Saturday, 24 January 2015

5 SEBAB KUANTITI SUSU MERUNDUM

Alhamdullilah dah masuk setahun 13 hari Hannah dan masih gigih pam. Sebab dah tanamkan niat nak menyusu at least sampai 2 tahun.
Kadang bila terlalu sibuk dan banyak buat kerja luar ada juga culas mengepam dan lambat mengepam. Kadang sampai engorge dan bengkak sangat, kaki dan tangan pun mengigil.

5 Sebab Kuantiti Susu Merundum:

1) Apabila terlepas sesi mengepam
Kadang kita beranggapan apabila terlepas sesi mengepam, sesi seterusnya kita akan mendapat hasil perahan 2 kali ganda. Tanggapan ni adalah salah sama sekali. 

2) Engorgement/Bengkak susu
 Apabila susu dah penuh dan bengkak makan masa juga untuk dikosongkan dan hilangkan sakit. Dan saya perasan beberapa kali selepas mengalami engorgement, kuantiti perahan susu ada sedikit merosot. Jika ini terjadi pengambilan Lecithin dapat membantu mengurangkan bengkak susu dengan cepat.


3) Demam/sakit
Pernah semasa saya kurang sihat seperti demam, sakit kepala kuantiti perahan susu ada sedikit menurun tapi tidaklah banyak dalam 0.5 oz-1 oz. Apabila badan tidak sihat dan tiada kudrat ada sedikit terjejas hasil perahan. Tapi ini bersifat sementara sahaja, berehat, makan Vitamin C, minum air Insyallah cepat sembuh. Sejak dari pregnant saya tak makan ubat hospital ni risau akan efek kepada Hannah dan susu.

4) Stress
Stress dan penat dengan bekerja memang mempengaruhi kerana apabila keadaan ini akan membuat kadar hormon stress lebih tinggi dalam tubuh daripada hormon happy, prolaktin dan oxytoxin. Jadi tubuh akan hantar signal ke otak dan "mengurangkan" pengeluaran susu. Sebab itu bila nak mengepam perlu berada dalam keadaan relaks, tidak tergesa-gesa dan sambil tu berzikir Ya Mateen banyak kali. Tambahan lagi pengambilan B-Complex juga penting untuk menstabilkan hormon stress dalam tubuh dan memecahkan gula untuk menjadi tenaga supaya kita lebih bertenaga. Selain pengambilan multivitamin juga membantu untuk anda kekal cergas bertenaga di siang hari.


5) Malu
Selepas memulakan kerja selepas berpantang saya agak malu untuk mengepam dan memang tergesa-gesa hinggakan adakala hasil perahan cuma 1oz sahaja untuk sekali pam. Tapi untuk atasi masalah ini saya telah ke susuibu.com dan dapatkan nasihat. Alhamdullilah dalam masa 1 minggu hasil perahan setiap sesi meningkat dan saya mengepam di meja bekerja saya sambil buat kerja. Selain itu saya cadangkan anda supaya berkongsi masalah dengan rakan penyusuan. At least anda akan rasa lebih bersemangat dan legaa.


Apabila kuantiti susu merundum protein "Feedback Inhibator in Lactation" adalah sebabnya kerana ia menghantar signal ke otak untuk berhenti "supply dan produce" susu.

Sebab itu kekerapan mengepam dan menyusu sangat penting untuk pastikan susu kita sentiasa cukup untuk bayi kita. 


Happy breastfeeding.
Lebih kurang setahun lagi perjalan pan menyusu saya. 
Insyaallah demi Hannah.

Xoxo

Maz 

No comments:

Post a Comment