1) Dapatkan khidmat makcik urut/ tukang urut lepas bersalin yang bertauliah
Masa berpamtang dulu memang saya survey pasal makcik urut ni, nak cari yang harga berpatutan, sijil dan bukan yang hentam kromo ja.
Urutan selepas bersalin sangat penting bagi melancarkan perjalanan darah, membuang 'water retention pada tubuh', menyihatkan badan. Dapatkan juga makcik urut yang sediakan pakej seperti mengurut, bertungku, pakaikan barut,mandi herba, mandi dan urut baby serta tolong anda masak dan kemas rumah.
At least ambil dalam 10-15 hari untuk anda sembuh cepat.
2) Berbincang dengan suami dan minta membantu anda membuat kerja rumah
Ini penting supaya suami memahami keadaan anda dan membantu anda meringankan kerja. Tempoh berpantang adalah untuk kita merehatkan badan setelah kehilangan banyaj darah. Jadi tempoh ini sangat kritikal dan anda dilarang buat sebarang kerja berat kerana takut bentan. Suami pula perlu memahami situasi isteri. Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, dinasihatkan dihantar ke taska. Jika mempunyai pembantu runah lebih baik.
Berbarut, minyak pati halia
Amalan tradisi ini sangat penting bagi menaikan rahim serta mengempiskan perut. Disapu minyak atau krim pati halia di perut, kaki dan tangan supaya badan rasa lebih panas serta memudahkan pemecahan lemak. Minta bantuan suami pakaikan barut sebelum pergi kerja.
Pemakaian korset boleh dipakai selepas 15 hari bersalin bagi membantu anda mendapatkan bentuk badan yang lebih lansing.
4) Set Berpantang
Set berpantang moden dan tradisional diperlukan.
Contoh tradisional: urutan,Param, tapel, bengkung, krim halia panas, tungku, mandian herba. Ini adalah untuk rawatan kesegaran badan dan pelancaran darah. Pemakaian param dapat membuang angin di dalam tubuh esp di kepala. Tapel/ krim panas di sapu di perut untuk memecahjan lemak.
Contoh moden: Pengambilan supplement untuk pemulihan dalaman.
B-complex- dapat mengimbangi hormon, kurangkan stress serta elakkan angin meroyan
Zinc dan vitamin C- Membantu menyembuhkan luka dalam dengan lebih cepat. Selain itu Vitamin C juga tingkatkan imuniti badan serta membantu menghilangjan selulit dan kesan regangan pada perut especially.
Protein/Energizing Soy Protein
Membantu proses pembaikan luka dari dalam, menghilangkan parut, membekalkan tenaga serta membantu mengurangkan berat badan. Di samping itu ia juga membantu bekalkan protein baik untuj penghasilan susu ibu.
Vitalea adalah untuk memberi tenaga serta meningkatkan HB selepas bersalin akibat kehilangan darah yang banyak serta memberi tenaga kerana menjaga baby untuk menyusu.
Saya tak begitu cadangkan pengambilan jamu sebab takut bagi yang menyusu bayi, akan mendatangkan rashes dan buat baby 'panas' dan cirit.
5) Berfikiran positif dan tenang
Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata akan buat anda lebih tenang handle bayi anda. Selain itu anda boleh berzikir dan memasang bacaan al quran supaya rasa lebih tenang dan positif.
Selamat berpantang!
Xoxo
Maz
Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment