Sampai di KL badan menjadi semakin panas dan mula meragam. Check suhu 38.8 celcius. Ya Allah risaunya. Ok kat sini I ada beberapa tips untuk tangani anak demam dan meragam untuk tumbuh gigi:
1) Jika bila pegang leher, kepala serta nafas yang panas dari biasa, check suhu dengan termometer. Jika suhu melebihi 39 darjah celcius segera bawak berjumpa doktor kerana takut sawan tarik terjadi kepada bayi.
2) Lapkan badan bayi dengan tuala basah dan letak towel basah di atas dahi bayi dan perut untuk turunkan suhu.
3) Check suhu setiap sejam.
4) Pakaikan bayi dengan pakaian nipis dan JANGAN sesekali selimut dan pakaikan baju tebal kerana ini akan buat haba dan panas dari dalam tidak keluar dan demam tidak kebah. Pakaian nipis dapat membuat bayi lebih selesa.
5) Pastikan persekitaran tidak terlalu sejuk dan panas. Cukup sekadar memasang kipas pada medium speed dan tidak hala kepada bayi.
6) Bila demam dan meragam, peluklah dan usaplah bayi anda dengan kerap dan penuh kasih sayang. Jangan sesekali mengherdik atau tigggi suara.
7) Bila nak tumbuh gigi, gusi bengkak dan sakit, jadi boleh potongkan mangga atau epal dan lenyekkan dan simpan dalam fridge. Suapkan pada baby untuk kurangkan kesakitan. (This works!!!, no more cry baby)
8) Bagi teether yang sejuk. I letak dalam fridge. Cth cam toys dia yang ada air kat dalam yang dia gigit2. Tulah teether. Bila nk tmbuh gigi ni semua nak masuk mulut so bila sejuk kuranglah sikit sakit. I sendiri rasa sangat sakit bila tumbuh gigi bongsu. Apa tah lagi Hannah. Kesian sangat tengok.
9) Kerapkan menyusu baby untuk pastikan badan lebih terhidrat, suhu cepat turun serta untuk tingkatkan antibodi melawan penyakit. Lagipun baby akan rasa lebih secure tau.
10) Jika terlalu penat sebab berjaga tak cukup tido, I sarankan amik supplement untuk tambah tenaga seperti Vita Lea dan B complex untuk control your stress. Banyakkan zikir, berdoa dan baca al quran agar kesakitan anak kita dikurangkan.
Alhamdullilah hari ni dah nampak Hannah better. Dah nak tido dan makan puree.
Tak lama lagi dah ada gigi jangan gigi mama k Hannah..
Xoxo
Maz
No comments:
Post a Comment