Monday, 13 July 2015
Kasihi ibu bapa kita
Ramai yang tengah mood berhari raya dan mungkin juga ada yang tidak dapat pulang berhari raya dengan keluarga dek kekangan tugasan menjaga keamanan negara seperti polis dan tentera kan.
Sebenarnya tak payah tunggu hari raya pun kita perlu pulang melawat ibu bapa kita. Walaupun saya sering berjumpa dengan ibu bapa saya boleh dikatakan setiap hari, semakin hari semakin uzur saya lihat ibu bapa saya. Inikan mereka yang jarang-jarang sekali menjenguk. Betul tak? Cuba renung kepada mereka dan pandang dengan belas kasihan kepada mereka. Mereka yang telah membesarkan kita dengan bekerja keras demi pastikan kita tidak berlapar.
Ibu dan bapa kita semakin hari semakin meningkat umur dan bukan bertambah kuat. Kadang kala demam dan selsema juga berpanjangan dek tahap kesihatan yang menurun. Sebelum ibu kita meninggalkan kita terus apa kata selagi hayat ada kita menjaga mereka dan berbuat baik kepada mereka. Yang muda pasti tua. Kita juga akan berada di tempat ibu bapa kita juga.
Menjaga mereka dari jauh dengan bekalkan wang belanja, menelefon dan juga supplement seperti VIVIX bagi meningkatkan kesihatan mereka. Memang sjak dsn maut tidak diketahui. Tapi sekurangnya kita dapat memberi yang terbaik.
Ibu saya sendiri berkata bekiau lebih suka makan VIVIX dari ubat hospital yang banyak dan pahit.
Bawak sebotol dua VIVIX buat ibu bapa tersayang anda.
Kasihi mereka.
Belian 2 botol sempena hari raya.
MAZ 0124755297
Tuesday, 7 July 2015
Berbisnes tambah pendapatan vs masa bersama anak
Sebagai wanita bekerjaya dan menjadi ibu dan isteri pada masa yang sama bukanlah perkara yang mudah.
Lebih memenatkan dan membinggungkan jika kita terpaksa bekerja lebih masa setiap hari TETAPI gaji yang rendah tetap diberikan walaupun kita telah komited.
Gaji yang rendah dengan keadaan ekonomi sekarang bagi saya tidak berbaloi untuk bekerja lebih masa TETAPI kehilangan MASA MELIHAT ANAK MEMBESAR. Perkara yang saya sendiri todak mahu ketinggalan. Bayangkan langkah berjalan pertama anak disaksikan oleh pengasuh dan bukan saya sendiri. Sebak dalam gembira juga hati ini.
Bukan itu sahaja.
Most of the days waktu pagi hantar Hannah, she will sleep. Bila amik waktu petang-malam Hannah pun dah letih dan acap kali saya kekang masa untuk berkomunikasi dengannya.
Seperti ibu lain saya juga ingin berbual, beri makan dan bermain dengan anak saya. Mujurlah saya masih menyusunya. Masih terasa ada bonding di situ. Syukur Alhamdullilah.
Jadi untuk mendapat kehilangan masa adalah agak mustahil tetapi saya telah memulakan pendapatan kedua dengan berbisnes. Di mana saya sendiri akan menjadi bos kepada syarikat. Dan ini adalah jalan terbaik untuk memulakan pekerjaan dari rumah sambil melihat tumbesaran anak di mata sendiri. Bisnes online yang saya jalankan ini sebenarnya sangat membantu dari segi kewangan dan pengurusan masa dan juga menambah ilmu kesihatan disamping dapat berinteraksi dengan pelanggan. Ia memang diizinkan oleh suami untuk berbisnes dan modal permulaan serendah RM75 telah membuka mata saya bahawa nak berbisnes tak semesti perlu modal yang besar.
Jadi bagi yang ingin menambah pendapatan secara online atau suri rumah yang ingin bekerja memang digalakkan bisnes online shaklee ni. Saya percaya ramai dari kita yang memerlukan pendapatan kedua dan untuk membaiki keadaan ekonomi sekarang ini.
Anda bagaimana?
Join #YESLEADERS dan jana pendapatan hingga 4 angka sebulan atau lebih. Semua dari kita mampu!
