Kat sana kitaorang berjalan2 dgn sewa kereta, sehari RM50, kereta Viva. Not bad agak muraj sbb masa we all pergi 2 years ago sehari RM100 tau sewa.
Kat sana ronda-ronda Langkawi ke Pantai cenang, The Loaf, cable car, Langkawi Fair, Jetty point, Haji Ismail group, MRSM langkawi, mostly just santI dan makan. Aktiviti laut kami tak buat sebab Hannah kecik lagi yang kami pergi hanya di Tanjong Ru sahaja.
1) burger bakar EE, belakang Hotel Bella Vista, opposite shoplot
2) The Loaf, tapi kena pergi pagi. Sebab lepas tu roti tak banyak dah.
3) Restoran WanThai di pokok assam, Dinner
4) Makan tengahari, Gerai tu kat corner, Pandak Mayah berdepan shop lot dan tapak uptown
5) utk makan malam boleh juba gerai di tepi jambatan di area Kuah, dekat dengan Coco Valley. Gerai pakcik tu makanan sedap.
Tips ke Langkawi:
1) Travel light, bawak baby wrap untuk mudahkan pergerakan. Bawak backpack instead beg tarik tu
2) Bawak travel diaper pants untuk baby, cream untuk nappy rash/gigit semut, sun block, selimut, toys.
3) Disebabkan Langkawi panas digalakkan tak memakai baju tebal dan untuk baby romper sangat sesuai.
4) untuk dapatkan tiket murah tu kena survey airline yang ada offer. Hotel pula selalu ada discount kat Agoda/asia directweb.
5) Kereta sewa so far banyak cuma kena tengok time ke sana. Kalau time cuti sekolah mau RM100++ sehari.
6) Kalau beli tshirt ke or brg souvenier di luar (kecuali shopping mall), sila tawar harga.
7) bawak map langkawi dan plan iternary supaya semua tempat dapat kita lawati.
8) Kalau bawak baby better dok area Pekan Kuah, tak bising, nak makan senang . No worries.
9) Minum air suam banyak2. Bila panas dan travel banyak, kalau air tak cukup mau pening kepala dan dehydrated.
10) Kalau datang sini memang gila nak beli chocolate kan. Kakau Hersyes murah di Haji Ismail Group. Yang lain like Dain murah di jetty Point. You all kena banding harga kadang boleh bertukar juga. Tapi pla pls pls check expiry date. Sebab hari tu hampir terkena nasib check expiry date tinggal lg sebulan patut murah.
So far Langkawi ni memang best pantai pun cantik. Oohh ya utk cable car tu depa dah tambah beberapa facilities seperti 3D, 5D cinema so memang best. We all masuk 3D ja sbb pakej dgn cabel car. Tapi kalau bawak baby tu cukup takat 3D ja ya. Kalau ke sini aktiviti island hopping, snorkelling best. Next time Insyallah tunggu Hannah besar sikit boleh buat aktiviti laut.
Xoxo
Maz
No comments:
Post a Comment