Friday 6 February 2015

8 Tips Tangani Susu Merundum

Hari tak sentiasa indah dan kali ini kes susu merundum saya kembali. Bukan disebabkan sibuk mencari pengasuh untuk Hannah, setiap hari rasa terkejar-kejar dengan keadaan Mama yang tidak berapa sihat, saya dengan demam selsema, stress keje eh tiba- tiba rasa macam2 dalam kepala ni.
Stress, terkejar2, tak sihat antara penyumbang kepada kuantiti perahan susu yang sikit. Kadang sekali pam ada tak sampai 1 oz walhal masih berat terasa. Macam2 dalam lubuk fikiran timbul kerisauan takut stok susu makin berkurangan. Alhamdullilah Hannah dah semakin kuat menyusu kata Babysiter. Lega dan gembira tetapi ada kerisauan sebab kalau setiap sesi perahan begitu stok akan menjadi semakin berkurangan. 
Jadi untuk atasi masalah ini bagi ibu bekerja yang sangat sibuk dan mengalami masalah perahan uang sedikit, ikuti 8 Tips Tangani masalah susu merundum:

1) Periksa suction pam
Setelah periksa beberapa kali serta setiap kali selepas sesi mengepam timbul rasa tidak puas pam dan breast masih berat. Di sini saya dapat rasakan "suction" semakin kurang dan tiba masa untuk servis pam.

2) Periksa payudara
Selepas pam, saya akan lakukan teknik marmet. Ini kerana selepas mengepam memang masih terasa berat serta ada "lump" seolah ada susu tersumbat. Dengan teknik marmet hasil yang diperoleh lebih banyak. Saya juga "noticed"
Ada bengkakan/ketulan pada breast dan agak sakit bila di urut. So memang engorged sebab itu hasil perahan sikit.

3) Urutan
Urutan secara membulat pada "breast" boleh dilakukan bagi memudahkan pengaliran darah dan kurangkan ketulan. Selepas urut pada minggu lepas ketulan dah berkurangan dan hasil perahan sudah meningkat kembali. Baru beli Pam Manual Avent. Haha sanggup ke Rawang terus beli.

4) Teknik "stimulation"
Teknik "stimulation" sangat membantu pengeluaran susu. Guna Mode Stimulation selama 2 minit untuk dapatkan LDR (Lie Down Reflex). Dengan cara ini susu akan keluar lebih lancar. 
Satu lagi boleh stimulate dengan warm shower supaya darah berjalan lebih lancar.

5) Lap/ tuan breast dengan kain panas

6) Minum air panas sebelum pam
Ini supaya pergerakan susu lebih lancar dan memudahkan proses pengepaman susu.

7) Power Pumping
Power pumping dilakukan selama 1 jam setiap hati sehingga hasil perahan kembali normal. Contoh kalau menggunakan single pump electric ialah 10-15 minit belah kanan, kemudian 10-15 minit belah kirir, seterusnya hingga 1jam. Bagi double pump, 20 minit pam, rehat 10 minit dan sambung hingga 1 jam.

8) Basahkan bibir dengan zikir Ya Mateen dan pasang surah hujurat semasa pam.

Semoga berjaya. Sementara pam letrik saya hantar untuk servis, saya gunakan pam manual Avent dan juga teknik marmet.

Xoxo

Maz

No comments:

Post a Comment