Jerawat dan parut adalah antara masalah yang sering kita alami. Bagi kaum wanita setiap bulan pasti akan datangnya jerawat ini petanda PMS. Tapi bagi bakal ibu yang sedang hamil dek perubahan hormon dalam tubuh menyebabkan tumbuhnya jerawat ini dengan banyaknya. Memang tak dinafikan penggunaan krim pemutih untuk mencerahkan parut dan hilangkan jerawat serta rawatan kecantikan tidak digalakkan kerana dikuatiri akan memberi kesan tak baik kepada bayi yang dikandung. 

Tapi awas jika dibiarkan berlarutan kulit wajah menjadi hodoh dan sukar untuk baik. Di sini ada petua tradisional yang selamat yang boleh dilakukan bagi merawat jerawat dan parut:

  1. Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.

 kayu manis

  1. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam. 
  1. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. Hirisan timun juga boleh menghilangkan lingkaran hitam mata.
  1. Amik buah yang tinggi vitamin C seperti Kiwi atau tomato, hancurkan dan sapukan pada parut muka dua kali seminggu. Buat seperti masker, biarkan hingga kering.
  1. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
    7. Amik daun aloe vera dan sapukan 
        pada tempat berparut, ia juga 
        melegakan luka dan mengecutkan
        jerawat.

     8. Ambik hirisan ubi kentang dan 
         biarkan di tempat berparut. 
         Kandungan potasium dan sulfur
         di dalam ya berupaya 
         menghilangkan parut.


    9. Pecahkan Vitamin C, larutkan dalam 
        air dan ratakan di wajah. Vitamin C
        berupaya untuk mencerahkan
        parut serta kecutkan jerawat. Ibu 
        hamil juga boleh mengambil
        Vitamin C sehari sekali.


   10. Pecahkan Vitamin E dan campur
         dengan sedikit ESP dan buat 
         masker. Seminggu sekali. 
         Bancuhan minuman ESP boleh 
         di ambil oleh ibu hamil tetapi 
         Vitamin E tidak dibenarkan.



Selamat mencuba!!!

Hubungi saya: SMS/Whatsapp: MAZ 0124755297|healthyglowing13@gmail.com|FB: Maz Asraf|

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.