Semua ibu digalakkan untuk menyusu anak mereka dengan susu ibu dari sejak lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga berumur 2 tahun. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa kepentingan untuk menyusu bayi.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- Meningkatkan antibodi bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah hadam
- sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
- Mengelakkan masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
- Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
- mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
* Kolostrum- Dihasilkan oleh
seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya.
Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat
penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini.
Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan
tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada
susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini
Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan:
Bayi
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
- mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
- sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
- ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
- rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
- bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
- susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
- susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
- bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
- susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
- makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
- teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini
Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan:
Bayi
- tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
- tidak akan mendapat kolostrum
- akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
- susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
- boleh menyebabkan bengkak payudara
- sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
xoxo
No comments:
Post a Comment