Maz
Monday, 6 July 2015
5 Tips Menjaga Rambut bagi yang Bertudung
Rambut dikatakan sebagai mahkota wanita dan memperelok lagi wajah seseorang. Dan saya pasti ramai yang inginkan rambut yang cantik dan bersinar dan lebat. Masalah rambut ini jika tidak ditangani segera akan membuat kita cepat botak dan rambut rosak. Walaupun kita berhijab, ia bukanlah lesen untuk kita mengambil remeh tentang penjagaan rambut. Ingat perlu berhias diri untuk suami. Jom ikuti 5 tips di bawah bagi mengatasi permasalahan rambut.
Antara permasalahan rambut bagi kita yang bertudung ialah:
1) Kelemumur
Masalah kelemumur ni berlaku disebabkan oleh kulit kepala yang kering, penggunaan shampoo yang mempunyai bahan kimia yang tinggi, masalah ekzema.
Solusi:
Gunakan shampoo organik, kurangkan pemakanan tang berminyak dan berkolestrol tinggi, gunakan juga conditioner. Bagi yang mempunyai kulit sensitif saya galakkan anda guna shampoo yang bebas bahan kimia/organik.
Anda juga boleh mengurut kepala bagi melancarkan peredaran darah dengan air pandanyang telah dikisar.
2) Masalah rambut berbau
Oleh kerana rambut kita disarung dengan Hijab, apabila kita berpeluh, peluh itu tidak dapat kering dan akan diserap oleh hijab.
Solusi:
Oleh itu hijab dan anak tudung perlu ditukar tiap hari dan rambut perlu dishampoo. Jangan tunggu sampai berbau tau!
Boleh juga gunakan petua memgurut kulit kepala dengan air kisaran daun pandan supaya lebih wangi dan segar.
3) Rambut bercabang
Rambut bercabang terjadi oleh kerana kita kerap membuat rawatan kimia di salon seperti mewarna rambut, rebonding, perming dan juga hair treatment. Mungkin bagi kita in gat hair treatment ini akan membaiki struktur rambut lebih baik. Saya sendiri suatu ketika suka membuat rawatan ni di dalin tapi akhirnya rambut menjadi semakin kering dan bercabang. Rawatan ni juga akan mengurangkan kolagen dan protein di rambut.
Solusi:
Trim hujung rambut setiap 2 bulan. Ini bagi membuang hujung bercabang dan elakkan rambut bercabang merebak. Gunakan shampoo yang tinggi protein dan lipid untuk memberi kelembapan dan vitamin kepada rambut. Lebihkan makan sayuran dan buahan.
Selain itu pengambilan supplement juga dapat membantu kembalikan rambut yang bersinar dan sihat. Anda boleh mengambil Protein Shake seperti Energizing Soy Protein, collagen powder, zinc dan vitamin C. Supplement ini akan membantu anda mendapat ramhut yang sihat, kuat, bersinar dan lebat.
4) Rambut kusam/kering
Rambut kering boleh disebabkan oleh terdedah lama kepada sinaran UV, air laut dan kekerapan membuat rawatan rambut di salon. Rambut kering ialah di mana ia mengerbang dan terasa sedikit kesat.
Solusinya sama seperti rambut bercabang.
5) Rambut gugur
Rasanya rambut gugur ni sangat terkenal dengan kita yang berhijab bukan? Oleh kerana apabila kita berhijab mengurangkan pengudaraan pada rambut, saya cadangkan untuk anda pada hujung minggu untuk biarkan "rambut berehat".
Solusi:
Jangan mengikat rambut dengan ketat dan jika boleh gunakan klip rambut instead of getah rambut. Kerana dengan mengikat kuat rambut setiap hari akan melemahkan akar rambut dan berguguran lah rambut kita.
Penggunaan shampoo organik seperti Revatilizing shampoo dari shaklee juga boleh membantu mengurangkan rambut gugur ni okeh kerana ia tinggi nutrien dan protein ia membekalkan zat tersebut kepada akar rambut.
Selain itu, bileh juga membalut rambut dengan santan pure (bukan dari kotak ya, beli yang diperah). Cara tradisional ni juga terbukti dapat mengurangkan rambut gugur.
6) Rambut 'berbuah'
Ini terjadi kerana kita mengikat rambut yang basah. Bagi yang berhijab, saya sarankan untuk anda mengeringkan rambut dengan suhu rendah sebelum mengenakan hijab. Ini bukan sahaj dapat elakkan rambut berbuah dan berbau malah kita rasa lebih segar dan bersih.
Jom jaga rambut kita.
Xoxo
Maz
Subscribe to:
Posts (Atom)