Wednesday, 27 July 2016

Macam mana nak 'wean off'

Actually Hannah dah 2 tahun setengah. Fuhh. Ikutkan dah wean off. Tapi hati i and hati Hannah ni sayu sangat nak wean off. Tapi i try ok.

So antara yang i buat:
1) Lambatkan menyusu bila Hannah kata, "mama, nak nenen". Saja delay. Attract her attention dengan main toys ke or snacking. Mula-mula berjaya tapi later naik angin.. Huhu i pun tak sampai hati. Bagi juga.

2) Slow talk. I bagitahu Hannah big girl already cannot drink nenen. Hannah can drink milk okay sayang. Kata-kata ku memang tersempat dalam otak siap dia repeat lg my sentence. Ok berjaya minum susu kotak dutch lady milky tu..Tapi... Tapi.. Tapi.. 15 minit kemudian, Mama, Hannah nak nenen.. Tak sampai hati bagi juga lepas tu tertido.

So basically sekarang Hannah ni perlukan nenen untuk tido. Which i kena pikirkan idea lain untuk wean off. Bukan senang ok. I have tried earlier dan ternuata bukan senang sebab efek emosi dan perasaan Hannah. But gradually to wean off.. Insyaallah will try again and again.

Xoxo

Maz

Monday, 18 July 2016

Hannah dah membesar!

Pejam celik, pejam celik Hannah dah pun  berumur 2 tahun setengah. Kepetahannya bercakap sangat mengagumkan kami berdua. Dan dia boleh bercakap non-stop! Apa sahaja yang lalu di hadapan matanya akan ditanya. Mama, what is that? What colour is that? Mama,, so many cars. So many colours. Subhannallah anak sekecil ini mampu bercakap walaupun image yang baru dilihat. Dari segi lagu pun sama. Saya juga mengajarnya membaca dan menghafal surah-surah pendek. Alhamdullilah walau dengan pelat suaranya Hannah boleh menghafal surah Al asr, surah Al Ikhlas, Alfatihaha dan Al Kauthar. Tapi perlu diiajar setiap hari. Waktu mereka bermain pun boleh. Nada berlagu buat mereka mudah menghafal. Naluri mereka dan hati yang bersih membuay mereka cepat menghafal sesuatu dengan mudah semudah alif ba ta.. Ajaibkan tapi itulah kuasa Allah swt. Anak yang kecik jika didedahkab dengan perkara baik insyallah akan membesar dengan baik. Stimulasi juga diberi. Tengah anak bercakap kita bercakap dengan mereka. Selain buat mereka mempelajari  perkara baru setiap hari ini juga dapat meningkatkab "vocabulary" mereka. Otak ibarat "sponge" kanak-kanak ini.

Jadi, jangan berhenti berbual dengan anak anak. Selain itu, boleh selitkan nilai murni dan kesedaran sivik buat mereka. Bunyi rumit? Tak pun. Bermula di rumah kota boleh mengajak mereka kemas bersama permainan yang telah disepahkan, buang sampah dalam tong sampah. Untuk Hannah saya sediakan to g sampah kecik.. 

Mungkin mereka ini kecil tapi dengan ajaran baik berulang kali dan menjadi "role model", tak mustahil mereka akan mengikut ajaran kita..

Assalaamualaikum..