Tuesday, 9 September 2014

DIABETES KETIKA MENGANDUNG?



Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tetapi juga mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari selepas bersalin.


Apa punca kencing manis ketika mengandung?



1) Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk menukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang suka makan manis- manis.

2)Kedu disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) yang membantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi ‘immune’pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.


Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:

•Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
•Sejarah keluarga menghidap diabetis
•Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
•Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
•Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
•Ibu hamil kembar
•Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

Pada ibu

•Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing) dan kencing kotor. 

•Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)

•Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh dan

•50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari


 Pada bayi

•Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan.

•Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin. Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan.

•Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)

•Sakit kuning (jaundice)

•Bayi sukar bernafas

•Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.

•Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

Ni memang terbukti kerana aekarang banyak kes kencing manis tang dilaporkan terdapat pada kanak-kanak seawal usia 12 tahun. Jadi ibu mengandung pengawalan makanan di peringkat mengandung sangat penting u tuk pastikan anda dan bayi sihat dan sempurna sifat.

Xoxo

Maz


No comments:

Post a Comment