Friday 23 May 2014

BAGAIMANA SUPPELEMENT MEMBANTU PENYUSUAN

WTidak dinafikan susu ibu adalah ya g terbaik. Selain makan ikut time dan makan makanan bswrkhasiat, minum air sekurangnya 2-3L sehari, kekerapan mengepam, pengambilan supplement juga penting untuk pastikan badan kita sentiasa cergas dan sihat agar susu pun cergas untuk keluar selain itu agar susu lebih berkualiti. 

Antara supplement yang saya amik untuk  membantu penyusuan ialah Vita Lea, B-Complex, Vita C, ESP, Ostematrix dan alfafa. Komposisi susu ibu mengandungi kalsium dan juga protein! 

Vita- Lea
Vita-Lea merupakan Multivitamin penting untuk para ibu kerana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet seharian. kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

ESP(Energizing Soy Protein)
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya didalalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan penuh protein berkhasiat setiap hari.

VITAMIN C
Dalam satu kajian terhadap ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusu secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang kuat.

Vitamin B Complex

Vitamin B complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukkan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan saraf serta mengekalkan kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiat kepada bayi melalui susu ibu.

Ostematrix
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan tumbesaran gigi pada bayi. Wanita yang mengusuiy bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata bayi. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak didalam otak. tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1,   B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. semua bahan -bahan tersebut penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan  pengeluaran bekalan susu ibu.

No comments:

Post a Comment