Friday, 6 February 2015

Bawang putih antibiotik semulajadi!

Bawang putih memang terkenal dalam bidang masakan dengan bau yang agak kuat dan bagi saya busuk!
Tapi bab kata orang-orang tua yang busuk, pahit tu semua penawar.
Disebabkan batuk yang tidak henti-henti ramai kawan yang cadangkan makan bawang putih mentah tu beberapa ulas sehari. Kata mereka memang bagus tambahan pula kalau bayi susuan kita demam ke flu atau batuk mereka pun cepat baik. Sejak dari pregnant sampai sekarang memang saya tak makan ubat batuk ni. Lagipun ada seorang doktor beritahu makan ubat batuk will just make it worse. Haha.. Tak tahulah kan.
Tapi saya tak tahan rasa dan bau bawang putih yang kuat ni. Rela makan supplemen Garlic Complex ja. Haha. Telan 2 biji semalam alhamdullilah ada kurang batuk hari ni. Rasanya tak batuk lagi hari ni. Legaaaa. Antibiotik semulajadi kan!
Tapi kalau nak makan bawang putih mentah atau supplement mesti selepas makan. Supaya ALISIN, iaitu bahan kimia dalam bawang putih dapat bertindak balas dengan enzim dalam perut dengan lebih baik dan untuk elakkan masalah perut seperti gastrik.


Sekarang masak pun letak chopped fresh garlic banyak-banyak..

Xoxo


1 comment:

  1. waa blh cuba ni tp mesti xsdp kan ,,,.btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging

    ReplyDelete