsium, Iodine. Vitamin A yang terkandung dalam ini adalah untuk mengurangkan rabun pada kanak-kanak, Vitamin C sebagai peningkat imuniti badan dan etc. sekarang ni ramai kan budak-budak kecik pakai spek, penat dan tak fokus pada pelajaran disebabkan terlalu penat.
Beri sahaja sebiji Vita Lea Chewable ini setiap hari untuk kesihatan anak anda. Memang berbaloi tau.

Maz