Monday 18 May 2015

Sehari belajar FB Ads yang bermanfaat!!



As salam semua. Apa kabar?
Dalam bulan lepas hingga sekarang Maz dalam proses belajar untuk buat online bisnes dengan gunakan FB Ads di Facebook. Yelah selain daripada Fb personal, blog dan juga offline tambah lagi satu method iaitu menggunakan FB Ads.
Nampak macam simple tapi sebenarnya banyak yang perlu dipelajari dari segi:
1) Pemilihan nama page
2) Niche
3) Penghasilan dan pemilihan untuk poster. Yang ini I gunakan apps Canva. 
4) Copywriting



Awal bulan  ini I telah mengikuti kelas FB Ads daripada Sifu Eiman. Bagi I, untuk serius dalam berbisnes ini memang perlu tambah cabang promosi dan kelas ini sangat membantu.

Saya tidak pergi berseorangan malah menghadiri bersama kumpulan bisnes saya. Seramai 10 orang ahli kami uang telah pergi dan kami telah berkongsi teknik yang digunakan. Serta "brainstorm" untuk menghasilkan tajuk page yang menarik.

Antara page yang telah saya hasilkan ialah:
1) Kerjaya Tetap, Side Income Lebat
2) Buncit Hilang dengan Detoks
3) Tips Kurus Cepat tanpa Berlapar

Jadi bagi rakan-rakan sekali bolehlah memberi pandangan untuk page di FB saya ini. Dan jika info yang diberi adalah menarik feel free to LIKE..

Ok selamat menjamu selera.


No comments:

Post a Comment