Tuesday 16 August 2016

Apendiks dan hospital



Setelah 2 kali check dengan doktor, I disahkan terkena radang apendiks. Hari ni hari kedua berada di Ampang Puteri. Operation membuang apendiks semalam mengambil masa lebih kurang sejam. I suka pakar bius ni, Dr. Hashim. As he asked me to selawat alot. And masa dia nak inject tu katanya, selawat ya sampai tertido.. Jadi lepas pakar bios suntik, terasa ubat tu berjalan dalam saluran darah dan lepas tu mata berat dan tak boleh bukak. Sedar-sedar dikejutkan oleh  MA kot katanya operation telah berakhir dan diikuti dengan azan Isyak. Kemudian I ditolak ke wad tapi keadaan agak separa sedar dan rasa nak muntah yang amat sakit. Sakit?? Yes sangat sakit. Agaknya macam ni lah rasa orang bersalin czer.. Oowhhh no takut ok.
Yang kelakar masa sampai di bilik nampak durian musang king kat tv. Wahh sedapnya😊..walaupun keadaan sepaea sedar. Husband dah ada di wad sebenarnya tak nak orang risau so kena kuat dan buat kelakar-kelakar sikit walhal sakit yang amat. Then my mum and Kak Long datang. Mama nangis.. 😭😭😭adoi.. Tak sanggup tengok terus buat lawak and mama gelak. Legaa..

Pagi ni doktor surgeri, Dr. Koh datang check wound. Katanya "your appendix has swollen and i have removed it".. Thanks doctor.. Alhamdullilah sakit di bahagian kanan perut (rasa sakit dalam perut) dah hilang. Yang ada ialah pain at the wound. Serius sakit. Mujur juga pergi awal.. Huhu..

Paling sedih Hannah and husband demam. Hannah tak tido malam mencari I.. Kesian..rindu sangat kat my baby..

Jadi kalau ada simptom sakit perut, berak-berak, mual/muntah, deman sila lah ke hospital buat ujian darah, urine dan ultra sound. Jangan amik mudah. Sebab kalau burst dalam perut, lagi sakit dan kena infection..

Apa pun I memang tak suka hospital.. Huhu..

Ok sekian..

Xoxo

No comments:

Post a Comment