Friday, 17 October 2014
Happy Anniversary!!
Kesan Collagen Powder
Tuesday, 14 October 2014
Surirumah Bekerja
Monday, 13 October 2014
My Angel Hannah Pencetus Berbisnes
Thursday, 9 October 2014
Makan Collagen Powder lebih berkesan
Tuesday, 7 October 2014
ESP DAN GOJI BERRY
ESP diperbuat dari kacang soya jenis Non GMO dan tinggi dengan protein dan mengandungi 22 asid amino perlu, Vitamin B, kalsium dan isoflavenes serta rendah glisemik indeks dan kolestrol. Berfungsi untuk memberi tenaga, mencantikan kulit, sesuai bagi mereka ya g ingin menurunkan berat badan dan juga penggalak dan memekatkan susu badan.
Goji berry atau dikenali dengan nama Wolfberry telah lama digunakan di negara China dan dipercayai dapat membantu meningkatkan penglihatan yang kabur kerana tinggi antioksida dengan beta carotene dan Vitamin A.
Ahaaa tambahan lagi Goju Berry ini juga mengandungi protein dan juga asid amino. Ia berwarna merah seakan raisin. Dan yang pasti pilih yang organic dan Non GMO..
Friday, 3 October 2014
Petua Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
Jerawat dan parut adalah antara masalah yang sering kita alami. Bagi kaum wanita setiap bulan pasti akan datangnya jerawat ini petanda PMS. Tapi bagi bakal ibu yang sedang hamil dek perubahan hormon dalam tubuh menyebabkan tumbuhnya jerawat ini dengan banyaknya. Memang tak dinafikan penggunaan krim pemutih untuk mencerahkan parut dan hilangkan jerawat serta rawatan kecantikan tidak digalakkan kerana dikuatiri akan memberi kesan tak baik kepada bayi yang dikandung.
Tapi awas jika dibiarkan berlarutan kulit wajah menjadi hodoh dan sukar untuk baik. Di sini ada petua tradisional yang selamat yang boleh dilakukan bagi merawat jerawat dan parut:
- Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.
- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. Hirisan timun juga boleh menghilangkan lingkaran hitam mata.
- Amik buah yang tinggi vitamin C seperti Kiwi atau tomato, hancurkan dan sapukan pada parut muka dua kali seminggu. Buat seperti masker, biarkan hingga kering.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.