Ok sini i ada 7 TIPS untuk dapatkan kukit bersih cantik dan glowing:
1) Pastikan make up ditanggalkan dan cuci muka dengan bersih. Macam i kulit sensitif, so i guna Hada Labo. Mild cleanser yang pasti ia tak keringkan kulit.
2) Scrub muka 2-3 kali seminggu.
Gunakan butir-butir yang halus. Macam i sekarang i amik vit zinc+vitamin C. Sapu kat muka dan leave it. Lepas basuh muka memang lembut.
Scrub ni penting untuk singkirkan sel-sel kulit yang mati, parut2. Zinc cepatkan proses luka dan skin renewal, vitamin C mencerahkan parut dan menegangkan kulit muka.
3) Guna sunscreen dan pelembap ber SPF
Ini sangat penting untuk lindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang menyebabkan jeragat, pigmentation muncul serta kulit nampak kusam dan kering.
4) Minum air suam 2-3L setiap hari
Ini adalah untuk buang toksin dari tubuh serta lancarkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Bila banyak toksin kuar, darah lebih bersih. Jadi jerawat, jeragat ini akan berkurangan. selain itu adalah untuk pastikan kulit lembap.
5) Bersenam
Berjalan kaki, berjogging, membuat kerja rumah adalah antara senaman ringkas yang boleh dibuat. Ia dapat membantu sel kita bergerak cergas, lancarkan perjalanan darah dan oksigen serta lambatkan penuaan!
6) Makan lebih sayur dan buah. Kurangkan makanan pedas, berminyak
Makanan pedas dan berminyak akan menambahkan sebum minyak pada liang kulit kita. Adakala selepas memakan makanan pedas dan berminyak akan muncul jerawat di muka. Sayur dan buah untuk vitamin A, B, C, E, Asid Folik. Vitamin dan mineral ini sangat bagus untuk pembentukan sel yang sihat.
7) Makan supplement/Vitamin
Bagi mereka yang rasa kekurangan vitamin dalam diet harian, disarankan untuk mengambil vitamin untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Vitamin C dan Vitamin E membantu dalam mencerahkan parut dan jeragat, kecilkan pori2, kurangkan kedutan di muka. B Complex pula membantu memecahkan gula kepada tenaga, tingkatkan metabolisma serta meratakan tona warna wajah.
Bagi yang rasakan kulit semakin muncul garis halus, kering di galakkan juga mengambil collagen powder.
Dengan amalan ini kulit cantik, bersih dan glowing! Ini yang I amalkan sekarang.
Jom jaga kulit kita. Penuaan boleh dilambatkan tau.
Xoxo
Maz
Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment