Monday, 1 August 2016

Esok birthday Mama yang ke-72!!

Alhamdullilah esok akan genaplah umur Mama ku yang ke-72 tahun. Kalau diinbas kembali setahun yang lalu, arwah Baba sangat beriya-riya ingin menyambut birthday Mama. Katanya tahun ini sangat special. (Merujuk tahun lepas). Ikutkan memandangkan birthday mama dan 3 prang anak sedara ku berturutab kami join celebrations. Bukan celebration apa pun sekadar makan secara beramai-ramai.

Gambar ni diambil pada 2 Ogos 2015. Kami insist supaya parents amik gambar berdua. Sweet ja kan. Sama cantik sama padan. Betul lah kata arwah Baba tahun 2015 sambutan birthday Mama adalah special. Kerana pada 8hb December 2015 arwah Baba telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sempat juga kami makan bersama-sama. Arwah Baba siap pesan suruh Mama pakai jubah hitam sebab cantik katanya.

Semoga Mama panjang umur, murah rezeki, sihat walfiat, gembira dan diampunkan dosa.. 

Dan buat arwah Baba, Ya Allah,  semoga diampunkan dosa, dihapuskan catatan kirinya, dibanyakkan catatan kanan, dimaksudkan ke dalam syurga tanpa dihisab, diluaskan, bercahaya kuburnya, jadilah kuburnya seperti taman syurga buat arwah Baba. Amin..

Xoxo

Maz

No comments:

Post a Comment