Saturday, 30 August 2014

START BRIGHT CLASS 10

Alhamdullillah selesai sudah START BRIGHT SERIES 10 pada 30hb August 2014. Bermacam perkongsian yang diceritakan. Kali ni dikelolakan oleh Kak Jamie, Kak Mas, Suzy Aida, Kak Nurul Aini serta perkongsian pengalaman oleh master2 Puteri, Azim dan Aishah serta key Coordi Kak Ctz. Begitu terusik hati apabila Suzy Aida memberitahu apa juga yang kita buat walau tak buat Shaklee bisness pun AMALAN ROHANI, HUBUNGAN DENGAN ALLAH PERLU DIJAGA. Kerana datangnya rezeki itu daripadaNya. Lambat ke cepat dariNya.
Antara intipatinya:
1) BACK TO BASIC
Iaitu amalan magik kita: Solat wajib, Solat Dhuha, Solat tahajud, Solat taubat, Zikir. Memang saya akui saya perlu kukuhkan amalan rohani ini kerana bukan senang juga untuk bangkit awal selepas tido untuk solat tahajud. Amalan ini semua adalah u tuk hubungan kita dengan Allah yang perlu dijaga. Lebih kerap kita mengingati Allah dengan ikhlas lebih banyak kita berdoa insyaallah akan siberi.

2) PERUBAHAN DIRI
ini yang tiada sapa boleh paksa kita melainkan diri kita sendiri. Berubah dan bertindak untuk mencapai apa yang diingini.

3) STUDY LEBIH MENGENAI PRODUK
Dengan ilmu pengetahuanlah yang akan mendidik kita supaya menjadi lebih bijak untuk menangani masalah dan ini yang membezakan kita dengan distributor lain, IM A KNOWLEDGABLE DISTRIBUTOR NOT A PRODUCT SELLER. 

4) HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
Hubungan kita dengan suami, keluarga, ibu bapa, anak semua ini perlu dijaga. Especially dengan suami. Perlu minta izin mereka. Buat baik kepada ibu bapa kita. Korang tau tak dengan doa suami dan ibu bapa memang mujarab.

Perkara lain adalah experience Masters ni:
Di America mereka snagat berpengetahuan mengenai setiap produk yang ada tak kira rank apa pun. Bab kata mereka ilmu tu sangat penting. Kata ja produk apa semua mereka telah cuba. Nak tau mereka juga teruja dengan kita kerana negara paling ramai anta delegates Shaklee dari sana dengan aqardbyang banyak serta pencapaian kita dalam bidang bisnes dan leaders achievement. Diaorg respect kita tau. 

Memang indah sungguh bisness Shaklee ni tau. Alhamdullilah syukur.



No comments:

Post a Comment